artikel menarik

Sunday, January 9, 2011

oh, maggot !!


Maggot (English word). Apa benda tu? Dalam Bahasa Melayu maksudnya ialah belatung. Maggot adalah larva sebelum menjadi lalat. Motif penulisan entri kali ni idalah kerana saya telah terjumpa sekumpulan belatung ketika hendak membuang sampah dan hanya terdetik rasa geli apabila melihatnya. Eeeee~

*Kalau rasa macam tak sanggup nak tengok, cepat-cepat skrol ke bawah ok !!!


Belatung yang sihat wal'afiat, dah nak berubah ke fasa pulpa


Inilah pembawa kepada belatung, lalat, tapi bukan mask rider tau


Lalat membiak dengan cepat terutamanya pada musim panas dan ianya di dalam jumlah yang amat besar. Ianya akan makan dan membesar di tempat ia dibiakkan. Panjangnya adalah antara 3-9 mm dan berwarna putih krim. Selain haiwan peliharaan, manusia juga tidak terlepas daripada ancaman infestasi belatung dan manghadapi risiko yang tinggi terhadap myiasis (penyakit akibat larva lalat parasit yang menjangkiti sel hidup) . Walaubagaimanapun, interaksi antara manusia dan belatung biasanya terjadi di tempat pembuangan sampah, haiwan yang mati dan makanan yang membusuk. Masa yang diperlukan untuk tumbuh hanyalah 8-20 jam sahaja. Masalah utama juga akan muncul ketika belatung berubah menjadi lalat dan jika belatung tidak dihapuskan, lalat akan terus memulakan lagi kitaran hidupnya. Dalam beberapa ketika sahaja, belatung akan tumbuh semula dan kitaran ini akan terus berlaku. Semburan racun serangga boleh dilakukan bagi mencegah lalat dan belatung. Sampah juga mestilah diikat dan dibuang ke dalam bekas tertutup. Membuang sampah pada hari pengumpulan sampah juga boleh membantu mengelakkan infestasi belatung. Selain itu, kawalan biologi juga mungkin boleh diperkenalkan dengan menggunakan histeridae (ahli keluarga kumbang) bagi mengurangkan populasi belatung.

Hai, nama saya Histeridae


Pertumbuhan belatung juga ada dikaitkan dengan Theory of Spontaneous Generation. Apakah sebenarnya teori ini? Saya akan kupaskan isu teori ini di dalam entri yang seterusnya. (macam drama bersiri la pulak,he3)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...