artikel menarik

Saturday, July 31, 2010

pikir 1000x dulu....

video

still drinking coca-cola? watch this!!

minum slalu2 nnt tulg hbs suma hncur..kang berdiri pn x btol tgl isi ja, tulg tarak ada...hu3

Thursday, July 29, 2010

kari kepala ikan..yum3~

Dh lm x melawat blog ak ni..bnyk sgt keja nk dibuat,he3..yeah,i'm back sbb bosan ak dh melanda..dok boring2 kat blik ni ttba rs cam nk bercerita ckit r..hr ni ak wat pojek akhir,time 2 tgh siang ikan bilis..buang taik2 n kpala..2 yg teringat cita ni,ada la dulu ak bc kat mn ntah.. Ni kisah antra suami n isteri yg bru kawin..si suami teringin nk mkn kari kpala ikan..isteri dy p wat r..balik ja keja,si suami pn ingt nk try r mskn istri dy ni.. suami : aik,mana kpala ikan nya (smbil tgk dlm periuk) ? isteri : ada la..bnyk dh msk kpala ikn..ni bukn kpala ikn ka? Rupa2nya si isteri ni msk kari kpala ikan bilis... toin..toinn..toinnnn...Ha3,rs x la pnt sgt ak dok perisi ikn blis 2 bla teringat cita ni..agak sengal ya disitu (^_^)

Friday, July 23, 2010

dah potong kuku??

RASULULLAH S.A.W BERSABDA, ertinya: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * HARI AHAD : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan * HARI ISNIN : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat * HARI SELASA : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit * HARI RABU : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan * HARI KHAMIS : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. * HARI JUMAAT : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat * HARI SABTU : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Daripada kuku yang bersih, seluruh tubuh badan kita akan terzahir kebersihan...

Tuesday, July 20, 2010

kisah pokok epal

Sempena besday mak ak hari ni, ak tujukan khas renungan kisah ni kpd diri ak sendiri..
Untuk renungan bersama ;
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu berasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu. Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya Lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan. CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA. MAK, AYAH, KAK.. I LOVE U !!!!

Wednesday, July 14, 2010

future technology

Wushoo..kn bes lau rolltop ni ak pnya..he3..sng nk dibw ke mn2..dh mcm bekas btol air pn dh ak tgk..canggih btol,bleh gulung lg..mn la tau kot2 future designer bleh wat cmni ka..ak order dlu, rolltop 1 !!

video

Tuesday, July 6, 2010

sayangi hidung anda

Saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu. Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya kenalah kita ambil tahu sedikit. Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung akan berkembang megah bila dipuji orang. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kekadang air hidung lebih banyak dari air mata malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.
Tahukah anda hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah SAW selain daripada bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah.
CARA NAK BERSIHKANNYA :
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal daa) Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan banyak nanti berbuih pulak lubang hidung tu, lemas kang susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah SWT dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kpd amalan masing-masing).

Friday, July 2, 2010

kambing takut air ??

Semua orang mengemukakan pendapat bahawa kambing takut akan air. Adakah terdapat bukti-bukti kukuh yang menyatakan bahawa kambing takut akan air? Adakah pernyataan di atas merujuk kepada fakta?

Berikut adalah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kambing sebenarnya tidak takut akan air.
  • Selalunya pada hari hujan kita akan lihat kambing lari bertempiaran. Adakah disebabkan kambing takut akan air? Kita juga bertempiaran ketika hujan. Adakah kita juga takut akan air? Sebenarnya kambing juga tidak mahu diserang selesema atau demam,begitu juga dengan kita.
  • Kambing bukan saja tidak takut dengan air malahan ia datang lebih dekat dengan air. Bagaimana kambing hendak minum jika ia takut akan air? Cuba anda fikirkan.
  • Kita juga mengatakan kambing takut akan air kerana ia tidak berendam macam kerbau. Sebenarnya bukankah badan kambing lebih kecil daripada kerbau jadi,ia tidak cukup ketinggian untuk berendam.mungkin juga ia tidak tahu berenang.kita juga tidak mahu terjun dalam sungai jika kita tidak pandai berenang kerena takut lemas.
Jadi pernyataan bahawa kambing takut akan air adalah auta kan? Hakikat atau fakta yang sebenar ialah kambing sengaja berpura-pura takut akan air sebagai teladan kepada manusia yang malas mandi. Fikir-fikirkan…

Thursday, July 1, 2010

thumbs up to ghost season 1&2 !!

Cuti sem ak ni dihabiskn dgn menonton cita ghost..season 1 n season 2,he3..walaupn cita ni dh lm men kat 8tv, tp dlu tv umah ak x clear sgt channel 8tv..dh gna bb,ak pn tgk r balik..cita ni bnyk plot2 menarik..kdg2 rs cam org 2 baik, tp rupa2 nya jht..kita x dpt nk agk apa yg akn berlaku pas 2..ni 1st malay drama yg mmg wat ak ulang2 tgk pn xpa..background song pn bnyk,ok gak r..
Mmg tjuk cita ni 'ghost' tp ni bukn cita seram..eza azmi (reporter), dy leh nmpk 2 hntu, zack n harum..ada la kjadian di sebalik kematian diorg 2..n disebabkan hnya eza yg leh nmpk diorg, so dy tlg r selesaikn n cari punca sbnr kematian diorg ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...