artikel menarik

Saturday, January 29, 2011

bermain badminton di suatu petang

Petang kelmarin, lepas balik ja kerja dalam pukul 5.30 kot, tetiba ja my housemates and I macam terlebih semangat untuk beriadhah. Hujung minggu hari tu aku balik rumah, memang diorang dah pesan kat aku suruh bawa raket. Raket?? Kitorang main badminton. Time aku bawa beg raket naik bus dan feri, orang asyik tengok-tengok ja. May be diorang ingat aku ni pemain badminton mana pulak?! Ada game ke?! Layan ja la, ha3...

Jadinya semalam kami pun bermain dengan gumbiranya, almaklumla lama sudah tak melakukan aktiviti sebegini, he3... Ni la 1st time kami melepak kat luar rumah, kalau tak mana adanya. Balik dari kilang ja, terus masuk rumah tak pun sekejap sangat stay kat luar tu. Kami pun start la secara amatur saja, he3... Tetiba ja, ada sorang mamat ni tengok kitorang main. Actually, mamat ni jiran aku. Dari ekor mata aku ni ja, aku dah tau dah, mesti dia nak join. Dia tingkatan berapa entah, aku pun tak pasti. Tapi yang aku pasti, dia selalu kena bebel pagi-pagi. Time tu, aku dok bersiap nak ke kilang la. Bukan aku eavedroppings, tapi memang clear bebenor suara bapaknya itu, ho3... Sebab dia susah nak bangun pagi g sekolah. 

Ok, biar la kat dia, end of his story. Dia ni agak 'sihat'. Tapi bagus la dia pun ada inisiatif untuk bersenam. Lepas agak lama dia tengok agak lama kitorang main, terus dia masuk rumah. Ingatkan dah balik, rupa-rupanya cari raket gak. Lepas tu, dia dengan tak semena-mena amek shuttlecock yang jatuh then serve. Ehh, apekehe nye?? So, memang betul la firasat aku yang mengatakan dia pun nak join gak. Disebabkan dia dah join, kami pun bermain la secara regu, ho3~ Apa-apa pun, puas la jugak dapat main, lama sangat dah raket ni tersimapan kat rumah lama aku. At least, kitorang da gak aktiviti nak buat time petang....



Ni la raket aku. Lama dah beli, time darjah 6 lagi. Walaupun dah lama, tapi still elok tapi bukan sebab aku jarang main, dulu kerap. Ayah aku belikan kat kedai sukan bawah tempat tuisyen aku, ho3~

2 comments:

Amir Syahir said...

jom lawan..ahha

Unknown said...

orait..c u at the court...hak3~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...