artikel menarik

Saturday, February 16, 2013

bila gambar berbicara #14



syukur~


Baru la aku rasa tak malu nak bagi tau result kat mak ayah~

Alhamdulillah, syukur. Hari ini keluar jugak official result untuk final exam semester lepas. Akhirnya, impian aku jadi kenyataan. Azam jangka pendek 2013 aku untuk tersenarai dalam dean list tercapai. Ini langkah pertama aku untuk terus memperbaiki result dan sebagai pembakar semangat untuk sem akan datang yang akan bermula lebih kurang 3 hari lagi. Aku dah pernah berasa duduk di bawah dan duduk di atas. Jadi, kalau orang lain boleh, aku pun mesti boleh. Kadang-kadang kita dah usaha, tapi keputusan macam tak setimpal, anggap la bahawa Allah ada sesuatu yang lebih baik dari itu. 

Aku nak buktikan pada diri sendiri dan orang lain bahawa aku pun boleh. Zaman mengelaskan seseorang itu dengan lulus atau gagalnya sesuatu dah berlalu. Sekarang apa yang membezakan seseorang itu adalah pengetahuan dan kejahilan. Walau apa pun, ini hanyalah urusan dunia. Kejar akhirat pasti dapat dunia. Sebab bila dah dapat akhirat, secara automatik kita akan dapat dunia juga.  

Aku ingat lagi masa aku tingkatan 2. Kawan aku dapat 79 markah untuk paper Bahasa Inggeris. Sayang kan, 1 lagi nak A. Dia minta nak tambah 1 lagi markah bagi jadi 80. Then, teacher aku cakap, "Jangan minta markah tambahan dari saya. Banyak mana yang awak usaha, banyak tu la yang awak dapat. Kalau awak cakap, ala sikit lagi nak A, saya pun boleh cakap, awak pun perlu usaha sikit saja lagi." Masa tu aku dapat 78, ada hati juga nak minta. Tapi tak jadi. Ada betulnya kata teacher aku tu. 

Terima kasih pada kawan-kawan aku yang menjadi teman bersendut (Perpustakaan Hamzah Sendut). Tahniah juga pada diorang. Aku pun dapat tumpang berbangga, diorang pun tak kurang hebatnya. Semoga nikmat yang Allah beri ni, tidak menjadikan aku seorang yang riak. Perkongsian ni hanyalah sebagai tempat untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Tak ada diari nak menulis memori ni, sebab menaip lebih mudah. (^^,)


Tuesday, February 12, 2013

elektrik di dalam tubuh manusia



Pernah tak anda mengalami keadaan seperti terkena renjatan elektrik ketika memegang besi (troli di supermarket), bersentuh tangan dengan rakan di sebelah yang memakai cincin, memegang tombol pintu  dan pelbagai lagi keadaan yang lain? Aku pernah. Tapi tak la kerap  sangat, sekali sekala. Jadi, tertanya-tanya jugak apa sebabnya. Keadaan ini adalah perkara biasa atau pun tidak. Lepas baca artikel mengenal hal ni, baru aku faham kenapa renjatan elektrik berlaku. Kat bawah ni adalah penerangan mengenai hal ini.

Menurut Dr. Azmi Alias, Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila ransangan diberikan.  

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron. Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, kalium (potassium, K) dan natrium (sodium, Na) misalnya membawa cas positif dan klorida (chloride, Cl) membawa cas negatif. Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku ransangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi.

Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil. Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik. Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik. Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri. 

Seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk. Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan. Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas.

 Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan. Kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh bdan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik seperti sindrom carpal tunnel, sakit tulang belakang cakera prolaps, trigeminal neuralgia dan penyakit sawan. 

Patutlah masa aku dalam tempat yang sejuk macam kat supermarket or shopping complex, rasa macam kena renjtan elektrik. Dah sejuk gila, mesti la gosok tapak tangan kan, kononnya nak bagi haba pada tangan. Mujur gosok-gosok, tak keluar api, hehehe... Kadang-kadang aku lapik dengan lengan baju bila nak pegang troli bila kat supermarket. So, korang lepas ni ambil precautions sebelum sentuh apa-apa, gunakan penebat elektrik, hohoho... (^^,)Y  

Wednesday, January 23, 2013

my anak saudara


Saja nak introduce my new family member. He is my nephew, Ahmad Irfan bin Ahmad Zuriman Affendy. Lahir 15 Oct 2012. Ini masa sejam lebih selepas lahir, 3 lebih a.m. Sama jugak macam achu dia, lahir pepagi buta, hehehe... Main sorang-sorang ka ni? (^^,)


Masa ni baru sebulan, dah lepas bercukur rambut. Umur ja sebulan tapi muka tak serupa sebulan. Pipi bam bam. Acah-acah, gelak. Tengahari-tengahari pakai bedak sejuk, bagi sejuk sikit badan.


Ibu dia pi kerja petang. Ayah dia kerja pagi. Tinggal dengan opah, tok ayah dan achu ja. Berkerut sikit dahi sebab ada aunt india tu tengah panggil anak dia balik rumah kot, main lama sangat kat luar. Baru 2 bulan setengah time ni.


Sekarang dah 3 bulan seminggu. Tengah bercuti-cuti Malaysia kat Melaka. Esok baru jemput diorang 3 beranak balik kat airport. Nak boleh meniarap dah si irfan ni. Kaki pun dah mula nak melangkah. Angkat ja dia, dah angkat kaki nak ke depan. Suara pun dah kuat dah. Dah pandai menyampuk time orang cakap, mengaku la agaknya. Tapi menangis tak keluar air mata, itu pun jarang menangis. Tak lama lagi dah besar sikit, nanti achu ajar 1 2 3, alif ba ta, a b c ok... Semoga menjadi anak dan hamba yang soleh~

Sunday, January 20, 2013

tamat


Apa yang tamatnya? Final exam dah pun tamat 16hb Jan hari tu so tamatlah semester ni. Hmm, tunggu result ja la, lebih kurang sebelum next semester start. Boleh la tengok seberapa teruk menjawab exam hari tu. Mentang-mentang tahun baru, soalan pun baru-baru belaka. Kalau open book pun belum tentu dapat memenuhi kehendak soalan. Ada yang banyak idea nak tulis, tapi kesuntukan masa. Selaju-laju lipas kudung berlari, laju lagi tangan aku menari atas kertas jawapan. Tangan rasa macam kena celup dalam liquid nitrogen sebab dewan exam sejuk gila. Yang soalan objektif, memang la jawapan dah ada kat situ, tinggal nak pilih ja tapi nak pilih pun konfius, hohoho... Semua tu dah berlalu beberapa hari lepas. Now, its time for doa and tawakal (^^,)

Saja nak recall balik masa study week, prepare untuk final exam. Masa study week, bersendut di Perpustakaan Hamzah Sendut. Gambar kat bawah ni masa mula-mula nak start study. Biasa la, pembuka selera study dengan sekeping gambar dulu, hehehe... Masuk-masuk, terus naik lif sampai tingkat tempat biasa, tapi time ni agak penuh. So, dok kat meja santai ni dulu dekat-dekat dengan tempat biasa jugak. 


Time ni pulak, dah bosan sikit. Buat soalan past years. Bincang-bincang dengan kawan. Yang mana kena hafal tu, hafal kat bilik. Dok sorang, so boleh la nak hafal macam mana pun, hehehe... Pi isi air sejuk dulu kat Coway then lunch break. 


Ada sekali tu, kawan aku pi pasar malam tetiba tayar pecah. Lupa nak isi angin rupanya. Nasib dah nak sampai baru tayar pecah. Patut la keropok lekor aku tak sampai-sampai. Last sekali, kemas buku pi kat dia. Solat maghrib siap-siap kat surau library, pastu berkelah. Sambut new year awal, kul 8 lebih 31 Dec dah sambut, hahaha... Makan dan berborak sampai pukul 11 lebih. Almaklumla banyak mulut, 5 mulut bercakap. Hilang penat seharian bersendut. Sekarang dah hari kedua bercuti di rumah. Lepas final paper hari tu, kemas-kemas barang dulu. Esoknya baru balik rumah. Tenang la sat sementara dapat bercuti sebulan, yay!!! 

Tuesday, January 1, 2013

azam tahun baru : 2013



Aku tak pernah pun berazam-azam ni. Cuma setiap tahun baru, mesti la kita nak berubah ke arah yang lebih baik atau pun menjadikan kehidupan kita lebih baik daripada sebelumnya. Jadi, memandangkan hari ni 1 Jan 2013, paper 1st untuk final aku 5 Jan 2013 dan result akan keluar pada bulan februari, aku berazam untuk jangka masa pendek nak tersenarai dalam Dean list. I'll try my best. Chewah, hahaha... Nak buktikan pada semua orang yang aku pun boleh buat. Tak berapa hari lagi nak final, harap-harap perangai hangat-hangat taik ayam aku tak muncul dah sampai bila-bila. Nak study pun kena ada driving force jugak, hehehe... 

Kepada diri sendiri, siapa-siapa yang bakal atau sedang berperang dengan kertas exam, aku ucapkan :

Semoga dipermudahkan urusan menjawab exam...
Good luck, all the best !!!
Bittaufiq wannajah fil imtihan~
Jia you...
Gambatte kudasai~
Halsu isseo, hwaiting !!!


Azam-azam jugak, tahun baru dengan bunga apinya dan etc, jangan seronok-seronok sangat. Ingat Allah, Allah akan ingat kita (pesanan untuk diri sendiri jugak). Syukur masih dapat berganjak ke tahun baru. Selamat menyambut tahun baru untuk semua !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...