artikel menarik

Tuesday, January 11, 2011

theory of spontaneous generation ???

Dalam entri yang lepas, ada diceritakan tentang maggot ataupun belatung. Seperti yang telah dijanjikan, drama manggot ini bersiri dan ianya masih disiarkan seperti biasa (merapu sudah,he3...) Jom kita tengok sikit tentang Teori Generasi Spontan di dalam skop evolusi sains mikrobiologi, ho3.....


Drama : Theory of Spontaneous Generation
Pelakon utama : 


Louis Pasteur            
     
Theodor Schwann

Franz Shultze


Setelah Anton Van Leeuwenhoek berjaya menemui tentang dunia mikroorganisma yang dahulunya tida diketahui, komuniti saintifik pada ketika itu menjadi tertarik dengan kehidupan halus ini. Ramai saintis dan ahli falsafah mempercayai bahawa beberapa bentuk hidupan boleh muncul secara spontan daripada benda bukan hidup. Bahkan Aristotle juga berfikiran bahawa beberapa invertebrata sederhana boleh muncul dengan generasi spontan. Mereka percaya bahawa ular dan tikus boleh lahir daripada tanah yang lembap, belatung muncul daripada daging mati dan cendawan muncul di kayu yang membusuk.

Terdapat saintis lain yang percaya mikroorganisma tidak boleh muncul secara spontan tetapi mikroorganisma sepanjang masa berada di dalam udara dan benda mati. Akibat terdapat  percanggahan pendapat, kedua-dua saintis menjalankan eksperimen untuk membuktikan dakwaan masing-masing.

Fakta tentang bakteria akan memasuki bahan bernutrisi seperti pati daripada udara ditunjukkan dengan eksperimen oleh Theodor Schwann dan Franz Shultze. Mereka meletakkan kelalang dengan keadaan yang membolehkan aliran udara melepasi pati. Udara merupakan sumber kepada mikroorganisma dan mereka berusaha membuktikan hal ini dengan membiarkan udara melalui tiub yang dipanaskan hingga kemerah-merahan atau asid pekat ke dalam pati yang dikenakan rawatan haba di dalam kelalang. Apabila kelalang masih bebas dari sebarang hidupan, para penyokong biogenesis itu mendakwa bahawa rawatan haba telah menghalang kepada pertumbuhan hidupan secara spontan.

Kontroversi ini hanya berakhir apabila Louis Pasteur membuktikan sangkalan terhadap teori generasi spontan melalui eksperimennya. Dia telah mencipta kelalang, panjang dan membengkok bentuknya yang dipanggil 'swan-necked flask'.


 swan-neck flask

                                                        
swan yang sebenar, sama tak leher ni dengan kelalang tu? ho3....


Kemudian, pati daging dituang ke dalam kelalang dan meletakkan di tempat yang membenarkan hanya udara masuk tetapi bukan habuk. Selepas itu pati tersebut dididihkan selama beberapa minit dan dibiarkan sejuk terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, tida pertumbuhan berlaku setelah pati itu didedahkan kepada udara kerana Pasteur berpendapat bahawa terdapat habuk yang terperangkap di leher kelalang yang bengkok. Setelah leher kelalang dipatahkan, pertumbuhan berlaku dengan cepatnya. Oleh itu eksperimen ini menunjukkan bahawa mikroorganisma wujud di dalam udara dan bukanlah muncul secara spontan. 


toing~ toing~ toing~ 

Ok, itulah konklusi pasal maggot dalam entri yang lepas tu. Sebarang kekurangan harap dapat ditoleransi, he3

End of story....

(^_^) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...