artikel menarik

Monday, March 30, 2015

life hack di asrama

Tahun 2015 ni merupakan tahun yang ke-13 aku tinggal kat asrama. Lama gila kan? Sejak Tingkatan 1, sampai la Diploma sampai la sekarang, Ijazah. Cerita kenakalan aku dan kawan-kawan, ragam manusia, cerita mistik yang pastinya, memang banyak. Macam-macam sampaikan tak tercerita. Jadinya, hari ni aku rasa terpanggil nak cerita sikit mengenai cara nak mudahkan kehidupan kat asrama/hostel/desasiswa/kolej kediaman dan yang sewaktu dengannya. 

1) Cara mudah dan cepat seterika uniform sekolah/baju
Bagi siapa yang masih bersekolah, mesti bosan dan malas kan nak seterika baju sekolah? Atau aku sorang ja rasa macam tu? Hehe... 
a) Baju sekolah - seterika hanya pada bahagian pinggang dan ke bawah, yang lain boleh tutup dengan tudung. Kemudian, seterika lengan baju sikit, untuk bagi nampak garis kemasan.
b) Kain sekolah - seterika pada bahagian lutut dan ke bawah, yang lutut ke atas dah tutup dengan baju sekolah. Lepas tu. seterika lipatan kain pun untuk nampak garis kemasan.
Sebenarnya uniform sekolah ni tak perlu basuh pakai mesin basuh pun, boleh elakkan kedutan melampau. Rendam sekejap dengan sabun basuh, kemudian berus kat bahagian yang mungkin berdaki dan mudah lekat kotoran seperti kat leher dan pergelangan tangan. Satu lagi, kat kain bahagian bawah sebab ada sesetengah pelajar sukakan kebersihan jadi dia sapu habis sampah dengan kain sekolah. Kalau baju biasa pulak, yang mudah kedut tu jangan perah terlalu kuat (kibas ja) untuk kurangkan kedut dan konsepnya, seterika pada bahagian yang nampak kedut dan tak dapat diselindungkan.

2) Senaman 
Nak pergi bersenam tu yang malas sebenarnya. Nak bersiap, pakai kasut sukan, itulah punca rasa malas tu. Senaman ni boleh ja buat kat bilik/dorm. 
a) Jom buat 'sit up'. Biasanya bahagian hujung katil besi akan ada ruangan untuk selit kaki. Selitkan kaki kat situ dan boleh buat 'sit up' sorang-sorang, jangan kata tiada kawan nak pegang kaki sebagai alasan. 
b) Getah banyak kan dapat masa beli makanan yang dibungkus? So, apa kata buat satu tali 'skipping' selain daripada melastik cicak. Lompat la selagi jiran di bawah tak marah dengan bunyi hentakan kaki dan beban dari badan, kesan daripada graviti. 
Murah dan mudah, tinggal untuk dilaksanakan atau tidak.

3) Lampu study terlalu cerah
Lampu study tujuannya supaya cahaya tu lebih fokus pada meja dan kurang mengganggu roommate untuk tidur. Tapi kadang-kadang bila dah lama duduk kat meja study tu, pening jugak dengan lampu yang terlalu cerah tu. Ambil sehelai kertas A4/kajang (warna putih) dan gulung/selitkan di lampu. Kalau kertas berwarna, nanti malap sangat dan tak sesuai nak buat kerja sebab pencahayaan tak cukup. 

4) Jimat 'toiletries'
Contohnya ubat gigi, tak perlu untuk kita picit ubat gigi sepanjang berus gigi tu. Saiz ubat gigi yang sesuai hanyalah sebesar kacang pea saja. InsyaAllah pasti mulut tu cukup berbuih-buih dan berangin dah. Sabun mandi pulak, picit sikit atas span/jala mandi yang basah kemudian baru sabun badan. Buih yang lebih tu boleh la main tiup-tiup. Untuk syampu pulak, ikut ketebalan dan panjang rambut, kena pandai agak-agak. Lepas tu, masa syampu, gosok sikit kulit kepala dengan hujung jari (bukan kuku). Baru hilang minyak, pembentukan kelemumur dan rasa gatal. Tak kan nak syampu setiap kali kepala rasa gatal kan?

5) Alat bantu lipat baju
Ini tiada kena mengena dengan alat bantuan dari Doraemon. Baju hari-hari bertukar, dah basuh kena la lipat pulak. Apa kata cuba buat alat ni, mesti rasa teruja setiap kali nak lipat baju.

Dulu kena buat oral presentation, kononnya kita sebagai promoter dan barang yang nak dipromote tu mestilah barang yang tiada di pasaran. Dapat idea dari video tu so, aku pun buat alat bantu lipat baju tu, Alhamdulillah mendapat pujian (mesti sebab lecturer tu pun rasa malas nak lipat baju jugak, haha). Dengan beberapa langkah saja, baju pun siap dilipat. Nak masukkan dalam almari, kena usaha sendiri la. 

Nak lagi 'life hack' yang lain? Boleh baca kat artikel ni : 9 Creative Hacks Malaysian Students Pulled Off To Survive College Life

2 comments:

Joe Roslan said...

suka blog sis nih.bnyk tips :DD

Hazirah CW said...

Tenkiu.. nnt2 jmput dtg lg.. insyaAllah lau free, ada la entri baru hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...