Hujan yang turun~
Bagaikan mutiara~
Bersinar berkerlipan bercahaya~
Ehem-ehem, pitching melompat sudah, entah betul ka tak lagu tu. Hentam ja la labu....
Sebenarnya hari ni adalah hari yang ketiga terik selepas hujan hari tu. Tapi nak dijadikan cerita, hujan pulak hari ni. Tengahari tadi memang panas+terik lagi tau tapi dah petang baru hujan. Memang betul la pepatah ni, ' jangan disangka panas berpanjangan, rupa-rupanya hujan di tengah hari '. Mengikut pepatah aku sendiri, ' jangan disangka panas berpanjangan, rupa-rupanya hujan di tengah jalan '.
Sebabnya, elok ja aku keluar dari makmal, awan hitam mula berarak. Tunggu jap kawan aku keluar dari ofis then kami pun jalan nak swipe kad. Baru ja jalan sikit dah hujan, agak lebat la. Apa lagi, mula-mula tu boleh la nak jalan tapi makin lama makin lebat. Jadinya, kami berlari-lari anak untuk berteduh kat bawah bumbung main ofis. Risau jugak kalau-kalau laptop aku pun mandi hujan sekali dengan kami. Memang jauh lagi perjalanan kami untuk sampai ke parking lot. Tambahan pulak, aku memang tak da dua-dua benda ni. Amendanya?? Ni benda kat bawah ni...
Hujan pun hujan gak tapi angin pun ada gak. Memang sejuk gila, jari pun nak jadi kecut dah. Tiba-tiba kami dengar bunyi ' kedepekkk ' !!!!! Rupanya, ada pokok kat padang depan main ofis tu tumbang. Pas tu guruh berdentum-dentam...kilat sabung-menyabung...angin berderu-deru...Lama-kelamaan hujan pun macam dah reda sikit. Macam. Kami pun berlari lagi, destinasi yang kami aim, parking lot kecik before parking lot kat main entrance. Lari punya lari, alamak !!! Wrong way, wrong way !!! Jalan yang kami lalu tu memang banyak lopak air. Faham-faham ja la, habis lencun kasut dengan seluar aku. Kalau la ada anak ikan kat lopak tu, konfem dah banyak ekor masuk dalam kasut aku tu. Tapi benda dah jadi so, redha ja la.... Tunggu dalam 7-8 minit, then terus menuju ke tempat parking motor dan vrooom balik.
Apa-apa hal pun sempat lagi aku singgah gerai, beli nasi minyak (macam ja, tak pasti sangat nasi apa, ho3) berlaukkan ayam sebanyak 6 bungkus. Bukan untuk aku sorang, untuk dua lagi housemate aku. Jangan kecoh sangat. Shhhh, kami makan sorang dua bungkus, ha3.... Satu singgit, satu singgit, satu singgitttt !!! Tu la kisahnya hari ni dari makmal, singgah 2 3 perhentian, singgah gerai and on the way balik rumah, memang sempat aku jadi jeruk. Terus terang, esok aku bawak payung !!!
No comments:
Post a Comment