artikel menarik

Thursday, April 23, 2015

resepi panna cotta

Panna cotta (/ˌpanə ˈkōdə,ˌpanə ˈkädə/) adalah sejenis pencuci mulut (dessert) daripada Italy dan biasanya dihidangkan dengan sos buah. Baru try buat sekali gara-gara menonton peserta masterchef usa buat, Alhamdulillah menjadi. Rasa dan feeling dia macam makan dadih yang dulu-dulu tu, bukan dadih yang sekarang ni, bancuh serbuk dadih tu. Tapi amaran awal-awal bagi sesiapa yang tak makan atau ada masalah dengan produk tenusu. 

Panna cotta with strawberry sauce and orange zest
 Tak nak cerita panjang-panjang, jom kita terus ke bahan-bahan dan cara nak membuatnya.

Bahan-bahan & cara-caranya:
A) Panna cotta
2 cawan susu segar (fresh milk)
1/2 cawan heavy cream/whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin
5 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
1 sudu kecil esen vanilla

1) Taburkan serbuk gelatin dalam bekas yang ada 4 sudu besar air masak (air pada suhu bilik), kacau sedikit dan biarkan.
2) Masukkan susu segar, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api sederhana sampai ada buih-buih kecil pada tepi periuk.
3) Tutup api dan masukkan gelatin, kacau hingga larut dan masukkan esen vanilla.
4) Biar sejuk sedikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer/4-5 jam kot kalau dalam chiller). 

B) Sos strawberi
Jem strawberi
Sedikit air (bergantung pada tahap kelikatan yang anda suka) 

1) Masukkan 4-5 sudu besar jem strawberi dan 3-4 sudu besar air masak ke dalam periuk.
2) Gunakan api sederhana dan teruskan mengacau sampai jem cair dan nampak larut. 

Cara hidangan:
Tuangkan sos strawberi pada panna cotta setelah ia membeku (pejal). 


Ini cara Chef Gordon Ramsay buat panna cotta, boleh la buat panduan

Sedikit pesanan/panduan:
1) Perbezaan kandungan lemak : Heavy cream (sekurang-kurangnya 36 %) atau whipping cream (30-35 %). Boleh ja guna mana-mana krim sebab nama panna cotta maksudnya cooked cream.
2) Gelatin : Guna gelatin dari halalgel untuk yakin dengan status halal. Kalau guna gelatin sheet, rendam biar kembang jugak tapi perah sikit untuk buang lebihan air. Alternatif kepada gelatin adalah agar-agar (serbuk:3-4 sudu kecil/strips:10-15 strips larutkan macam masak agar-agar).
3) Gula: Kalau nak makan dengan sos buah, boleh kurangkan manis tu sebab jem pun dah manis kan.
4) Sos buah: Boleh ja guna buah sebenar. Buat puri buah dan masukkan gula (macam buat homemade jem).

 Banyak pulak pesanan kan, hehe... Kalau ada apa-apa tak faham boleh tanya. Banyak lagi nak cerita, science behind cooking la, macam-macam. Sorry tak sempat nak tangkap gambar step by step. Ok lah, selamat mencuba!!

6 comments:

aisyah ambris said...

Nt nak try la..hehe..

YieN said...

mcm sedap je ni.. nak kene try jugaqlah nampaknya ;)

Hazirah CW said...

aisyah n yien : rugi sangat kalau korang x cuba, hehe

Noraihan Qusyairi said...

takde la susah sgt kan. boleh try la utk org tangan bangku tak reti masak mcm rehan ni. hihih.

salam perkenalan. jemput dtg blog kita ye :D

Hazirah CW said...

noraihan : salam perkenalan :)
aah mmg xsusah sangat, tangan bangku ka x, boleh pnya, hehe..

kucen master said...

ada tester tak?nak cuba dulu

http://kucenmaster.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...