artikel menarik

Wednesday, December 28, 2011

tips bangun awal pagi untuk belajar


Hai, sekarang semua orang kat sekeliling aku tengah demam nak final exam. Semua muka tunduk ja, menghafal kot. Bila nak final exam ni, teringat pulak aku time study untuk final exam time aku sem 2 diploma  dulu. Macam-macam cara kami buat nak bagi senang bangun awal pagi. Cara yang pertama, tidur tapi tak tutup lampu. Tak berjaya, kalau dah mengantuk tu mengantuk la jugak. Yang kedua, tidur tapi tidur dengan cara yang kita tak berapa nak selesa macam tidur kat meja ka. Jangan pulak tidur dengan kipas speed 5 lepas tu siap pakai selimut lagi, sah tak bangun. Cara ni pun tak berjaya sebab bila terjaga ja terus tidur elok-elok macam hari biasa. Cara yang ketiga, sebelum tidur niat siap-siap nak bangun awal, nak baca buku. Lepas tu nota tu letak sebelah kita. Bila bangun ja, terus nampak buku, teringat sekali niat kita sebelum tidur tadi. Alhamdulillah dengan senangnya terbangun dari tidur.

Hari tu aku balik rumah, ambil berkat sebelum exam. Bawa balik 1 buku ja, tapi 1000++ muka surat. Kalau bawa balik buku banyak-banyak pun, bukan boleh habiskan pun. Nota tak bawa balik. Dalam masa 4 hari, aku hanya baca 10-15 muka surat ja. So, balik la ke asrama. Baca dalam 2 jam, habis la 2 bab. Kalau kat rumah, sekali baca ada la 5 minit ja kot. Tapi kat asrama pun, katil sangat la dekat, rasa nak berbaring tu sangat kuat. May be kena study kat library kot. Tapi kat situ tak boleh nak bancuh-bancuh air, makan-makan biskut, sembang dengan kawan jap, banyak yang tak boleh nya. Biasa la, nak mencari alasan. Bak kata kawan aku, susah nak mencari laksa penang yang sedap, susah lagi nak cari mood untuk study. Lusa aku pi study kat library kot, hehehe... Nak ikut teladan bearbrick kat bawah ni....









3 comments:

Balqis Azhar said...

ooh,
mksdnya ltk buku kt tepi la eh ?
penah try time nk pmr dlu..
alhamdulillah boleh !

hazirah cw said...

aah, ltk buku kat tepi..bagus la klau boleh, nnt bleh buat lg, may be time nk spm ka, he3...

Anonymous said...

Mmm...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...