artikel menarik

Tuesday, February 12, 2013

elektrik di dalam tubuh manusia



Pernah tak anda mengalami keadaan seperti terkena renjatan elektrik ketika memegang besi (troli di supermarket), bersentuh tangan dengan rakan di sebelah yang memakai cincin, memegang tombol pintu  dan pelbagai lagi keadaan yang lain? Aku pernah. Tapi tak la kerap  sangat, sekali sekala. Jadi, tertanya-tanya jugak apa sebabnya. Keadaan ini adalah perkara biasa atau pun tidak. Lepas baca artikel mengenal hal ni, baru aku faham kenapa renjatan elektrik berlaku. Kat bawah ni adalah penerangan mengenai hal ini.

Menurut Dr. Azmi Alias, Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila ransangan diberikan.  

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron. Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, kalium (potassium, K) dan natrium (sodium, Na) misalnya membawa cas positif dan klorida (chloride, Cl) membawa cas negatif. Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku ransangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi.

Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil. Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik. Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik. Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri. 

Seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk. Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan. Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas.

 Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan. Kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh bdan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik seperti sindrom carpal tunnel, sakit tulang belakang cakera prolaps, trigeminal neuralgia dan penyakit sawan. 

Patutlah masa aku dalam tempat yang sejuk macam kat supermarket or shopping complex, rasa macam kena renjtan elektrik. Dah sejuk gila, mesti la gosok tapak tangan kan, kononnya nak bagi haba pada tangan. Mujur gosok-gosok, tak keluar api, hehehe... Kadang-kadang aku lapik dengan lengan baju bila nak pegang troli bila kat supermarket. So, korang lepas ni ambil precautions sebelum sentuh apa-apa, gunakan penebat elektrik, hohoho... (^^,)Y  

21 comments:

Betak Warisan said...

share info plz, tqvm...

Unknown said...

ok, no problem, share la ^^

Anonymous said...

Dkt opis pon sy selalu kene renjatn kecik elektrik....how to fix it? :-(

Unknown said...

lorh..pkai glove kot cara terbaik, hehehe

Umie said...

sy skrg makin kerap kena rejatan tu.. asal bersentuh dengan besi penyangkut baju pun kena..padhal nak sangkut baju...

jom lawat:
http://athiyyah-hannani.blogspot.com

Unknown said...

Selalu sangat berlaku kebelakangan ni.. Dan ada satu kemusykilan bermain di minda... Adakah kita akan lebih terdedah kepada bahaya seperti dipanah petir seperti kejadian yang berlaku baru-baru ni..

Sity Aishah Mohd Zin said...

Untuk mengelakkan terkena mcm tu..
Pijak rumput atau tanah tanpa pakai kasut..dlm masa 5-10 minit...in sha allah berhasil...

Anonymous said...

aku pun kadang2 hairan juga ada percikan kecil dan bunyi static elektrik pada benda yang aku sentuh.. terasa pelik bagaimana boleh terhasil

Anonymous said...

Slalu kena.Pegang pensel tekan pun bleh rasa ade renjatan elektrik.Terkadang fikir jgk normal kew mcm ni

Unknown said...

laaaaa. chiwi keeee. hahahha. beriya i baca. tetiba. ehh, budak usm ni. awat muka ngan nama familiar je. nice blog :)

Unknown said...

Hahaha.. i ler tu ^^

Unknown said...

Hahaha.. i ler tu ^^

Anonymous said...

Saya pun kena benda yang sama. asal masuk shopping complex confirm kena renjatan elektrik macamni especially nak pegang dekat pemegang eskalator n bergesel dgn orang. pastu fobia dah nak pegang apa2 dlm shoping complex. kalau kat luar takder plak cmtu.

axzel said...

Bagus pengalaman anda semua. Perkara yg sama blaku pd aku jg. Dulu seringkali blaku semasa pegang/tolak troli dlm pasaraya..skrg smkin kerap blaku. Setiap kali nk keluar dr kereta pasti akan blaku renjetan kecil bila lengan beegesel dgn body kereta sblm keluar. Aku dh cuba bmeditasi utk menggunakan kuasa lektrik tsbut xpi bjaya.

Anonymous said...

Baru2 ni saya terkejut dgn apa yg berlaku ..sebelum ini cuma dengan sentuhan di tempat kerja yg mana ianya penuh dgn mesin2 photocopy & berpuluhan PCs..ingtkan sbb terlampau byk brg2 elektronik ..tapi bila kejadian berlaku di rumah yg mana pada waktu nak tidur semasa mahu selubung dengan selimut ,terasa renjatan elektrik terkena pada tubuh dan ada percikan api pada selimut..saya tidak berkhayal malah anak turut nmpak percikan api di selimut saya..

Orange's World said...

Macam mana kalau benda melekat dekat badan? Saya selalu kain melekat kat badan, bila tarik akan bunyi mcm kita angkat kain yg bru lepas iron/gosok? Pastu saya pernah letak tgn dekat rambut tp x sentuh rambut, rambut saya boleh terpacak mcm kena tarik dgn tgn saya..hoho

Orange's World said...

Pernah alami jg..scary jg mula2, tp lama kelamaan jd biasa..hoho

Anonymous said...

Punyalh tekejut selimut saya seolh ada percikn api brwna hijau,berseta sedikt rasa renjatn eletrik dekt tangan

Anonymous said...

sy pun ni baru cari la ni hal ni sbb terkejt dalm minggu ni dah 3 kali jari sy mcm kena letrik bila nk kuar dr pintu kereta kita terpegang sisi pintu sebelum nak tolak pintu tu. sampaikan sy rs sakit mcm lebam halus je kt hujung jari ni. Hari ni trus terfikir nk cri dlm internet. memang tersa pelik n terkejut sampai sy menjerit kps husband tp dia buat selamba n x tahu sbb x pernah kena

Unknown said...

Sama. Adakah ianya normal? X bahaya ke?

Unknown said...

Hehe.. ingatkan ada super power sbb pernah buat kerja2 elctrical man sebelum2 ni.. baru nak acah2 jadi macam the flash.. tapi bila dah baca artikel ni. Dah terasa manusia biasa plak.. haha... apa pun suka usik kawan bila dah tahu cara nak hasilkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...