SI PUTIH. Maksudnya bukan si putih, Shiro, anjing peliharaan Shin Chan tu. Bukan nak bercerita pasal siapa-siapa yang aku bagi gelaran sebab berkulit putih. Bukan juga nak berbicara perihal cerita indon tu, bawang merah bawang putih. Sebenarnya maksud aku ialah tentang beberapa jenis makanan yang baik untuk kesihatan kita dan ianya berwarna putih, he3...
Tauge a.k.a Si Putih
Dulu waktu sekolah rendah, mesti ada projek yang tanam kacang hijau tu kan?? Lepas tak berapa lama, jadi la tauge, he3... Sayur ini mudah ditanam dan dijual dengan harga yang murah. Tauge selalu gak diasingkan time makan sedangkan kandungan kalium di dalamnya adalah tinggi dan amat baik untuk kesihatan jantung
Sengkuang a.k.a Si Putih
Hmm, sengkuang memang sedap walaupun makan macam tu ja dan bertambah sedap bila makan dengan kuah rojak. Ada pelbagai vitamin di dalam sengkuang, antaranya ialah vitamin A, B1 dan C, fosforus,Dalam perubatan Cna, sengkuang merupakan penawar untuk penyakit bronkitis. Ia juga boleh meredakan demam, selesema dan batuk.
Lobak Putih a.k.a Si Putih
Lobak putih ni adik beradik dengan lobak merah gak, cuma warnanya yang ketara berbeza. Aku tak pasti pulak Bugs Bunny makan lobak putih atau lobak merah, ho3... Sayur ni tak digemari oleh orang ramai tapi kandungan glikosida di dalamnya boleh menyembuhkan rasa pedih di dalam perut dan juga mengatasi insomnia. Jika dimakan dengan kerap, ia boleh mencerahkan kulit kerana terdapat vitamin C di dalamnya. Selain mengandungi
kandungan antioxidant, sayur ini juga mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak.
Tauhu a.k.a Si Putih
Tauhu ni memang sedap kalau goreng, tak pun kalau nak masak apa-apa pun senang. Sebab tu la tauhu ni boleh dianggap sebagai menu sajian harian. Dalam tauhu mengandungi khasiat zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolestrol dan sebagai sumber protein. Selain tu, ia juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium.
Bawang putih a.k.a Si Putih
Biasanya bawang putih ni memang akan disisihkan ke tepi pinggan termasuklah aku walaupun bawang putih ada kebaikannya. Tapi kalau dah tergigit tu, aku telan ja. Ada gak kawan aku yang suka sangat bawang putih. Sebenarnya dengan memakan bawang putih, angin di dalam badan boleh dikeluarkan. Ia boleh meningkat kan penghasilan hydrogen sulphide yang berfungsi melancarkan aliran darah dalam badan. Selain itu, ia juga boleh menjadi penawar batuk, tekanan darah tinggi serta menguatkan otot badan dan melambatkan penuaan.
No comments:
Post a Comment