artikel menarik

Monday, January 17, 2011

hijau yang menenangkan~



Warna hijau selalu dikaitkan dengan rasa tenang dan mendamaikan jiwa. Hijau berasal dari kumpulan warna sekunder iaitu hasil campuran warna biru dan kuning (biru + kuning = hijau). Aiseh, macam kelas seni la pulak, he3... Abaikan yang aku merapu kat atas tu tapi tak merapu sangat kan sebab betul kan apa yang aku gitau tu, ho3... Sekali tengok pemandangan dalam gambar kat atas ni memang menenangkan. Tapi kalau tengok banyak kali pun menenangkan jugak ditambah lagi bila ada angin sepoi-sepoi language. Oops, maaf saya telah merosakkan bahasa kita. 

Sebelum aku pergi jauh lagi, agak-agak korang la kan, pemandangan amenda ni (yang kat tengah-tengah)?? Tiba-tiba ja teringat agar-agar pandan, yang bahagian atas dia hijau pandan, yang kat bawah santan. Nanti at the end of the story aku gitau amenda ni ok.
Sebenarnya, satu hari dalam minggu praktikal saya, saya dan kawan-kawan telah keluar rehat awal. Kemudian, kami menuju ke bahagian belakang kilang. Tujuannya adalah untuk menunjukkan pemandangan yang indah ini kepada seorang rakan saya yang belum pernah sampai ke tempat ini. Macam apa ja aku cerita, ok serius balik. 

Sebelum sampai ke tempat ni, kami kena melalui beberapa tempat yang sama macam gambar di atas, beberapa buah kolam. Kolam yang 1st, memang tak nampak air, semuanya bahan pepejal. May be kalau ada yang nak tunjukkan kehebatan berjalan atas air or kolam, ini lah tempat yang sesuai, he3... Semakin banyak kolam yang kami jumpa, semakin cair air di dalam kolam tu. Akhirnya kami sampai la ke kolam no 7 ni. Time tu, ramai gak pekerja yang nak start cuci kolam, buang kangkung dan segala apa yang boleh dibersihkan. 

Kolam pun kolam jugak, tapi ini bukan sebarang kolam. Sementara nak sampai ke kolam no 7 ni, dah penat aku menahan nafas. Sikit lagi ja nak catat Guiness world of record (hiperbola sangat ni). Baunya, hanya sapa yang pernah sampai kat sini ja tau. Yang sebetulnya, ni adalah effluent pond, dengan kata lain kolam kumbahan. Segala jenis sisa ada dalam kolam ni. Nasib ni kolam no 7, so kurang la bau menyengat dan kurang kelikatannya, ha3... Saja ja nak sampaikan yang kadang-kadang sesuatu tu indah luaran tapi hakikatkan tidak di dalam. Lumut yang hijau kat dalam kolam tu dah melindungi apa-apa yang kurang indah dalm kolam tu, kui3....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...