artikel menarik

Wednesday, October 28, 2015

rezeki itu luas

Sesungguhnya rezeki Allah itu skop yang merangkuminya luas seperti dari segi duit, anak, jodoh, pekerjaan dan banyak lagi. Ada yang cepat, ada yang lambat mendapat bahagian rezeki masing-masing. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita, maka kita hendaklah bersangka baik dan berdoa kepadaNya.

Gambar-gambar kat bawah ni boleh buatkan korang lebih memahami skop rezeki yang luas tu.








Jadi, bersyukurlah mulai hari ini dan hari-hari akan datang dengan nikmat kurniaanNya.

*Tadi pergi bakeri beli roti dengan dadih tapi duit syiling lagi 20-30 sen tak cukup. Lepas tu customer lain kat sebelah tolong bayarkan, Alhamdulillah ^^

Sunday, October 18, 2015

dia

Selamat pagi. Aku bangun dari tidur dengan kepayahan membuka mata. Sukar betul mata ni nak tertutup semalam. Sebelum tidur, saja belek henfon lama nak buang mesej dulu-dulu yang mungkin membuatkan henfon tu lembab. Tiba-tiba terbaca long conversation dengan dia. Asal boring atau ada masa, selalu mesej or chat kat YM. Tup tup dengan tidak semena-mena teringat pulak kat dia.


 Ada sekali tu, first time keluar sama-sama. Padahal Jumaat dengan Sabtu pun dah keluar outing. Ahad pun keluar lagi. Tak plan pun dress code, tengok-tengok eh sama kaler la pulak. Beli barang sikit (beli sabun Top saja sebenarnya, haha), lepas tu jalan-jalan dalam mall. Masa lalu depan KFC, aku macam kenal ja 2 3 orang kat dalam tu, kawan sekelas. So, cepat-cepat kami ubah arah laluan takut diorang nampak. Nanti jadi bahan gosip, hehe…

Then, ada sekali dia pernah marah aku. Sebab bagi pendrive dia dekat lagi sorang kawan sekelas yang ramai orang judge sebagai tidak bertanggungjawab. Kawan yang tidak bertanggungjawab tu cakap, dah minta izin dengan dia untuk pinjam. Walhal, masa bagi pendrive tu dia pesan dengan aku jangan bagi sapa-sapa pinjam. Mana la aku tahu, aku pun percaya la kata-kata kawan yang tidak bertanggungjawab tu. Masa tu tengah amali, tahan ja air mata dari bercucuran. Kebetulan ada kawan datang tanya apa entah, so cepat-cepat bagi kering mata. Rasa sensitive gila masa tu.

Masa last day kat Kuantan, nak balik dah ni, angkat barang semua bawa balik, dia tolong angkat barang. Sebelum masuk kereta, dia bagi hadiah. Sampai sekarang aku tak tau kenapa dia bagi, apa maksud dia? Aku pun tak tertanya dekat dia. Kami tak pernah declare apa-apa. Dia buat aku confused, kami ni TTM (teman tapi mesra), BF (best friend) ka apa? Sampai kat situ cerita kami, pause sampai ke hari ni. Masing-masing sambung belajar, jarang-jarang contact dan tak tahu la kalau satu hari nanti butang play akan ditekan semula atau tak. Tunggu kerjaya masing-masing stabil, mungkin.

Mungkin jugak aku yang perah santan tapi entah la, kami pernah pegang tali yang sama. Those old good days, kadang-kadang buat aku tersenyum sendiri. Cerita muda remaja masa 19 20 tahun, haha… Rahsia yang lebih selamat kalau simpan kat sini. Tak tahu nak cerita kat sapa, lagi pun aku lebih suka cerita bab-bab ni dekat strangers or kenalan.

Jangan muntah hijau baca ayat-ayat kat atas k, hehe~ 


Friday, October 16, 2015

tips mudah membayar PTPTN

Salam MaalHijrah 1437H. Tahun baru, kita buka lembaran buku baru. Maka apa perkara baru yang kita ingin lakukan atau selesaikan? Segera bebas dari hutang? Ya. Kadang kala hutang tidak dapat dielakkan dalam keadaan tertentu. Contohnya, membuat pinjaman PTPTN untuk menyambung pelajaran. Hutang merupakan suatu perkara yang rata-rata kita merasakan begitu berat untuk dilangsaikan. Sungguhpun begitu, tuntutan untuk melangsaikan hutang adalah wajib.


Jadi, ingin dikongsikan di sini adalah beberapa tips mudah untuk kita melunaskan hutang dengan berlapang dada. Pertama sekali apabila menerima gaji, bayar hutang terlebih dahulu. Jangan jadikan baki wang anda sebagai congakan jumlah bayaran hutang. Contohnya, jika baki wang sedikit maka jumlah bayaran hutang juga sedikit dan sebaliknya. Ia bertujuan mengelakkan anda berasa terbeban dengan bayaran hutang. Sudahlah wang semakin berkurangan, nak membayar hutang pulak?

Kemudian, bayarlah hutang secara konsisten dan tetapkan satu tempoh untuk menyelesaikan hutang. 5 tahun? 10 tahun? Terpulang pada kemampuan masing-masing. Tapi, lagi cepat bebas dari hutang, lagi baik bukan? Anda boleh menggunakan Kalkulator Ujrah sebagai garis panduan untuk mengira kadar bayaran bagi jangka masa yang anda tetapkan untuk menyelesaikan hutang.

Tetapi bagaimana sekiranya anda telah tamat belajar namun masih belum mendapat pekerjaan? Bayarlah walaupun sedikit. Itu adalah lebih baik daripada jumlah hutang meningkat akibat penangguhan. Jadi kepada peminjam PTPTN yang masih belajar, berusahalah untuk menyimpan wang yang anda dapat pada setiap semester. Elakkan daripada boros atau membeli barang yang bukan menjadi keperluan tetapi kemahuan. Wang tersebut bukan saja boleh digunakan semasa anda berada dalam tempoh menganggur malah boleh digunakan untuk membayar hutang.

Walaubagaimanapun sekira anda masih sesak nafas setiap kali membayar hutang, maka segeralah berjumpa doktor. Hehehe…

Tips bonus;
Elakkan diri dari boros
Pakai cermin mata hitam semasa berada di shopping complex supaya barang yang dilihat kelihatan kurang menarik dan jangan bawa dompet. Inilah yang dikatakan window shopping, tengok sikit-sikit macam tu ja. Bukannya pergi masuk tiap-tiap kedai, survey harga kemudian laju ja kaki melangkah beratur di mesin ATM.  Oops! Itu explorace. Kekeke~

Suka atau tak, kena bayar jugak. Jom kita berhuhuhu sama-sama.

*Saja ubah gaya bahasa, ala-ala artikel yang serius. Hohoho

Friday, October 9, 2015

10 barang yang mungkin dah expired dalam rumah

Lepas baca artikel ni, Are You Guilty Of Keeping Any Of These 10 Things That Have Probably Expired? Apa kata kita pergi check barang-barang dalam rumah?


 Ni hasil siasatan samada ada tak barang yang dah expired dalam rumah:

Telur ayam: Ada 4 biji
Rumah aku memang tak pernah beli telur ayam lebih dari 10 biji apatah lagi nak beli telur ayam yang sepapan.

Berus gigi: Dah pakai 3 bulan
Berus gigi aku selalu tukar 2 kali setahun. Tapi dulu-dulu memang tunggu bulu berus tu bercabang habis baru nak tukar.

Bantal : Setahun dah kot
Selagi bantal kepala aku belum kempis akibat kehabisan kekabu, sedap ja tidur, selagi tu la aku pakai. Atau pun setelah mak aku beli bantal baru dan suruh tukar. Itu bantal kepala, kalau bantal busuk mesti ramai yang dah super duper expired ni, hehe...

Jala mandi: Tiada
Masa duduk hostel dulu ada pakai. Sekarang tak guna dah. Mujur tangan masih elastik untuk meratakan sabun ke seluruh badan.

Span basuh pinggan : Tiada
Sebab rumah aku pakai jala, haha…

Mata ganjaran kad kredit: Tiada
Pun sebab aku tak ada kad kredit. Tapi kalau aku dapat kupon atau baucer apa-apa, aku memang selalu alert bila due date. Nak jimat kan~

Kasut sukan: Belum lagi kot
Aku rasa tak cukup mileage lagi untuk tukar. Entah la, tak sure. Tapi dah pakai setahun lebih. Selagi elok di mata dan selagi kasut aku belum bermulut buaya, aku pakai bila memerlukan keselesaan dan untuk tempat serta aktiviti yang sesuai.

Pencukur: Tiada
Baru ja buang. Rasanya tak ramai kot sedar yang pencukur tu sebenarnya pakai buang. Mungkin.

Racun serangga: Belum expired
Tapi aku tak pernah nak ambil kisah pun bila manufacturing date racun serangga ni. Kalau makanan, memang aku check habis.

Mekap (mata): Tiada
Sebab aku tak pernah memilikinya, haha…

Tapi normal la kan, selagi masih ada dan nampak elok sesuatu barang tu, mesti kita guna lagi sampai habis atau rosak. Nak buang? Rugi kot. Pemikiran normal masyarakat kita, termasuklah aku. Tapi kalau melibatkan bakteria dan boleh membawa keburukan, boleh la kita berubah dari sekarang.

Wednesday, October 7, 2015

Drama; Pelangi Cinta

Bosan? Tak tau nak buat apa? Nah, tengok drama ni. Sesuai sangat pada sesiapa yang minat Shaheizy Sam dan Juliana Evans. Cut the long story short, selamat menonton!


menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak

Siapa masih ingat iklan susu Fernleaf yang lagunya tak lama selepas iklan disiarkan mula meniti di bibir rakyat yang menonton? Ibu… Ibu… Engkaulah ratu hatiku…


Ibu, mak, mama, ummi atau mother (ada ke orang guna panggilan ni? hehe) adalah orang yang sama. Ibu ibarat kawan baik yang pertama pada anak-anak. Berdasarkan artikel 5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!, ada beberapa point yang aku nak ubah. Pertama adalah senaman Zumba bersama. Hmm, bagi aku, tak kot. Pergi jogging atau exercise lain bersama boleh la, haha…

Yang kedua, pergi spa ibu dan anak. Ada kat mana spa ni? Aku guna natural ingredient kat dapur dah la. Main syampu-syampu dalam bilik air. Mak syampu rambut anak sulung, anak sulung syampu rambut adik, haha… Trend fesyen ‘mini me’ untuk pint ketiga, aku tak minat. Baju sama warna boleh la tapi kalau nak ‘mini me’ jugak, masa hari raya, ok!

Point keempat dan kelima aku setuju dan paling suka. Tapi kalau ciri-ciri tersebut tiada pada seseorang ibu maka bukanlah bermakna ibu tersebut tidak cool, awesome or trendy. It is just a matter of spending time together. Jadi ibu yang kreatif (habis semua benda nak DIY), pendengar yang baik dan menunjukkan sifat-sifat yang baik untuk anak-anak.

By the way, aku bukan seorang ibu. Not yet. Kekeke.

Thursday, September 24, 2015

tulisan tangan yang cantik

Siapa rasa tulisan dia cantik? Tulisan aku tak la cantik, tapi kalau datang mood rajin, suasana tenang, cantik jugak la pada pandangan mata aku, hehe… Kalau masa exam, awal-awal ja bulat comel, lama-lama semakin masa suntuk, semakin bersambung perkataan yang aku tulis. Kadangkala masa idea tengah mencurah-curah atau pun masa nak feel buat tulisan orang dewasa. Tulisan aku ada la sekali dua berubah, font saja yang maintain. Pernah tulis senget ke kanan, bulat-bulat, bersambung dan lain-lain aku tak ingat.

Memang masa sekolah dulu, ada 2 orang kawan aku ni yang tulisan diorang memang hampir-hampir sama. Tak cantik sangat tapi comel dan kemas. Pernah budak kelas sebelah, tulisan dia besar dan bulat gemuk, sampai cikgu suruh dia praktis bagi kecil sikit font tu. Ada lagi sorang, style dia tulis smbil tahan dengan pembaris kat atas. Maksudnya, tulisan dia tak kan bulat kat atas. Yang penting, jangan mencakar sangat, sakit mata nak membacanya. Kalau kuih cakar ayam, itu dimaafkan. 

Macam-macam style tulisan ada. Tapi cikgu memang suka kalau tengok tulisan yang cantik dan kemas. Ala-ala font kat komputer. Baru la senang cikgu nak semak kerja rumah atau jawapan exam kan? Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, mesti rasa macam, eh macam bukan tulis dengan tangan pun? Tak payah pakai printer la nampak gayanya. 



Wednesday, September 23, 2015

perkara yang seronok dilakukan semasa cuaca sejuk

Belakangan ni jerebu teruk. Teringat masa Darjah 2, jerebu teruk sampai dapat face mask free, yang keras punya. Tapi walaupun jerebu, Alhamdulillah sesekali turun jugak hujan. Boleh tahan lebat, siap dengan angin kuat lagi. So kalau masa sejuk-sejuk tu, apa yang best dibuat? Of course, sedap tarik selimut then tidur. Kipas pun tak payah switch on, jimat elektrik. Mesti rasa sayang nak tinggalkan katil. Tapi tidur, tak produktif la kan, hehe…


Bila sejuk-sejuk ni, paling best makan steamboat atau hirup sup. Dulu kat hostel selalu buat, makan ramai-ramai. Lagi satu, minum minuman panas, hot chocolate atau kopi. Rasa santai ja. Boleh pakai baju yang kain jenis panas atau pun tebal. Kalau tak memang baju macam tu akan dipakai bila nak pergi shopping mall atau tempat yang ada aircond. Tak la rasa berpeluh dan melekit.

Banyak lagi aktiviti yang boleh kita buat, contohnya macam dalam artikel 15 Things That Are 100% More Syiok To Do In Genting Weather selain daripada aktiviti normal di atas.

*Aku rindu nak bersteamboat sebenarnya, hehe

Monday, September 21, 2015

khas untuk kaki makan pedas


Siapa kat sini suka makan pedas? Tahap tak boleh tinggal cili padi. Ada orang yang aku kenal, katanya tak sedap makanan tu kalau tak pedas. Ada yang akan keluar rumah petik cili padi sebelum makan. Ada juga yang akan ambil cili padi dalam pinggan kawan dia, sebab kawan tu tak makan pedas. Aku pulak, kalau pedas pun makan, kalau tak pedas pun makan. Tapi aku tak la kaki gila-gila makan pedas. Oh ya, a satu lagi, dia tak tahan makan pedas, tapi nak makan pedas macam kononnya dia suka makan pedas. Alamatnya, siapa makan pedas, dia tahulah, haha…

Makan pedas yang tahap ekstrem ni boleh, tapi kena berpada-pada jugak. Mudah terkena appendicitis, sebab biji cili tu. Lagi satu, tak elok untuk dinding perut, boleh berlaku inflamasi. Tapi kadangkala ada sesetengah jenis makanan tu memang kena rasa pedas, baru bangkit selera. Masa aku sekolah rendah, memang tak boleh makan pedas langsung, automatik pengeluaran saliva dengan jumlah yang banyak berlaku, untuk mengurangkan rasa pedas di lidah. Tapi bukanlah sampai tahap terleleh-leleh air liur tu, haha… Ada rasa berlendir kat lidah ja. Lepas tu, makan makanan pedas memang tak ada feel langsung. Tak tau telan apa, main kunyah ja. Semakin meningkat usia, lama-lama dah boleh tolerate rasa pedas tu.


So, untuk kaki makan pedas di luar sana, korang boleh relate dengan situasi dalam artikel Crazy Things Only People Who Love Spicy Food Will Understand tak? Kalau ya, anda memang seorang kaki makan pedas yang tegar. Tahniah!! Keke…

Thursday, September 17, 2015

10 kombinasi makanan yang perlu anda cuba

Yo... I'm back!! Hahaha


Pernah dengar tak ‘fusion food’? Gabungan beberapa jenis masakan dan dihidangkan dalam pelbagai bentuk makanan. Bercakap tentang fusion food ni, membuatkan aku teringat kat mak. Sesungguhnya mak aku selalu buat masakan yang dia sendiri pun tak tahu nama resepi. Rasanya aku pun dah terikut-ikut gaya masakan yang macam tu. Guna apa saja yang ada dalam peti ais atau di dapur.

Baru-baru ni ada baca 1 artikel, 10 Most Syok Food Combinations You Seriously Need To Try Right Now. Macam-macam ada kat situ, antaranya hash brown + maple syrup, teh tarik + kopi, dan yang paling tak boleh blah sekali ikan masin + strawberi. Tak tahulah macam mana rasanya sebab tak boleh nak baying, kena cuba sendiri baru tahu. Semua ni terhasil dari daya kreativiti masing-masing, hehe…

So, korang macam mana? Lepas baca artikel tu, adakah anda seorang yang;
1)  Eh, kena cuba ni. Baru mencabar namanya!
2)  Hmm, tak nak cuba kot…
3)  Tengok dulu jenis kombinasi makanan

Selamat ber’fusion’ di dapur!! (^^,)Y

Saturday, August 8, 2015

khas buat penggemar kopi

Kopi. Membuatkan aku teringat kisah Nujum Pak Belalang, minum kopi arang. Aku mula betul-betul minum kopi sejak 6 7 tahun lepas. Sebelum tu, minum kalau orang hidangkan masa pergi rumah diorang. Tak baik la kan nak menolak sebab aku boleh ja minum kopi, tak ada pulak rasa nak pening. Cumanya aku belum gemar lagi masa tu.

''Raspberry crepe cake & Chocolate chip mocha ice blended''
Keluar lepak sambil borak-borak hari tu...

Belakangan ni, aku lebih suka mocha. Ada rasa kopi, ada rasa coklat. Gabungan kedua-dua bahan tu memang umph, boleh terangkat. Tapi aku belum cuba lagi nak buat mocha homemade. Selalu minum mocha Wonda. Aku lebih suka Wonda sebab dia ada clean aftertaste berbanding dengan Nescafe. By the way, aku bukan nak review or promote brand kopi. 

Mungkin lepas ni, boleh la try resepi kopi yang baru. Cuba tambahkan bahan-bahan lain yang boleh improve rasa sedap kopi. Masakan pun dah fusion sana-sini sekarang, apatah lagi minuman. Korang boleh try  ikut resepi kat dalam artikel ni, 6 Bahan Tambahan untuk Rasa Kopi yang Best. Aku pun nak try nanti bila balik rumah, nak pergi beli serbuk kopi, hehe~

Friday, July 31, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Hari ni dah masuk 14 Syawal dah pun, baru aku nak buat entri. Maaf, hehe... Mesti korang dah banyak makan lemang, ketupat dan rendang kan? Makanan identiti Syawal, itulah dia. Jujur aku katakan, pertama kali aku makan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Jadi aku tak risau mengenai berat badan aku naik mendadak selepas sebulan berpuasa. Bukan nak berlagak, tapi makan sedikit tu sebab benda tu tak ada. Cuba kalau makanan tu ada, aku tak keluar dapur kot, keke...

Gambar Google ja ni, kat rumah aku tak ada macam ni, hehe...

Ketupat daun palas, mak aku tak buat tahun ni. Tak sempat, mak aku pun busy haha... Makan seketul masa beraya kat rumah jiran. Lemang Alhamdulillah jiran bagi, ada la dalam setengah batang habis ke aku sorang sebab ayah aku pantang pulut. Rendang mak aku buat, rendang ayam tapi raya kedua. Raya pertama aku makan apa eh? Lupa dah, haha... Family mak teh aku datang so mak aku tambah lagi menu, buat gulai daging. Owh ingat dah, mak aku wat sup tulang hari raya pertama tu. 

Raya ketiga kawan aku kahwin so rendang tu sempat cuit seketul. Tapi tak pa la, kita dahulukan tetamu. Nasib baik BIL aku belikan ayam dua ekor. Rendang mak aku laku, thorbaik mengikut pendapat sepupu aku yang datang. Pastu hidang bersama nasi impit segera Nona yang sebungkus kecil tu comel-comel. Hari raya mesti macam mana pun kena ada ayam, sebab kepelbagaian menu dan mudah disediakan. Tak lama lagi kena ternak ayam semula kot macam masa aku sekolah rendah dulu. Sampaikan ayam tu boleh bergurau patuk-patuk lagi, punyalah kenal tuan dia. 

Boleh bayangkan tak kalau ayam tak ada? Raya nak masak apa? Inilah akibat dia.


Jom muhasabah sesuatu yang munasabah. Asyik fikir makan ja kan. Ingat juga pada yang tak mampu, jadi marilah bersederhana. Alhamdulillah dapat sambut Syawal lagi tahun ini~ (^^,)

Saturday, June 13, 2015

puisi : rasa hati

Puisi yang ditaip on the spot usai solat Asar selepas bangun dari tidur. Dari sudut kesasteraannya aku tak dapat memberi jaminan. Saja suka-suka sebab sini tempat paling selamat untuk aku. Hehe~

aku ingin berbaring
pejamkan kedua belah mata
rapatkan tubuh pada dinding
merasai nyaman dinding itu
berharap agar hati lebih tenang
otak ini ligat berfikir
apa mereka rasa apa yang aku rasa
apa mereka tidak punya rasa ingin tahu
apa aku ini tiada nilai bagi mereka
manusia itu suka membuat andaian
manusia itu cepat benar menghakimi
manusia itu juga sukar aku mengerti
namun aku pujuk rasa hati
aku harus bebaskan rasa semak ini
usah biarkan ia mengalir dalam derasnya darah
usah pamerkan dalam gerak geri
lantas aku nyahkan perasaan itu
kerana rasa bukan dari buah fikiran
rasa adalah dari hati
hati yang ingin aku jaga kesuciannya
jangan pernah ada benci.

Sekian, puisi seorang pelajar jurusan Sains, ohoho~

Saturday, June 6, 2015

24 hours getaway [Part 2]

Enjin kereta dihidupkan semula dan perjalanan diteruskan lagi. Nak pergi ke Pesta Flora kat Botanical Garden tapi agak mengecewakan sikit sebab dibuat di luar kawasan Botanical Garden tu, bawah khemah-khemah. Kalau dulu yang aku pergi, dapat feel yang best sikit sebab dibuat dalam kawasan Botanical Garden tu sendiri. So kami acah-acah ja la tangkap gambar sikit dengan pemandangan yang ada. Tak singgah pun ke khemah tu, dan plan tetiba kena tukar. Nak pergi Butterfly Farm, tutup la pulak sampai Disember bila tengok kat webpage dia sebab ada proses penambahbaikan. Dah pusing-pusing, tak tau nak pergi mana, kami decide untuk pergi ke Taiping. Tengok fauna pulak kat Zoo Taiping.

Kat kawasan luar Botanical Garden
Kalau tadi balik ke Penang naik Jambatan 1, sekarang nak keluar Penang kami naik Jambatan 2 pulak. Masa dalam perjalanan ni, hiburan kurang sikit sebab tak ada yang boleh digelakkan so kami just sembang-sembang, dengar radio. Ada la dalam 2 3 kali radio tu mainkan lagu Aduh aduh sayang, catchy la jugak part chorus tu. Sebagai bekal dan alang-alang kawan aku dapat baucer KFC, kami singgah ke R&R Guning Semanggol untuk beli burger. Nanti nak pusing dalam zoo, takut tak larat. Mana-mana pergi mesti ada KFC, kat USM ada, Baling ada, R&R ada, kat Taiping pun nampak. Memang la KFC banyak cawangan tapi maksud aku, asal pandang luar tingkap ja nampak bangunan KFC. 


Banyak lagi tempat boleh melawat kat Taiping dan berdekatan zoo macam Taman Tasik, Bukit Larut, mee udang Mak Jah dan sebagainya. Tapi kawan aku ada nak balik KL kul 5.30 pm dan kereta pun nak dipulangkan ke owner jugak, hehe... Sampai zoo dalam pukul 12 lebih, kami makan dulu burger dalam kereta. Suasana kat situ best sebab banyak pokok besar, rasa tenang jugak. Then, bermulalah kami punya ekspedisi melawat binatang-binatang. Kami jalan kaki ja, tak naik van so boleh la singgah lama sikit untuk setiap haiwan. Bukan selalu nak tengok live kan. Masuk ja, dah disambut oleh bunyi Woot-woot-woot~ burung apa entah, riuh la jugak mulut dia. Ada beberapa nama haiwan yang pelik macam Burung Hantu Carik Kafan (tak boleh tengok kain putih kot), Rusa Ubi, Babi Jokut, Beruk Kentoi dan macam-macam lagi. Beruk Mak Yeh? Aku rasa memang tak wujud, tak tau la mitos atau pun dah pupus. Hanya gelaran yang diberi untuk orang yang suka melompat-lompat, terkinja-kinja dan suka buat bising. 




Masa tengok chimpanzee, kesian jugak kat seekor tu, dia dah tua kot sampaikan gaya dia seolah-olah sedang berzikir sambil meratapi nasib. Unta pun ada, korang boleh tengok macam mana unta garu sebab gatal, kat kaki dia ada jangkitan kulat kot, ada tompok hijau sikit. Haiwan yang aku excited nak tengok adalah fox yang warna oren (red dhole) tu. Aku teringin sangat nak tau bunyi dia sebab teringat lagu Ylvis-What does the fox say?
So misteri selesai, dia bunyi sekejap ja, hik-hik-hik~ Gambar dia tak ada sebab dia sedang berehat dalam lubang pokok. Selain tu, ada jugak beruang matahari yang sebenarnya merupakan beruang terkecil antara beruang. Lee Kwang Soo (zirafah) pun ada, tak sempat nak bagi dia makan, dia dah lari. Tapi nampak la lidah dia panjang. Kalau kita tengok kartun kan, kancil yang dilukis tu sebenarnya kijang sebab kancil yang sebenar memang sangat kecil. 



Lepas keluar dari zoo, singgah makan kat satu kedai ni, memang specialized dengan udang. Sapa yang alah teruk, memang kena berhati-hati la. Disebabkan faktor alahan, malas nak kupas kulit udang, kami semua order nasi goreng kampung. Tapi nasi goreng kampung dia memang lain, ada rasa udang incorporated dalam nasi dan kita dapat kuah udang (macam kuah mee udang) instead of sup kosong. Sebelum nak masuk jambatan 1, nampak 1 kenderaan menunda. Sekejap kami potong dia, sekejap dia potong kami. Setiap kali potong-memotong, pak cik tu tengok kami dan kami tengok pak cik tu. Ada la hiburan sikit. Sampai ja Penang dalam hampir-hampir 5 petang, kami terus hantar kawan yang nak balik KL tu. Lambai-lambai dia, lepas tu balik ke hostel untuk mandi, rehat dan sebagainya. Malam lepas Isyak, tinggal kami berempat, pergi keluar makan kat Tanduk Cafe (masakan panas). Aku makan bihun sup. Kedai dia ni memang dikenali sebab sup daging, isi banyak, sup sedap. Lepas makan, cadang nak lepak tepi laut, mana entah tempat yang nak lepak tu, terlepas simpang dan aku pun lupa, so kami balik dan pulangkan kereta pada owner. 

Sebenarnya bukan 24 hours la, macam 30 hours kot. Malam yang nak tidur tu, teringat macam-macam. Crazy trip dengan kawan-kawan, lepas ni tak jumpa selalu dah. Alhamdulillah dah final year, tinggal nak final exam dan konvokesyen. Sesekali buat kerja gila, total milage dalam 600 km, tidur pun tidur-tidur ayam. Masa sekarang la nak buat pun, esok-esok nanti dah kahwin dah berusia, macam kurang sesuai, hehe... Aku harapkan yang terbaik untuk korang teruskan realiti kehidupan ini. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi. Kat bawah ni serangkap apa tak tau la, rap kot, dapat ilham masa rehat lepas mandi air panas:

Jemah is here, 
Jemah is there,
Jemah is everywhere,
Jemah is selling tupperware.

Friday, June 5, 2015

24 hours getaway~ [Part 1]

Alhamdulillah, VIVA presentation untuk undergraduates Final Year Project telah pun selesai 2hb Jun, Selasa lepas. Maka dengan itu, sekarang tinggal nak betulkan thesis dan bersedia untuk final exam bagi semester yang terakhir. 24 hours getaway ni bermula dari cakap-cakap kosong selepas balik dari majlis kenduri kawan sekelas, 30hb Mei hari tu. Lepas ja viva, semua orang rasa macam merdeka dah, seolah-seolah final exam tak wujud. Aku selesai viva pada petang 1hb Jun, so malam tu baru terus cari kereta sewa. Entah dapat atau tak, aku hanya mencuba nasib. Sebelum tengah malam, dah dapat cari kereta dengan harga yang berpatutan. Hanya menunggu lagi 2 orang rakan selesai viva mereka pada petang 2hb Jun sebelum boleh proceed dengan step seterusnya.


Pukul 4 petang, kami (rombongan mak jemah) ambil kereta dari owner, lepas selesai ja semua urusan sewa menyewa, kami bergerak ke school untuk men'culik' seorang lagi ahli rombongan mak jemah. Dia dengan berbaju kurungnya dari Penang sehinggalah sampai ke Baling, Kedah. Why kami ke Baling? Sebab nak pergi mandi di Kolam Air Panas, Ulu Legong. Ini merupakan kali kedua aku ke sana, kali pertama dengan tujuan ilmiah seperti yang aku ceritakan dulu kat sini (2 hari bersama orang asli ulu legong). Sampai Baling pun dah Maghrib, usai solat tu kami pergi mengisi perut dengan char koay teow. Aku tak pasti samada itu benar-benar pekan Baling atau tak, tapi macam; Wow, this is Baling yang pekannya rasa legend. Tak tau nak describe macam mana. 

Ada yang makan char koay teow kerang, ada yang udang tapi sorang jemah ni order char koay teow ayam. Mak cik tu pun cakap, 1st time customer order macam tu. Kami makan dengan bahagianya sebab masing-masing dah lapar. Masa nak bayar tu, kawan aku (yang berbaju kurung) minta resit supaya senang nak kira belanja nanti. Memang tak ada la resitnya, so mak cik ni tulis ja harga kat kertas buku order tadi. Mak cik tu berbasa basi dengan bertanya; Datang kenduri ka? Haha... Ya la, lagi pun kereta yang kami sewa tu plat Johor. Perjalanan diteruskan, akhirnya kami sampai juga ke kolam tu. Rasa macam tak percaya pun ada, sebab macam on the spot ja pergi. Yang kami tau, nak mandi air panas dulu then next stop belum fikir lagi. Memang sengaja tak nak merancang sebab kami tak nak gagal dalam merancang. Jadinya, ke mana nak pergi, pergi ja la selagi enjin dan roda masih berputar.

Kat sana memang disediakan bilik persalinan dan tandas yang mencukupi. Bagi sesiapa yang nak menginap, tempat penginapan macam pun turut disediakan. Kolam pulak, ada yang cetek dan dalam, suam kuku sehinggalah panas berasap. Biasanya orang mandi pada waktu malam dan tengah pagi. Kalau waktu siang tak ramai sebab sekejap ja lagi nak tengahari, mana tahan panas matahari dengan panas air lagi. Semakin lewat malam, semakin ramai yang datang. Tua, muda, lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak serta orang dewasa semuanya ada di sini. Hatta pak cik yang berkain pelikat dan yang bertongkat pun ada datang. Mula-mula cari spot kat kolam mana korang nak mandi. Acah-acah dulu dengan kaki lepas tu boleh la perlahan-lahan sampai seluruh badan. 


Aku tak la mandi bersungguh sangat mengenangkan tudung aku yang tiada gantinya kalau basah. Dah letak sebelah beg pun boleh lupa, lepas ni kena banyak makan makanan yang kaya dengan Omega 3 dan lain-lain kot. Yang lain tu memang sakan la, bertepuk-tepuk air, basah seluruh kepala. Kalau setakat renjis-renjis tak main la kan... Aku selamat la dari war diorang tu dengan berperisaikan sehelai tudung walaupun ada la jugak terpercik sikit-sikit. Sokay, I'm cool, keke... Dah berendam lama, memang tak sah kalau tak lapar. Tadi sebelum bertolak dari Penang, kami ada beli bekal, sandwich from Subway. Naik la ke darat sebentar, makan sambil sembang-sembang di bawah cahaya bulan. Bintang tak ada sebab dalam perjalanan tadi dah hujan lebat. Lama-kelamaan, baju yang basah tadi membuatkan kami rasa menggigil sikit walaupun angin tak la ada sangat. Kemudian, dengar pulak loceng pak cik penjual aiskrim. Pak cik yang sama jual masa aku datang dulu, aiskrim buatan sendiri, dulu perisa ala-ala butterscotch sekarang campuran rasa mango, coklat dan yam kot, kalau tak salah lidah aku la. 
  
Gambar ala-ala zaman belasan tahun dulu, buat bintang dengan jari ^^


Sejuk-sejuk pun boleh ja makan aiskrim. Nak merasa aiskrim yang masuk Majalah 3 dulu-dulu. Boleh tengok kat troli bergerak pak cik tu, ada tulis kat situ. Sukar untuk percaya? Serius aku tak tipu. Enjoy makan aiskrim sejuk-sejuk sampai ke tulang sambil gelakkan orang. Tengok adik chubby bertudung frozen, adik bulat mengutuk kakak dia sebagai badak air dan telatah orang cuba membuat terjunan 'perfect 10 marks'. Lepas tu, kami sambung mandi sampai hampir-hampir pukul 2 pagi. Kami pun pergi membersihkan diri, mandi dengan sabun sampai puas. Sidai kejap baju yang basah tadi sambil mengeringkan rambut dengan blower di lantai bilik persalinan. Kalau nak gila lagi, boleh ja angkat blower tu ramai-ramai letak kat tebing sinki. Lebih efektif la rambut tu nak kering. Lapar datang lagi, kami pun dah tak tau nak buat, nak pergi mana. So, keluar dari situ, singgah ke 7E, beli, masak dan makan Maggi tomyam dalam kereta. Siap ditemani oleh abang polis, alang-alang dia menjaga 7E. 


Driver dah minum kopi, lapik perut sikit so lebih kurang jam 4 pagi kami meneruskan perjalanan balik ke Penang. Tapi sebenarnya getaway kami belum selesai. Sememangnya kawan aku yang driver ni memang dah terlatih untuk plan gila-gila macam ni. Kabus memang tebal, baca dalam hati Ayat Kursi dan Surah Yasin ikut handphone supaya perjalanan kami selamat. Sampai R&R 5.20 am, kami rehat kejap dalam surau. Tidur tapi lampu surau dibuka supaya kami tak hanyut dibuai mimpi nanti. Dalam tidur tak tidur aku, tetiba ada mak cik nk masuk surau, dia terkejut tengok kami bergelimpangan. So, bangun, siap-siap Subuh, 6 lebih am kami gerak semula, singgah breakfast roti canai kat Permatang Pauh. Atas jambatan Penang, hiburan datang mencari kami. Ada satu akak ni, dia asyik tukar lane tapi malangnya beberapa kali lane yang dia pilih tetiba stop or slow. Mungkin dah terlambat pergi kerja kot, itu yang kalut semacam tu. Hilang mengantuk tengok akak tu. Sesekali kereta kami memintas dia, sampai la keluar jambatan dia terus memecut laju meninggalkan kami. Kami balik ke hostel 8.40 am, mandi dan kemas barang sebelum keluar semula pukul 9.30 am. 

To be continued... 

Tuesday, May 5, 2015

random topics

Selamat membaca ke'merepek'an aku. 

Comelnya cat on glass table ni, meow~

1) Home sweet home
Tak tau la kenapa sesetengah orang tak tahan duduk rumah lama-lama. Pada aku, itulah kebahagiaan bila dapat balik rumah setelah berzaman stay kat hostel. Aku bukanlah indoor person sangat, tapi home is home. Perfect home sweet home bila mak ada kat rumah. Belakangan ni mak aku busy mengalahkan orang kerja pejabat, mengasuh my anak fruits dekat rumah kakak. But it's okay, minggu ni dapat jumpa semua; mak, ayah, kakak, abang ipar, anak-anak buah. Alhamdulillah.

2) Makan
Hari memang banyak makan, dari pagi sampai la ke malam. Balik rumah, semua makanan nak try. Apa yang dah telan adalah pancake + jem strawberi, nasi lemak ayam, pasembur, mee rebus, bengkang (bingka) pisang and ayam rebus halia + tomato + etc. Nafsu makan tu membuak-buak, Astaghfirullahalazim, tamaknya aku.

3) When i was a kid
Ini rentetan daripada memuat naik gambar 20 tahun lalu kat instagram, haha. Seronok kan jadi budak-budak? Tak payah fikir banyak. Tapi zaman tu dah berlalu. Esok kembali pada realiti, kelas full, assignments and thesis pun tak siap lagi. Aku tak boleh mengeluh, cuma perlu sedar ja kat mana aku berpijak.

4) Menonton
Nak tonton tv, tv bukannya ada kat rumah aku. Jadi kita tonton laptop untuk tengok tv atau tengoklah drama apa-apa. Ramai yang tak percaya rumah aku tak ada tv. Aku hanya boleh tersengih atau tergelak kecil ja. Serius tak tipu. Barulah imaginasi tinggi, bonding time dengan family pun banyak sebab banyak berinteraksi sebab kurang mengadap tv. Tapi balik rumah kali ni, aku memang banyak menghadap laptop, kerja banyak and tak ada orang sangat pun kat rumah.

5) Berangan
Ini bila-bila masa pun boleh. Kawan makin ramai kahwin, yang dah kahwin pun makin ramai dapat baby. Don't worry, kita merancang, Allah tentukan. He knows better. Sambil-sambil tu teringat dulu skandal masa pergi kem/seminar/program wakilkan sekolah and masa plkn. Lawak jugak. Teringat nak beli kereta. Teringat nak pergi bercuti, macam-macam terlintas.

6) Popia
Ingat nak buat popia siang tadi, boleh buat sarapan esok pagi sebelum balik hostel. Tapi tak sempat la pulak. Tak jadi sarapan popia ketam+carrot+sengkuang, esok boleh sarapan dengan roti. Minggu depan kalau tak sibuk boleh balik rumah lagi and buat popia.

7) Gigi bongsu
Sebelah kanan dan kiri belum tumbuh. Tapi sebelah kiri, nampaknya dah macam ada naik sikit tapi belum tembus gusi. Rimas pulak ada rasa gigi sikit-sikit ni, naik terus kan senang. Tapi biasanya orang demam kan bila gigi bongsu naik? Hmm, aku akan terus sabar menanti. 

8) Kenduri kahwin
Semalam pergi 2 kenduri. Puas makan nasi kenduri. Dulu selalu ikut mak ayah pergi kenduri sampailah ketika usia aku mececah awal remaja, kemudian aku tak berapa suka pergi. Rasanya sebab malas nak jawab bila mak cik-mak cik suka tanya macam-macam soalan. Korang tau kan soalan daripada mulut seorang mak cik macam mana? Semoga aku/kita tak menjadi mak cik yang kepochi. Amin~

Ok, setakat ni ja la aku merepek. Malam semakin merangkak ke tengah malam, jadi kelopak mata aku pun harus merangkak menutup mata. Esok nak bangun awal, kena pergi settle hal sikit kat JPJ sebelum ke kelas.

Thursday, April 23, 2015

resepi panna cotta

Panna cotta (/ˌpanə ˈkōdə,ˌpanə ˈkädə/) adalah sejenis pencuci mulut (dessert) daripada Italy dan biasanya dihidangkan dengan sos buah. Baru try buat sekali gara-gara menonton peserta masterchef usa buat, Alhamdulillah menjadi. Rasa dan feeling dia macam makan dadih yang dulu-dulu tu, bukan dadih yang sekarang ni, bancuh serbuk dadih tu. Tapi amaran awal-awal bagi sesiapa yang tak makan atau ada masalah dengan produk tenusu. 

Panna cotta with strawberry sauce and orange zest
 Tak nak cerita panjang-panjang, jom kita terus ke bahan-bahan dan cara nak membuatnya.

Bahan-bahan & cara-caranya:
A) Panna cotta
2 cawan susu segar (fresh milk)
1/2 cawan heavy cream/whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin
5 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
1 sudu kecil esen vanilla

1) Taburkan serbuk gelatin dalam bekas yang ada 4 sudu besar air masak (air pada suhu bilik), kacau sedikit dan biarkan.
2) Masukkan susu segar, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api sederhana sampai ada buih-buih kecil pada tepi periuk.
3) Tutup api dan masukkan gelatin, kacau hingga larut dan masukkan esen vanilla.
4) Biar sejuk sedikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer/4-5 jam kot kalau dalam chiller). 

B) Sos strawberi
Jem strawberi
Sedikit air (bergantung pada tahap kelikatan yang anda suka) 

1) Masukkan 4-5 sudu besar jem strawberi dan 3-4 sudu besar air masak ke dalam periuk.
2) Gunakan api sederhana dan teruskan mengacau sampai jem cair dan nampak larut. 

Cara hidangan:
Tuangkan sos strawberi pada panna cotta setelah ia membeku (pejal). 


Ini cara Chef Gordon Ramsay buat panna cotta, boleh la buat panduan

Sedikit pesanan/panduan:
1) Perbezaan kandungan lemak : Heavy cream (sekurang-kurangnya 36 %) atau whipping cream (30-35 %). Boleh ja guna mana-mana krim sebab nama panna cotta maksudnya cooked cream.
2) Gelatin : Guna gelatin dari halalgel untuk yakin dengan status halal. Kalau guna gelatin sheet, rendam biar kembang jugak tapi perah sikit untuk buang lebihan air. Alternatif kepada gelatin adalah agar-agar (serbuk:3-4 sudu kecil/strips:10-15 strips larutkan macam masak agar-agar).
3) Gula: Kalau nak makan dengan sos buah, boleh kurangkan manis tu sebab jem pun dah manis kan.
4) Sos buah: Boleh ja guna buah sebenar. Buat puri buah dan masukkan gula (macam buat homemade jem).

 Banyak pulak pesanan kan, hehe... Kalau ada apa-apa tak faham boleh tanya. Banyak lagi nak cerita, science behind cooking la, macam-macam. Sorry tak sempat nak tangkap gambar step by step. Ok lah, selamat mencuba!!

Monday, March 30, 2015

life hack di asrama

Tahun 2015 ni merupakan tahun yang ke-13 aku tinggal kat asrama. Lama gila kan? Sejak Tingkatan 1, sampai la Diploma sampai la sekarang, Ijazah. Cerita kenakalan aku dan kawan-kawan, ragam manusia, cerita mistik yang pastinya, memang banyak. Macam-macam sampaikan tak tercerita. Jadinya, hari ni aku rasa terpanggil nak cerita sikit mengenai cara nak mudahkan kehidupan kat asrama/hostel/desasiswa/kolej kediaman dan yang sewaktu dengannya. 

1) Cara mudah dan cepat seterika uniform sekolah/baju
Bagi siapa yang masih bersekolah, mesti bosan dan malas kan nak seterika baju sekolah? Atau aku sorang ja rasa macam tu? Hehe... 
a) Baju sekolah - seterika hanya pada bahagian pinggang dan ke bawah, yang lain boleh tutup dengan tudung. Kemudian, seterika lengan baju sikit, untuk bagi nampak garis kemasan.
b) Kain sekolah - seterika pada bahagian lutut dan ke bawah, yang lutut ke atas dah tutup dengan baju sekolah. Lepas tu. seterika lipatan kain pun untuk nampak garis kemasan.
Sebenarnya uniform sekolah ni tak perlu basuh pakai mesin basuh pun, boleh elakkan kedutan melampau. Rendam sekejap dengan sabun basuh, kemudian berus kat bahagian yang mungkin berdaki dan mudah lekat kotoran seperti kat leher dan pergelangan tangan. Satu lagi, kat kain bahagian bawah sebab ada sesetengah pelajar sukakan kebersihan jadi dia sapu habis sampah dengan kain sekolah. Kalau baju biasa pulak, yang mudah kedut tu jangan perah terlalu kuat (kibas ja) untuk kurangkan kedut dan konsepnya, seterika pada bahagian yang nampak kedut dan tak dapat diselindungkan.

2) Senaman 
Nak pergi bersenam tu yang malas sebenarnya. Nak bersiap, pakai kasut sukan, itulah punca rasa malas tu. Senaman ni boleh ja buat kat bilik/dorm. 
a) Jom buat 'sit up'. Biasanya bahagian hujung katil besi akan ada ruangan untuk selit kaki. Selitkan kaki kat situ dan boleh buat 'sit up' sorang-sorang, jangan kata tiada kawan nak pegang kaki sebagai alasan. 
b) Getah banyak kan dapat masa beli makanan yang dibungkus? So, apa kata buat satu tali 'skipping' selain daripada melastik cicak. Lompat la selagi jiran di bawah tak marah dengan bunyi hentakan kaki dan beban dari badan, kesan daripada graviti. 
Murah dan mudah, tinggal untuk dilaksanakan atau tidak.

3) Lampu study terlalu cerah
Lampu study tujuannya supaya cahaya tu lebih fokus pada meja dan kurang mengganggu roommate untuk tidur. Tapi kadang-kadang bila dah lama duduk kat meja study tu, pening jugak dengan lampu yang terlalu cerah tu. Ambil sehelai kertas A4/kajang (warna putih) dan gulung/selitkan di lampu. Kalau kertas berwarna, nanti malap sangat dan tak sesuai nak buat kerja sebab pencahayaan tak cukup. 

4) Jimat 'toiletries'
Contohnya ubat gigi, tak perlu untuk kita picit ubat gigi sepanjang berus gigi tu. Saiz ubat gigi yang sesuai hanyalah sebesar kacang pea saja. InsyaAllah pasti mulut tu cukup berbuih-buih dan berangin dah. Sabun mandi pulak, picit sikit atas span/jala mandi yang basah kemudian baru sabun badan. Buih yang lebih tu boleh la main tiup-tiup. Untuk syampu pulak, ikut ketebalan dan panjang rambut, kena pandai agak-agak. Lepas tu, masa syampu, gosok sikit kulit kepala dengan hujung jari (bukan kuku). Baru hilang minyak, pembentukan kelemumur dan rasa gatal. Tak kan nak syampu setiap kali kepala rasa gatal kan?

5) Alat bantu lipat baju
Ini tiada kena mengena dengan alat bantuan dari Doraemon. Baju hari-hari bertukar, dah basuh kena la lipat pulak. Apa kata cuba buat alat ni, mesti rasa teruja setiap kali nak lipat baju.

Dulu kena buat oral presentation, kononnya kita sebagai promoter dan barang yang nak dipromote tu mestilah barang yang tiada di pasaran. Dapat idea dari video tu so, aku pun buat alat bantu lipat baju tu, Alhamdulillah mendapat pujian (mesti sebab lecturer tu pun rasa malas nak lipat baju jugak, haha). Dengan beberapa langkah saja, baju pun siap dilipat. Nak masukkan dalam almari, kena usaha sendiri la. 

Nak lagi 'life hack' yang lain? Boleh baca kat artikel ni : 9 Creative Hacks Malaysian Students Pulled Off To Survive College Life

Monday, March 23, 2015

tips menjimatkan wang

Cepat ja masa berlalu, baru hari tu rasanya sambut tahun baru 2015. Mac dah nak habis, April pulak tak sabar-sabar nak datang gantikan Mac. Yang kita pulak? Tak kisah la bulan apa pun, duit memang tak sabar-sabar nak keluar dari poket tambah-tambah masa April nanti sebab errrrr... you-know-what. Lepas baca artikel kat bawah ni, aku rasa memang semua orang mampu buat, mampu menjimatkan wang.

I love saving money but i love spending money too, hehe
So, ada lagi tak cara nak jimatkan wang selain dalam artikel tu? Ada lagi, jangan risau.

1) Bayar diri kita dulu lepas dapat gaji/biasiswa/sumber kewangan lain
Sekarang kan ada internet banking, klik-klik saja, simpan sejumlah wang dalam akaun simpanan. Contoh, sebulan aku kena simpan/asingkan RM 30 dalam akaun lain.

2) Kurangkan menonton wayang.
Kalau dah menonton wayang tu, mulut mesti nak kunyah-kunyah kan? Kita pun beli popcorn sekali dengan air la (combo). Kononnya habis jimat dah la daripada beli popcorn semata. So, tiket wayang sekali makan, lazimnya boleh sampai RM15. Apa kata, tunggu lambat sikit, then download movie tu dan pasang kat laptop with DIY projector, projectkan kat dinding rumah.

3) Kitar semula barang
Selain daripada kitar semula kertas, kaca, aluminium tu (walaupun hasilnya sikit but duit tetap duit kan?), kita boleh jugak gunakan semula. Contoh macam balang kaca jem, boleh buat bekas simpan rempah ratus dan sebagainya. Bekas tu biasanya memang kedap udara, sesuai untuk simpan makanan. Tak payah nak spend more money beli bekas plastik itu, bekas plastik ini. Lagi pun, plastik ni non-biodegradable la, tak tau tahun bila boleh reput bila dibuang.

4) Jimat air dan elektrik
Ok fine, memang ni keperluan harian dan digunakan hampir sepanjang masa. Cakap pasal air dulu, masa gosok gigi, basuh tangan, basuh pinggan mangkuk, mandi dan banyak masa lain lagi yang kita dah bazirkan. Contoh, masa gosok gigi kita cuma perlu celupkan berus gigi dalam bekas air kumur nanti dan gosok. Cara yang salah ialah dengan membuka pili, basahkan berus gigi, baru nak picit ubat gigi, gosok gigi (mesti lama sebab nak bersih dan berseri kan? Haha), kumur-kumur then basuh berus gigi. Sepanjang masa pili air mencurah, sepanjang masa tu jugak la kita membazir.

Elektrik pulak. Kalau nak keluar dari bilik pergi makan/tengok tv dan sebagainya, tutup la kipas atau lampu atau peralatan elektrik lain yang patut ditutup. Kalau keluar sekejap ja, ok la. Masa cas gajet, biarkan bateri gajet tu penuh dulu, jangan tengah masa cas tu la kita pun nak main. Bila masa bateri nak penuh kan?

5) Jadilah pengguna yang bijak semasa membeli
Macam mana nak jadi macam tu? Katakan nak beli pencuci muka brand A, tapi ada dua size, berat dan harga mesti tak sama. Tapi kita tengok kalau beli yang besar lebih jimat atau yang kecil? Kena buat perbandingan antara brand, size dan kualiti. Bukan bermaksud bila nak jimat tu, kita pun beli barang cap ayam (low quality/brand yang tak famous). Ada sesetengah barang, mahal kerana jenama ja. Kadang-kadang ada promotion, macam barang yang jimat untuk certain hari (tengok kat katalog pasaraya). Untuk berjimat atau tak, sebelum beli apa-apa, baca dulu label. Tengok kandungan dan tanda Halal, itu sudah semstinya. Beli apa yang perlu, bukan apa saja yang anda mahu.

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh dikongsi dan dipraktikkan. Benda-benda kat atas tu, bukan kita tak tahu, kita sengaja buat-buat tak tahu. Kan? Haha... Benda mudah tapi kalau kita tak buat memang tak jadi. Korang selalu berjimat macam mana? Aku selalu buat macam ni.

Friday, January 30, 2015

rezeki dari langit~


Semalam adalah hari terakhir dalam minggu ini aku OT untuk ekstrak gelatin, minggu depan lain cerita. Beralaskan perut dengan beberapa biji kuih-muih tradisional sebagai sarapan, aku pun melakukan rutin yang sama dalam makmal. Setelah habis kuih-muih tersebut dicerna, jam 2.45 petang perut aku minta diisi semula. Dengan keletihan menyiapkan projek tahun akhir, tiba-tiba kenderaan dari kedua-dua arah memberikan laluan untuk aku melintas ke kafe. Alhamdulillah, lancar perjalanan aku, hehe... Boring jugak kalau hari-hari makan nasi, jadi untuk lunch aku decide nak makan koay teow sup, tambah sikit bebola ikan dan crab stick (sebenarnya sama ja dua-dua ni, surimi ja pun, haha...) supaya lunch aku nampak menarik. Letak sambal kicap sikit, sambal merah sikit, dah cukup sedap dah. 

Masa beratur, sempat bertegur sapa dengan akak PJJ yang sama-sama beratur membeli makanan. Sebelum membayar koay teow sup tu, sekali lagi aku mendapat rezeki tak diduga, akak di hadapan yang aku tak pasti akak PJJ atau pensyarah, membayar harga makanan aku. Alhamdulillah sekali lagi. Aku teruskan kerja-kerja di makmal. Untuk makan malam (beli ayam goreng, makan bersama instant porridge yang beli di kedai 24 jam) pulak, dah ada kawan yang tolong belikan dan dapat keropok lekor free. Rezeki lagi. Malamnya selepas siap membersihkan diri, borak-borak sambil krup-krap-krup-krap makan tempeyek dan kuih akaq nyoq yang kawan aku bawa, mak dia buatkan. 

Bila fikir balik, memang la siang tadi aku letih buat kerja rutin dan ditambah dengan tawaf mencari radas, memahami instrumen yang nak digunakan nanti tapi Allah gantikan rasa kesusahan itu dengan rasa syukur atas rezekiNya. Macam dalam surah Al-Insyirah, sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Jadi kalau ditimpa kesusahan, bacalah surah Al-Insyirah. Kalau tak ditimpa kesusahan pun, apa salahnya kita baca. Semoga Allah mudahkan urusan kita pada hari yang mendatang, dimurahkan rezeki dan sentiada berada di bawah payungan rahmatNya. Amin~

Sunday, January 11, 2015

jaga kesihatan mata

Malam ni aku menaip entri dalam kesamaran, sebab hanya bersumberkan lampu study. My roommate tak berapa sihat, so kita tutup lampu bagi dia tidur. Tak habis-habis lagi aku menjawab exam, baru selesai 2 subjek. Sesekali telinga ni tertangkap juga bunyi roda bagasi, ramai dah nak balik bercuti semester di rumah. Tulat, 13hb and the next, next day tu baru last paper, 15hb. Tapi perangai tak serupa ada exam pun, dari tengahari asyik menghadap laptop ja, aktiviti yang tak sihat langsung untuk orang muda hatta semua orang la.

Tengok video banyak daripada tengok nota. Nota pun ada dalam laptop ni, sumber lagha pun ada. Rasa macam dah boleh tersedut masuk ke alam maya dah macam ada satu buku cerita yang aku baca dulu. Tak ingat tajuk apa tapi main point dia kena sedut ke alam maya. Menghadap laptop, tablet dan smartphone lama-lama bukannya bagus pun untuk mata. Satu lagi habit yang aku tak boleh nak buang, sebelum tidur tu mesti nak kena main phone/tablet walaupun sekejap. Tutup lampu bilik, baring atas katil dah lama, tapi masih belum tidur. Masa tu muka penuh nur, sebab cahaya phone suluh muka, hehehe...

Ok la nak cerita pasal mata.



 Keturunan aku sebelah mak, memang ada masalah dengan mata. Ramai la yang menjadi 'spek'ers. InsyaAllah kalau ada rezeki dan diizinkanNya, aku teringin nak undergo LASIK. Macam mana nak kekalkan kesihatan mata? Dari segi pemakanan, of course sayur terutama carrot (kaya dengan beta carotene), sayuran hijau dan buah adalah sumber utama. Kalau in English, macam ni bunyinya, protecting your eyes starts with the food on your plateAku dulu ada sayur-sayur tertentu ja makan, tapi bila semakin meningkat umur ni, dah belajar makan sayur yang lain. 

Next, sesekali keluar jalan-jalan tu singgah la pergi check mata. Ada yang tak rabun tapi silau, so kena sentiasa tahu status kesihatan mata kita. Bila patut berhenti menghadap laptop? Bila mata kering, atau pun rasa macam ada something kat mata tapi tak ada apa pun. Nak hilangkan rasa tak selesa tu, blink your eyes. Blink, blink, blink banyak-banyak, nak senang letak eye drop. Tapi aku tak pakai, blink-blink ja. Kadang-kadang mata tiba-tiba rasa kabur, sakit belakang, pening kepala dan rasa letih mata. Macam mana nak describe rasa letih mata tu eh? Hmmm... eye strain?? 

Last sekali, kita boleh amalkan konsep 20-20-20. Senang ja nak amalkan, setiap 20 minit alihkan pandangan dengan tengok somewhere yang 20 feet away selama 20 saat. 


Ni la yang orang kat Focus Point tu selalu pesan, hohoho
Ok, dah 20 minit aku menghadap ni, bye~~~ Baru nak beramal, hahaha... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...