artikel menarik

Monday, March 30, 2015

life hack di asrama

Tahun 2015 ni merupakan tahun yang ke-13 aku tinggal kat asrama. Lama gila kan? Sejak Tingkatan 1, sampai la Diploma sampai la sekarang, Ijazah. Cerita kenakalan aku dan kawan-kawan, ragam manusia, cerita mistik yang pastinya, memang banyak. Macam-macam sampaikan tak tercerita. Jadinya, hari ni aku rasa terpanggil nak cerita sikit mengenai cara nak mudahkan kehidupan kat asrama/hostel/desasiswa/kolej kediaman dan yang sewaktu dengannya. 

1) Cara mudah dan cepat seterika uniform sekolah/baju
Bagi siapa yang masih bersekolah, mesti bosan dan malas kan nak seterika baju sekolah? Atau aku sorang ja rasa macam tu? Hehe... 
a) Baju sekolah - seterika hanya pada bahagian pinggang dan ke bawah, yang lain boleh tutup dengan tudung. Kemudian, seterika lengan baju sikit, untuk bagi nampak garis kemasan.
b) Kain sekolah - seterika pada bahagian lutut dan ke bawah, yang lutut ke atas dah tutup dengan baju sekolah. Lepas tu. seterika lipatan kain pun untuk nampak garis kemasan.
Sebenarnya uniform sekolah ni tak perlu basuh pakai mesin basuh pun, boleh elakkan kedutan melampau. Rendam sekejap dengan sabun basuh, kemudian berus kat bahagian yang mungkin berdaki dan mudah lekat kotoran seperti kat leher dan pergelangan tangan. Satu lagi, kat kain bahagian bawah sebab ada sesetengah pelajar sukakan kebersihan jadi dia sapu habis sampah dengan kain sekolah. Kalau baju biasa pulak, yang mudah kedut tu jangan perah terlalu kuat (kibas ja) untuk kurangkan kedut dan konsepnya, seterika pada bahagian yang nampak kedut dan tak dapat diselindungkan.

2) Senaman 
Nak pergi bersenam tu yang malas sebenarnya. Nak bersiap, pakai kasut sukan, itulah punca rasa malas tu. Senaman ni boleh ja buat kat bilik/dorm. 
a) Jom buat 'sit up'. Biasanya bahagian hujung katil besi akan ada ruangan untuk selit kaki. Selitkan kaki kat situ dan boleh buat 'sit up' sorang-sorang, jangan kata tiada kawan nak pegang kaki sebagai alasan. 
b) Getah banyak kan dapat masa beli makanan yang dibungkus? So, apa kata buat satu tali 'skipping' selain daripada melastik cicak. Lompat la selagi jiran di bawah tak marah dengan bunyi hentakan kaki dan beban dari badan, kesan daripada graviti. 
Murah dan mudah, tinggal untuk dilaksanakan atau tidak.

3) Lampu study terlalu cerah
Lampu study tujuannya supaya cahaya tu lebih fokus pada meja dan kurang mengganggu roommate untuk tidur. Tapi kadang-kadang bila dah lama duduk kat meja study tu, pening jugak dengan lampu yang terlalu cerah tu. Ambil sehelai kertas A4/kajang (warna putih) dan gulung/selitkan di lampu. Kalau kertas berwarna, nanti malap sangat dan tak sesuai nak buat kerja sebab pencahayaan tak cukup. 

4) Jimat 'toiletries'
Contohnya ubat gigi, tak perlu untuk kita picit ubat gigi sepanjang berus gigi tu. Saiz ubat gigi yang sesuai hanyalah sebesar kacang pea saja. InsyaAllah pasti mulut tu cukup berbuih-buih dan berangin dah. Sabun mandi pulak, picit sikit atas span/jala mandi yang basah kemudian baru sabun badan. Buih yang lebih tu boleh la main tiup-tiup. Untuk syampu pulak, ikut ketebalan dan panjang rambut, kena pandai agak-agak. Lepas tu, masa syampu, gosok sikit kulit kepala dengan hujung jari (bukan kuku). Baru hilang minyak, pembentukan kelemumur dan rasa gatal. Tak kan nak syampu setiap kali kepala rasa gatal kan?

5) Alat bantu lipat baju
Ini tiada kena mengena dengan alat bantuan dari Doraemon. Baju hari-hari bertukar, dah basuh kena la lipat pulak. Apa kata cuba buat alat ni, mesti rasa teruja setiap kali nak lipat baju.

Dulu kena buat oral presentation, kononnya kita sebagai promoter dan barang yang nak dipromote tu mestilah barang yang tiada di pasaran. Dapat idea dari video tu so, aku pun buat alat bantu lipat baju tu, Alhamdulillah mendapat pujian (mesti sebab lecturer tu pun rasa malas nak lipat baju jugak, haha). Dengan beberapa langkah saja, baju pun siap dilipat. Nak masukkan dalam almari, kena usaha sendiri la. 

Nak lagi 'life hack' yang lain? Boleh baca kat artikel ni : 9 Creative Hacks Malaysian Students Pulled Off To Survive College Life

Monday, March 23, 2015

tips menjimatkan wang

Cepat ja masa berlalu, baru hari tu rasanya sambut tahun baru 2015. Mac dah nak habis, April pulak tak sabar-sabar nak datang gantikan Mac. Yang kita pulak? Tak kisah la bulan apa pun, duit memang tak sabar-sabar nak keluar dari poket tambah-tambah masa April nanti sebab errrrr... you-know-what. Lepas baca artikel kat bawah ni, aku rasa memang semua orang mampu buat, mampu menjimatkan wang.

I love saving money but i love spending money too, hehe
So, ada lagi tak cara nak jimatkan wang selain dalam artikel tu? Ada lagi, jangan risau.

1) Bayar diri kita dulu lepas dapat gaji/biasiswa/sumber kewangan lain
Sekarang kan ada internet banking, klik-klik saja, simpan sejumlah wang dalam akaun simpanan. Contoh, sebulan aku kena simpan/asingkan RM 30 dalam akaun lain.

2) Kurangkan menonton wayang.
Kalau dah menonton wayang tu, mulut mesti nak kunyah-kunyah kan? Kita pun beli popcorn sekali dengan air la (combo). Kononnya habis jimat dah la daripada beli popcorn semata. So, tiket wayang sekali makan, lazimnya boleh sampai RM15. Apa kata, tunggu lambat sikit, then download movie tu dan pasang kat laptop with DIY projector, projectkan kat dinding rumah.

3) Kitar semula barang
Selain daripada kitar semula kertas, kaca, aluminium tu (walaupun hasilnya sikit but duit tetap duit kan?), kita boleh jugak gunakan semula. Contoh macam balang kaca jem, boleh buat bekas simpan rempah ratus dan sebagainya. Bekas tu biasanya memang kedap udara, sesuai untuk simpan makanan. Tak payah nak spend more money beli bekas plastik itu, bekas plastik ini. Lagi pun, plastik ni non-biodegradable la, tak tau tahun bila boleh reput bila dibuang.

4) Jimat air dan elektrik
Ok fine, memang ni keperluan harian dan digunakan hampir sepanjang masa. Cakap pasal air dulu, masa gosok gigi, basuh tangan, basuh pinggan mangkuk, mandi dan banyak masa lain lagi yang kita dah bazirkan. Contoh, masa gosok gigi kita cuma perlu celupkan berus gigi dalam bekas air kumur nanti dan gosok. Cara yang salah ialah dengan membuka pili, basahkan berus gigi, baru nak picit ubat gigi, gosok gigi (mesti lama sebab nak bersih dan berseri kan? Haha), kumur-kumur then basuh berus gigi. Sepanjang masa pili air mencurah, sepanjang masa tu jugak la kita membazir.

Elektrik pulak. Kalau nak keluar dari bilik pergi makan/tengok tv dan sebagainya, tutup la kipas atau lampu atau peralatan elektrik lain yang patut ditutup. Kalau keluar sekejap ja, ok la. Masa cas gajet, biarkan bateri gajet tu penuh dulu, jangan tengah masa cas tu la kita pun nak main. Bila masa bateri nak penuh kan?

5) Jadilah pengguna yang bijak semasa membeli
Macam mana nak jadi macam tu? Katakan nak beli pencuci muka brand A, tapi ada dua size, berat dan harga mesti tak sama. Tapi kita tengok kalau beli yang besar lebih jimat atau yang kecil? Kena buat perbandingan antara brand, size dan kualiti. Bukan bermaksud bila nak jimat tu, kita pun beli barang cap ayam (low quality/brand yang tak famous). Ada sesetengah barang, mahal kerana jenama ja. Kadang-kadang ada promotion, macam barang yang jimat untuk certain hari (tengok kat katalog pasaraya). Untuk berjimat atau tak, sebelum beli apa-apa, baca dulu label. Tengok kandungan dan tanda Halal, itu sudah semstinya. Beli apa yang perlu, bukan apa saja yang anda mahu.

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh dikongsi dan dipraktikkan. Benda-benda kat atas tu, bukan kita tak tahu, kita sengaja buat-buat tak tahu. Kan? Haha... Benda mudah tapi kalau kita tak buat memang tak jadi. Korang selalu berjimat macam mana? Aku selalu buat macam ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...