artikel menarik

Monday, June 4, 2012

aku berserah padaNya



Bersendirian aku dalam bilik hari ni. Semalam dan esok juga begitu. Aku cuba menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembacaan aku memandangkan tidak lebih dari 20 hari lagi peperiksaan akhir akan bermula. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman, aku mencoret semula apa yang telah aku baca pada sehelai kertas dengan ditemani lagu-lagu dari maher zain. Sambil menghayati bait-bait indah dari lagunya, secara tidak langsung mengingatkan aku pada Yang Esa. 

Betapa selama ini aku lalai dengan masa dan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Timbul sedikit rasa kesal dari hati aku. Aku berehat sebentar dan melayari laman sosial facebook. Aku mendapat khabar, ayah kepada seorang pensyarah aku telah meninggal dunia di kota madinah ketika mengerjakan umrah. Entah kenapa perasaan aku yang telah sedia ada berbaur, bertambah lagi berbaur. Fikiran aku kusut dengan masalah yang ada. Walaubagaimanapun, semua masalah itu tidak harus aku fikirkan sekarang. Fikiranku seharusnya tertumpu hanya pada peperiksaan yang bakal menjelma. 

He’s always watching us, guiding us 
And He knows what’s in our little heart 
So when you lose your way to Allah 
You should turn 
As He promises to you 
He’ll always be there ...

Begitulah bait-bait dari lagu 'Always be there' oleh maher zain. Hati aku terkesan setelah mendengar lagu tersebut. Aku cuba memotivasikan diri sendiri. Setelah berusaha, hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah. Hanya Kau yang dapat membantu kami iaitu hamba-Mu yang lemah. Sesungguhnya kita tidak mampu mengubah arah angin. Namun kita mampu mengubah haluan pelayaran. La tahzan, innallaha ma'ana~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...