artikel menarik

Saturday, January 22, 2011

Bearbrick


Hari tu aku baca komik Uncle Loong. Komik ni mengisahkan kisah lucu dan pelik tentang peminat fanatik mainan. Dalam komik ada disebut pasal be@rbrick (bearbrick). Selalu gak bila aku keluar jalan-jalan, aku suka sangat singgah kedai mainan walaupun aku tak beli. Aku tengok ja, he3... Ni lah antara rupa be@brick, ada banyak lagi sebenarnya tapi just nak tunjuk pada yang tak tau. 





Hmm, cute kan Be@rbrick ni yang dikeluarkan oleh MediCom Toy 


Kedai permainan ni ditubuhkan oleh Tatsuhiko Akashi (1996). Produk permainan daripada MediCom Toy ni direka mengikut gaya hidup dan kehendak pasaran semasa. Be@rbrick dikeluarkan untuk memenuhi kehendak pasaran orang perempuan. Reka bentuknya ditukar daripada Kubrick (patung blok karakter manusia) kepada Be@rbrick (patung blok beruang). Semasa pertama kali diperkenalkan di Konvensyen Karakter Sedunia, Jepun pada tahun 2001, ianya diberi secara percuma dan terus mendapat sambutan ramai. Kalau la aku dah ber'uang' time tu, ho3... 

Be@rbrick boleh didapati dalam 5 saiz ketinggian (35mm, 50mm, 70mm, 280mm dan 700mm). Be@rbrick ni dah keluar bersiri-siri dah, yang black version pun ada, macam-macam ada. Walaupun Be@rbrick cuma ditukar bentuk luaran sahaja tapi kekuatan jenama MediCom Toy menjadikan Be@rbrick mainan rebutan di pasaran. Ish, tak da orang nak bagi aku hadiah Be@rbrick ni ke?? he3... Aku just ada t-shirt biasa dengan lukisan kartun Be@rbrick ja, ho3~




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...