Sunday, November 20, 2011

maksud nama artis berkumpulan korea



Sapa kat sini suka dengar lagu korea? Drama korea? Ada la sekali ni, tak ingat la pulak bila kan, ada orang kata, 

" Alah, budak-budak perempuan suka lagu korea bukan sebab memang suka lagu tu tapi suka tengok muka artis korea ja pun. Padahal nama group diorang dah la merapu, lagu pulak tak paham apa langsung. Sebut word english pun x betul...bla..bla..bla... " 

Lebih kurang macam tu la ayat dia. Yang cakap ni lelaki. Pada aku, dua-dua aku suka. Dah memang betul muka handsome, muzik dia pun best gak. Satu lagi, diorang pendai menari. Jadi penyanyi atau pelakon pun dari lulusan bidang nyanyian, lakonanan, siap ada kelas tarian, cara nak jadi model bagai, semua ada. So, diorang ni macam pakej lengkap la. Kalau nak ikut english betul tak betul, lidah kita pun sebut word english tak betul gak. Kadang-kadang dengar lagu omputih pun faham sangat ka? Ramai yang tau nyanyi lagu omputih ja, tapi maksud pun tak berapa nak faham. Sampaikan kes lagu lady gaga tu pun tak tau, still dok nyanyi lagi, tak pun pasang kuat-kuat time ada event apa-apa ja la. Kalau tak tau lagi, boleh klik sini .

Pendek kata, bukan bermakna aku tak sokong industri muzik tempatan, aku layan ja semua lagu yang aku rasa best. Maknanya yang sedap telinga aku dengar. So, kat sini nak share sikit maksud nama kumpulan korea ni, tak la banyak sangat, ada la serba sikit. 


SHINEE
Berasal daripada perkataan 'shiny' yang membawa maksud sentiasa menjadi perhatian umum.


MBLAQ
Akronim kepada Music Boys Live in Absolute Quality.


T-ARA
Menunjukkan matlamat mereka untuk muncul sebagai ratu dalam industri muzik dan memakai tiara yang indah berhias.  


2AM
Waktu 2 am adalah waktu di mana semua orang akan lebih emosional kerana memikirkan tindakan yang telah dilakukan sepanjang hari tersebut. Matlamat kumpulan ini adalah untuk menyampaikan lagu-lagu yang menggambarkan sentuhan emosi yang mendalam.


2PM
Jam 2 pm menunjukkan waktu yang paling aktif dalam hari. Matlamat mereka adalah untuk membuat apa-apa muzik yang penuh bertenaga.


KARA
Nama ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'chara' (kegembiraan) yang ditafsirkan oleh kumpulan tersebut sebagai sweet melody.


BEAST
Menggunakan nama kumpulan hasil akronim daripada Boys of East Standing Tall.  


SNSD
SNSD ialah 'So Nyeo Shi Dae' yang membawa maksud Girl's Generation. Ianya menandakan telah sampai masa (generasi) wanita mengambil alih dunia.


f(x)
Setiap ahli kumpulan ingin menunjukkan bakat dalam diri masing-masing yang unik melalui pelbagai aktiviti muzik sama seperti hasil matematik, fungsi, f(x) yang berubah setiap kali menggunakan nilai x yang berbeza. Selain itu, ia juga bermaksud f sebagai bunga (flower) dan x menandakan 2 kromosom x bagi perempuan. 


CN BLUE
'CN' adalah singkatan 'Code Name' manakala 'BLUE' adalah imej setiap ahli kumpulan: 'Burning" mewakili Lee Jong Hyun, 'Lovely' mewakili Kang Min Hyuk, 'Untouchable' mewakili Lee Jung Shin dan 'Emotional' mewakili Jung Yong Hwa.

4 comments:

AinA No HiBi said...

chiwi chako!!
i loike la dis post.. muahahha
sarangheo!!

hazirah cw said...

ya...tenkiu sbb like..he3 =)

ceritasekupang said...

24/7 dengan gula-gula takda ka? hehe..

hazirah cw said...

cs: gapo dio 2? ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...