artikel menarik

Saturday, January 1, 2011

segumpal kata

* Apa punya tajuk entri la, biar ah...layan~
Rumah flat banyak blok,
Haish..dah lama aku tak berblog. (^^,)
Mulai 29 Nov 2010 hari tu adalah 1st day aku lapor diri untuk praktikal. Praktikal aku akan mengambil masa selama 5 bulan hinggalah 29 April 2011. Tarikh 29 November 2010 tu telah menggenapkan usia aku kepada 20 tahun. Tapi nak buat macam mana, tak dapat disambut sebabnya sibuk bersiap siaga nak p praktikal di kedah. So far, praktikal aku berjalan lancar la, tiada sebarang apa-apa masalah lagi dan harapnya sampai habis pun macam tu gak. Rumah pun dekat ja dengan kilang tu plus air dan elektrik pun free. Pendek kata semua free lah, kecuali makan ja la he3. Air dengan elektrik free sebab kilang tu jana sendiri. Tapi yang menyebabkan aku tak dapat nak berblog ni sebab internet sangat la slow di sana. Alang-alang aku dah balik rumah, baik aku gunakan bb (broadband) aku sebaiknya, ngeh3. Aku akan post entri tertunggak aku tu, nantikannya ya. Aku biasanya balik dalam 2 minggu sekali, so may be bila balik rumah ja kot aku boleh post banyak entri baru dan yang tertunggak, hu3. Sempena tahun baru 2011 ni, aku ambil kesempatan untuk ucap Selamat Menyambut Tahun Baru pada semua yang membaca blog aku tak pun entri ni. Orang lain selalunya akan merumuskan semua yang berlaku pada tahun 2010 so, aku pun nak buat macam tu la, 1 entri yang caca-marba (macam-macam). Kesimpulannya 2010 memang banyak gak benda yang berlaku dalam hidup aku dan aku harap tahun 2011 ni aku dapat melaluinya dengan sebaik mungkin. Good luck for your future undertakings and strive for money (ucapan untuk diri sendiri, kui3). Haa, 1 lagi aku harap permohonan UPU aku yang akan dibuka 10 Jan ni berjaya !!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...