artikel menarik

Sunday, January 30, 2011

4.5 saat melipat baju



Terjemahan dari video di atas:

Tuan-tuan dan puan-puan. Mari sini rapat-rapat. Hari ini saya akan menunjukkan cara-cara melipat baju dengan cepat. Info ini sangat berguna untuk keluarga yang ramai ahlinya. Sebabnya, semakin ramai ahli keluarga, semakin banyak pakaian yang nak dilipat. Ok, saya tunjukkan sekarang. 

Sebenarnya aku hentam ja, ha3... Tapi apa yang video ni cuba sampaikan lebih kurang macam tu la. Aku tiru gaya orang jual ubat kat pasar malam kat rumah aku dulu-dulu. Ayat dia hampir sama, dia rakam then ulang banyak kali sampai habis waktu berniaga kat pasar malam. Aku pernah try cara yang oba-san ni tunjuk, kalau lipat baju yang lembut jadi la. Baju yang kain kasar sikit, anda perlukan sedikit kesabaran dan ketekunan.

Saturday, January 29, 2011

bermain badminton di suatu petang

Petang kelmarin, lepas balik ja kerja dalam pukul 5.30 kot, tetiba ja my housemates and I macam terlebih semangat untuk beriadhah. Hujung minggu hari tu aku balik rumah, memang diorang dah pesan kat aku suruh bawa raket. Raket?? Kitorang main badminton. Time aku bawa beg raket naik bus dan feri, orang asyik tengok-tengok ja. May be diorang ingat aku ni pemain badminton mana pulak?! Ada game ke?! Layan ja la, ha3...

Jadinya semalam kami pun bermain dengan gumbiranya, almaklumla lama sudah tak melakukan aktiviti sebegini, he3... Ni la 1st time kami melepak kat luar rumah, kalau tak mana adanya. Balik dari kilang ja, terus masuk rumah tak pun sekejap sangat stay kat luar tu. Kami pun start la secara amatur saja, he3... Tetiba ja, ada sorang mamat ni tengok kitorang main. Actually, mamat ni jiran aku. Dari ekor mata aku ni ja, aku dah tau dah, mesti dia nak join. Dia tingkatan berapa entah, aku pun tak pasti. Tapi yang aku pasti, dia selalu kena bebel pagi-pagi. Time tu, aku dok bersiap nak ke kilang la. Bukan aku eavedroppings, tapi memang clear bebenor suara bapaknya itu, ho3... Sebab dia susah nak bangun pagi g sekolah. 

Ok, biar la kat dia, end of his story. Dia ni agak 'sihat'. Tapi bagus la dia pun ada inisiatif untuk bersenam. Lepas agak lama dia tengok agak lama kitorang main, terus dia masuk rumah. Ingatkan dah balik, rupa-rupanya cari raket gak. Lepas tu, dia dengan tak semena-mena amek shuttlecock yang jatuh then serve. Ehh, apekehe nye?? So, memang betul la firasat aku yang mengatakan dia pun nak join gak. Disebabkan dia dah join, kami pun bermain la secara regu, ho3~ Apa-apa pun, puas la jugak dapat main, lama sangat dah raket ni tersimapan kat rumah lama aku. At least, kitorang da gak aktiviti nak buat time petang....



Ni la raket aku. Lama dah beli, time darjah 6 lagi. Walaupun dah lama, tapi still elok tapi bukan sebab aku jarang main, dulu kerap. Ayah aku belikan kat kedai sukan bawah tempat tuisyen aku, ho3~

Thursday, January 27, 2011

the power of human brain

Dalam entri yang lepas, kita dah try uji otak kita dengan mengelirukan antara perkataan yang hendak disebut dengan warna perkataan tadi. So, sekarang kita nak uji pulak dengan beberapa lagi siri yang boleh menunjukkan bahawa otak manusia ni sememangnya unik. Alhamdulillah, kita dikurniakan akal yang sihat, so jagalah sebaik-baiknya ok...Ada orang selalu cakap, '' Dia boleh la, dia memang dah pandai " tak pun ada jugak yang cakap macam ni " Alah, ko pandai, aku tak pandai macam ko ". Selalu aku dengar ayat-ayat tu, aku dulu pun pernah gak sebut. Tapi bila dah besar remaja sikit, aku fikir-fikir balik, sama ja semua. Sebabnya, masing-masing da otak dan akal yang Allah dah kurniakan. 





Yang pertama, cuba baca perenggan kat bawah ni. Boleh ke tidak? he3...

I cdnuolt blveiee taht I cloud aulactly uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid! Aoccdring to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The  rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthitl a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos nit raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig rghit? 


Kalau ada sapa-sapa yang nampak gambar ni berputar, may be dia perlukan rehat yang lebih kot... Pergi bercuti ke... Sebab gambar ni tak bergerak pun sebenarnya...












 Yang ni pulak, agak-agaknya selari tak? ho3...




Ok, yang last sekali... Mula-mula, klik gambar ni then fokus pada + di tengah-tengah tu. Lepas tu, mesti titik purple yang kita tengok tu jadi warna hijau. 



Wednesday, January 26, 2011

good exercise for your brain...

You have to look at the picture below and say the COLOUR of the word, not the WORD itself. This is just to tease your brain.  
Have fun !!




It's quite difficult right? But why is it so difficult? 


That's because 
the RIGHT side of your brain is trying to say the COLOUR 
while 
the LEFT side of your brain is trying to say the WORD

Sunday, January 23, 2011

my ikan pelaga ~



Ni lah ikan pelaga aku. Baru ja ambil kat rumah tok angkat aku petang tadi. Dah alang-alang aku keluar, on the way balik tu aku pun singgah sat, he3... Lama dah aku tak bela apa-apa haiwan. Dulu aku pernah bela burung, kucing, ikan pun pernah gak tapi aku tak la sampai bela haiwan yang pelik-pelik tak pun yang ekzotik. Sempenan bilik aku yang kosong saja, so sebab tu la aku rasa teringin gak nak bela ikan pelaga. Dulu pernah bela dah sekali, warna purple and merah. Lagi pun, tok aku tu memang hobi dia bela ikan ni, almaklumla time boring-boring boleh layan. Pas tu bila ikan tu dah besar, dia pun jual la. 

Saja aku letak guli kat dasar akuarium tu. Dulu guli tu guna untuk main congkak, sekarang ni tak dah. Dah la aku ada banyak guli, so gunakan ja la. Guli banyak-banyak tu aku dapat time lepas balik mengaji dulu-dulu, aku main guli dengan kawan-kawan mengaji and dua pupu (mak dia and ayah aku sepupu, kami jadi dua pupu) aku. Pas tu tadi aku korek kotak mainan aku yang dah berkurun tu. Jumpa kapal selam, dapat free bila beli Smarties. Aku suka Smarties. Ingat nak letak dalam tu, tapi kapal tu ada lubang kat bawah dia, so bila letak dalam akuarium jadi terapung, ho3...

Ikan pelaga aku ni tak da nama lagi pun. Tak tau nak bagi nama ke tak. Kalau ada idea, nanti letak la kot, he3~

Saturday, January 22, 2011

Bearbrick


Hari tu aku baca komik Uncle Loong. Komik ni mengisahkan kisah lucu dan pelik tentang peminat fanatik mainan. Dalam komik ada disebut pasal be@rbrick (bearbrick). Selalu gak bila aku keluar jalan-jalan, aku suka sangat singgah kedai mainan walaupun aku tak beli. Aku tengok ja, he3... Ni lah antara rupa be@brick, ada banyak lagi sebenarnya tapi just nak tunjuk pada yang tak tau. 





Hmm, cute kan Be@rbrick ni yang dikeluarkan oleh MediCom Toy 


Kedai permainan ni ditubuhkan oleh Tatsuhiko Akashi (1996). Produk permainan daripada MediCom Toy ni direka mengikut gaya hidup dan kehendak pasaran semasa. Be@rbrick dikeluarkan untuk memenuhi kehendak pasaran orang perempuan. Reka bentuknya ditukar daripada Kubrick (patung blok karakter manusia) kepada Be@rbrick (patung blok beruang). Semasa pertama kali diperkenalkan di Konvensyen Karakter Sedunia, Jepun pada tahun 2001, ianya diberi secara percuma dan terus mendapat sambutan ramai. Kalau la aku dah ber'uang' time tu, ho3... 

Be@rbrick boleh didapati dalam 5 saiz ketinggian (35mm, 50mm, 70mm, 280mm dan 700mm). Be@rbrick ni dah keluar bersiri-siri dah, yang black version pun ada, macam-macam ada. Walaupun Be@rbrick cuma ditukar bentuk luaran sahaja tapi kekuatan jenama MediCom Toy menjadikan Be@rbrick mainan rebutan di pasaran. Ish, tak da orang nak bagi aku hadiah Be@rbrick ni ke?? he3... Aku just ada t-shirt biasa dengan lukisan kartun Be@rbrick ja, ho3~




Monday, January 17, 2011

hijau yang menenangkan~



Warna hijau selalu dikaitkan dengan rasa tenang dan mendamaikan jiwa. Hijau berasal dari kumpulan warna sekunder iaitu hasil campuran warna biru dan kuning (biru + kuning = hijau). Aiseh, macam kelas seni la pulak, he3... Abaikan yang aku merapu kat atas tu tapi tak merapu sangat kan sebab betul kan apa yang aku gitau tu, ho3... Sekali tengok pemandangan dalam gambar kat atas ni memang menenangkan. Tapi kalau tengok banyak kali pun menenangkan jugak ditambah lagi bila ada angin sepoi-sepoi language. Oops, maaf saya telah merosakkan bahasa kita. 

Sebelum aku pergi jauh lagi, agak-agak korang la kan, pemandangan amenda ni (yang kat tengah-tengah)?? Tiba-tiba ja teringat agar-agar pandan, yang bahagian atas dia hijau pandan, yang kat bawah santan. Nanti at the end of the story aku gitau amenda ni ok.
Sebenarnya, satu hari dalam minggu praktikal saya, saya dan kawan-kawan telah keluar rehat awal. Kemudian, kami menuju ke bahagian belakang kilang. Tujuannya adalah untuk menunjukkan pemandangan yang indah ini kepada seorang rakan saya yang belum pernah sampai ke tempat ini. Macam apa ja aku cerita, ok serius balik. 

Sebelum sampai ke tempat ni, kami kena melalui beberapa tempat yang sama macam gambar di atas, beberapa buah kolam. Kolam yang 1st, memang tak nampak air, semuanya bahan pepejal. May be kalau ada yang nak tunjukkan kehebatan berjalan atas air or kolam, ini lah tempat yang sesuai, he3... Semakin banyak kolam yang kami jumpa, semakin cair air di dalam kolam tu. Akhirnya kami sampai la ke kolam no 7 ni. Time tu, ramai gak pekerja yang nak start cuci kolam, buang kangkung dan segala apa yang boleh dibersihkan. 

Kolam pun kolam jugak, tapi ini bukan sebarang kolam. Sementara nak sampai ke kolam no 7 ni, dah penat aku menahan nafas. Sikit lagi ja nak catat Guiness world of record (hiperbola sangat ni). Baunya, hanya sapa yang pernah sampai kat sini ja tau. Yang sebetulnya, ni adalah effluent pond, dengan kata lain kolam kumbahan. Segala jenis sisa ada dalam kolam ni. Nasib ni kolam no 7, so kurang la bau menyengat dan kurang kelikatannya, ha3... Saja ja nak sampaikan yang kadang-kadang sesuatu tu indah luaran tapi hakikatkan tidak di dalam. Lumut yang hijau kat dalam kolam tu dah melindungi apa-apa yang kurang indah dalm kolam tu, kui3....

Saturday, January 15, 2011

yang mana satu pilihanku ??


upu (capital letters)

Hmm, dari 10 Jan hari tu lagi dah dibuka permohonannya untuk lepasan diploma/setaraf.  So, aku pun dah minta tolong mak aku belikan siap-siap no pin kat BSN. Harganya RM 5 + RM10.60. Kiranya RM15.60. 


CONTOH. Ni bukan no pin free tau. Kena dapatkannya di BSN, Bank Simpanan Nasional yang berdekatan, he3... Kalau nak clear, boleh klik ok...

Ada kawan kepada kawan aku cakap RM 5 ja, ceh... Mana nak dapat harga tu wei... May be dia tersalah dengar kot. Semalam dalam pukul 10 lebih malam aku sampai kat umah, balik terus dari kilang. Jadinya hari ni nak usha-usha la kan laman web upu tu. Pilihan tu terlampau banyak dan aku tak nak la kelam-kabut isi. So, untuk hari ni aku just tengok panduan and kos yang aku minat. Lagipun, due date 4 April, lebih kurang 2 bulan lebih lagi. Aku nak masuk UPM tapi tak tau la kan dapat ke tak, yang penting, mohon. Again, mohon. Kalau tak try, mana nak tau kan. U lain, macam USM, UTM and UM pun aku minat gak. Banyak gak benda yang perlu didisi, segala macam tarikh, result and so on, ho3... Tapi most of my friends, macam nak UPM sebab syllabus aku time diploma dulu memang diuruskan oleh UPM. So, lau dpat UPM memang kira ok r, aku pun teringin nak study food technology kat sana, he3... Sampai sini ja la aku nak berceloteh, penat dah menaip sebab baru baik demam. Ok, pada semua yang nak apply UPU, wish good luck to all of you !! 

Wednesday, January 12, 2011

hujan yang turun....


Hujan yang turun~ 
Bagaikan mutiara~ 
Bersinar berkerlipan bercahaya~

Ehem-ehem, pitching melompat sudah, entah betul ka tak lagu tu. Hentam ja la labu....

Sebenarnya hari ni adalah hari yang ketiga terik selepas hujan hari tu. Tapi nak dijadikan cerita, hujan pulak hari ni. Tengahari tadi memang panas+terik lagi tau tapi dah petang baru hujan. Memang betul la pepatah ni, ' jangan disangka panas berpanjangan, rupa-rupanya hujan di tengah hari '. Mengikut pepatah aku sendiri, ' jangan disangka panas berpanjangan, rupa-rupanya hujan di tengah jalan '. 

Sebabnya, elok ja aku keluar dari makmal, awan hitam mula berarak. Tunggu jap kawan aku keluar dari ofis then kami pun jalan nak swipe kad. Baru ja jalan sikit dah hujan, agak lebat la. Apa lagi, mula-mula tu boleh la nak jalan tapi makin lama makin lebat. Jadinya, kami berlari-lari anak untuk berteduh kat bawah bumbung main ofis. Risau jugak kalau-kalau laptop aku pun mandi hujan sekali dengan kami. Memang jauh lagi perjalanan kami untuk sampai ke parking lot. Tambahan pulak, aku memang tak da dua-dua benda ni. Amendanya?? Ni benda kat bawah ni...





Hujan pun hujan gak tapi angin pun ada gak. Memang sejuk gila, jari pun nak jadi kecut dah. Tiba-tiba kami dengar bunyi  ' kedepekkk ' !!!!!  Rupanya, ada pokok kat padang depan main ofis tu tumbang. Pas tu guruh berdentum-dentam...kilat sabung-menyabung...angin berderu-deru...Lama-kelamaan hujan pun macam dah reda sikit. Macam. Kami pun berlari lagi, destinasi yang kami aim, parking lot kecik before parking lot kat main entrance. Lari punya lari, alamak !!! Wrong way, wrong way !!!  Jalan yang kami lalu tu memang banyak lopak air. Faham-faham ja la, habis lencun kasut dengan seluar aku. Kalau la ada anak ikan kat lopak tu, konfem dah banyak ekor masuk dalam kasut aku tu. Tapi benda dah jadi so, redha ja la.... Tunggu dalam 7-8 minit, then terus menuju ke tempat parking motor dan vrooom balik.

 Apa-apa hal pun sempat lagi aku singgah gerai, beli nasi minyak (macam ja, tak pasti sangat nasi apa, ho3) berlaukkan ayam sebanyak 6 bungkus. Bukan untuk aku sorang, untuk dua lagi housemate aku. Jangan kecoh sangat. Shhhh, kami makan sorang dua bungkus, ha3.... Satu singgit, satu singgit, satu singgitttt !!! Tu la kisahnya hari ni dari makmal, singgah 2 3 perhentian, singgah gerai and on the way balik rumah, memang sempat aku jadi jeruk. Terus terang, esok aku bawak payung !!!

Tuesday, January 11, 2011

theory of spontaneous generation ???

Dalam entri yang lepas, ada diceritakan tentang maggot ataupun belatung. Seperti yang telah dijanjikan, drama manggot ini bersiri dan ianya masih disiarkan seperti biasa (merapu sudah,he3...) Jom kita tengok sikit tentang Teori Generasi Spontan di dalam skop evolusi sains mikrobiologi, ho3.....


Drama : Theory of Spontaneous Generation
Pelakon utama : 


Louis Pasteur            
     
Theodor Schwann

Franz Shultze


Setelah Anton Van Leeuwenhoek berjaya menemui tentang dunia mikroorganisma yang dahulunya tida diketahui, komuniti saintifik pada ketika itu menjadi tertarik dengan kehidupan halus ini. Ramai saintis dan ahli falsafah mempercayai bahawa beberapa bentuk hidupan boleh muncul secara spontan daripada benda bukan hidup. Bahkan Aristotle juga berfikiran bahawa beberapa invertebrata sederhana boleh muncul dengan generasi spontan. Mereka percaya bahawa ular dan tikus boleh lahir daripada tanah yang lembap, belatung muncul daripada daging mati dan cendawan muncul di kayu yang membusuk.

Terdapat saintis lain yang percaya mikroorganisma tidak boleh muncul secara spontan tetapi mikroorganisma sepanjang masa berada di dalam udara dan benda mati. Akibat terdapat  percanggahan pendapat, kedua-dua saintis menjalankan eksperimen untuk membuktikan dakwaan masing-masing.

Fakta tentang bakteria akan memasuki bahan bernutrisi seperti pati daripada udara ditunjukkan dengan eksperimen oleh Theodor Schwann dan Franz Shultze. Mereka meletakkan kelalang dengan keadaan yang membolehkan aliran udara melepasi pati. Udara merupakan sumber kepada mikroorganisma dan mereka berusaha membuktikan hal ini dengan membiarkan udara melalui tiub yang dipanaskan hingga kemerah-merahan atau asid pekat ke dalam pati yang dikenakan rawatan haba di dalam kelalang. Apabila kelalang masih bebas dari sebarang hidupan, para penyokong biogenesis itu mendakwa bahawa rawatan haba telah menghalang kepada pertumbuhan hidupan secara spontan.

Kontroversi ini hanya berakhir apabila Louis Pasteur membuktikan sangkalan terhadap teori generasi spontan melalui eksperimennya. Dia telah mencipta kelalang, panjang dan membengkok bentuknya yang dipanggil 'swan-necked flask'.


 swan-neck flask

                                                        
swan yang sebenar, sama tak leher ni dengan kelalang tu? ho3....


Kemudian, pati daging dituang ke dalam kelalang dan meletakkan di tempat yang membenarkan hanya udara masuk tetapi bukan habuk. Selepas itu pati tersebut dididihkan selama beberapa minit dan dibiarkan sejuk terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, tida pertumbuhan berlaku setelah pati itu didedahkan kepada udara kerana Pasteur berpendapat bahawa terdapat habuk yang terperangkap di leher kelalang yang bengkok. Setelah leher kelalang dipatahkan, pertumbuhan berlaku dengan cepatnya. Oleh itu eksperimen ini menunjukkan bahawa mikroorganisma wujud di dalam udara dan bukanlah muncul secara spontan. 


toing~ toing~ toing~ 

Ok, itulah konklusi pasal maggot dalam entri yang lepas tu. Sebarang kekurangan harap dapat ditoleransi, he3

End of story....

(^_^) 

Sunday, January 9, 2011

oh, maggot !!


Maggot (English word). Apa benda tu? Dalam Bahasa Melayu maksudnya ialah belatung. Maggot adalah larva sebelum menjadi lalat. Motif penulisan entri kali ni idalah kerana saya telah terjumpa sekumpulan belatung ketika hendak membuang sampah dan hanya terdetik rasa geli apabila melihatnya. Eeeee~

*Kalau rasa macam tak sanggup nak tengok, cepat-cepat skrol ke bawah ok !!!


Belatung yang sihat wal'afiat, dah nak berubah ke fasa pulpa


Inilah pembawa kepada belatung, lalat, tapi bukan mask rider tau


Lalat membiak dengan cepat terutamanya pada musim panas dan ianya di dalam jumlah yang amat besar. Ianya akan makan dan membesar di tempat ia dibiakkan. Panjangnya adalah antara 3-9 mm dan berwarna putih krim. Selain haiwan peliharaan, manusia juga tidak terlepas daripada ancaman infestasi belatung dan manghadapi risiko yang tinggi terhadap myiasis (penyakit akibat larva lalat parasit yang menjangkiti sel hidup) . Walaubagaimanapun, interaksi antara manusia dan belatung biasanya terjadi di tempat pembuangan sampah, haiwan yang mati dan makanan yang membusuk. Masa yang diperlukan untuk tumbuh hanyalah 8-20 jam sahaja. Masalah utama juga akan muncul ketika belatung berubah menjadi lalat dan jika belatung tidak dihapuskan, lalat akan terus memulakan lagi kitaran hidupnya. Dalam beberapa ketika sahaja, belatung akan tumbuh semula dan kitaran ini akan terus berlaku. Semburan racun serangga boleh dilakukan bagi mencegah lalat dan belatung. Sampah juga mestilah diikat dan dibuang ke dalam bekas tertutup. Membuang sampah pada hari pengumpulan sampah juga boleh membantu mengelakkan infestasi belatung. Selain itu, kawalan biologi juga mungkin boleh diperkenalkan dengan menggunakan histeridae (ahli keluarga kumbang) bagi mengurangkan populasi belatung.

Hai, nama saya Histeridae


Pertumbuhan belatung juga ada dikaitkan dengan Theory of Spontaneous Generation. Apakah sebenarnya teori ini? Saya akan kupaskan isu teori ini di dalam entri yang seterusnya. (macam drama bersiri la pulak,he3)

Saturday, January 8, 2011

-under construction-


Sorry atas sebarang kesulitan. Blog ini dalam proses perubahan wajah baru dan ia mungkin akan memakan masa yang agak lama kerana internet saya agak 'lemb' (you-know-what), hu3... Tapi saya akan cuba secepat yang mungkin. Ha3, macam ucapan apa daa... Walau macam mana pun, dah masuk tahun baru ni, aku nak la buat sedikit perubahan kan, he3...

(^^,)

Friday, January 7, 2011

seni pasir


WOW !! Hanya itu ja yang mampu aku kata. Pasir pun boleh jadi seni kalau kena pada tempatnya. Dulu waktu kecik-kecik mana boleh tangan ni nak main pasir, nanti naik kudis pulak. Tak pun lagi bahaya kalau-kalau terjumpa dengan 'harta karun' kucing (SMT a.k.a sendiri mau tau, taik kucing), ho3... Mesti kena rendam tangan dalam sabun selama beberapa hari untuk hilangkan bau tu, he3... Tapi untuk seni pasir ni, bukan la sembarangan pasir macam pasir kat belakang rumah ke, pasir tepi jalan ke sebab kebarangkalian untuk jumpa 'harta karun' tu amat tinggi. Pasir yang diorang guna ni jenis yang smooth dan kering. Tak sangka gak dengan pasir pun boleh buat macam-macam so, hayatilah keindahan seni pasir ini bersama gemersik muziknya.... (^^,)

Wednesday, January 5, 2011

keistimewaan wanita


  • Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab Baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  • Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  • Apabila dipanggil akan dirimu oleh kedua-dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  • Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  • Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Monday, January 3, 2011

modern kitchen utensils...


Kalau tengok peralatan-peralatan untuk kegunaan dapur ni, mesti rasa macam nak kan?? Unik satu hal, satu lagi macam memudahkan kerja, ho3...

Macam mana nak mempercepat time nak tuang air, tambah pulak time tetamu ramai datang rumah. Kalau menggunakan teko yang ada 2 muncung ni, umpama sekali tuang dapat 2 cawan. So, ianya lebih cepat 2 kali ganda.

Dengan adanya penahan jari ni, jari kita pun tak la terluka. Tambahan pulak, pada siapa-siapa yang jarang ke dapur, jaminan selamat untuk jarinya lebih tinggi.

Ho3...tak payah susah-susah nak buang biji masa makan. Dan kita pun boleh makan dengan asyiknya tanpa gangguan biji.

Confirm tak da sebutir jagung pun yang tertinggal kat tongkol jagung tu. Lagi pun cara ni lebih mudah, cepat dan efisien.

Kalau teko panas tak da la tertumpah pulak time nak tuang air tu. Lagi pun kalau kita tak pegang pun, air tu dah boleh dituang sendiri.

Lepas ni, tak la daging ke ayam ke atau apa-apa ja yang dipanggang hangit atau pun kurang masak. Dengan adanya penunjuk suhu tu, kita dah boleh pasti tahap kemasakan makanan tu so, tak la nanti ada masalah sakit perut kalau-kalau makanan tu kurang masak, habis mati semua mikrob.

Jimat duit, tak perlu lagi guna plastik nak buat straw dan juga tak mencemarkan alam sekitar.

Kalau sos yang nak habis tu, tak la tertinggal dalam botol macam tu ja. Lagi pun, alat ni memastikan botol sos tu stabil so tak la jatuh pas tu pecah.

Dengan adanya pemegang ni, budak-budak pun senang nak tuang air. Memudahkan menuang air kalau botol tu berat.

Selalu kalau makan pizza, mesti amik masa yang lama. Nak potong pizza, sembang-sembang dan nak makan so kalau guna garfu+cutter ni masa pun tak terbuang banyak sangat. Selalu pakai 3 alat (sudu, garfu, pisau) tapi mungkin boleh dikurangkan kepada 2 saja.

Tin-tin yang dah diguna tu dan jika dikemekkan sendiri berkemungkinan tinggi untuk mencederakan kaki kita. So, alat ni boleh mengurangkan risiko tersebut. Selain tu, mudah untuk dibawa ke pusat kitar semula.

Sunday, January 2, 2011

"si putih"


SI PUTIH. Maksudnya bukan si putih, Shiro, anjing peliharaan Shin Chan tu. Bukan nak bercerita pasal siapa-siapa yang aku bagi gelaran sebab berkulit putih. Bukan juga nak berbicara perihal cerita indon tu, bawang merah bawang putih. Sebenarnya maksud aku ialah tentang beberapa jenis makanan yang baik untuk kesihatan kita dan ianya berwarna putih, he3...
Tauge a.k.a Si Putih
Dulu waktu sekolah rendah, mesti ada projek yang tanam kacang hijau tu kan?? Lepas tak berapa lama, jadi la tauge, he3... Sayur ini mudah ditanam dan dijual dengan harga yang murah. Tauge selalu gak diasingkan time makan sedangkan kandungan kalium di dalamnya adalah tinggi dan amat baik untuk kesihatan jantung
Sengkuang a.k.a Si Putih

Hmm, sengkuang memang sedap walaupun makan macam tu ja dan bertambah sedap bila makan dengan kuah rojak. Ada pelbagai vitamin di dalam sengkuang, antaranya ialah vitamin A, B1 dan C, fosforus,Dalam perubatan Cna, sengkuang merupakan penawar untuk penyakit bronkitis. Ia juga boleh meredakan demam, selesema dan batuk.
Lobak Putih a.k.a Si Putih

Lobak putih ni adik beradik dengan lobak merah gak, cuma warnanya yang ketara berbeza. Aku tak pasti pulak Bugs Bunny makan lobak putih atau lobak merah, ho3... Sayur ni tak digemari oleh orang ramai tapi kandungan glikosida di dalamnya boleh menyembuhkan rasa pedih di dalam perut dan juga mengatasi insomnia. Jika dimakan dengan kerap, ia boleh mencerahkan kulit kerana terdapat vitamin C di dalamnya. Selain mengandungi
kandungan antioxidant, sayur ini juga mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak.
Tauhu a.k.a Si Putih

Tauhu ni memang sedap kalau goreng, tak pun kalau nak masak apa-apa pun senang. Sebab tu la tauhu ni boleh dianggap sebagai menu sajian harian. Dalam tauhu mengandungi khasiat zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolestrol dan sebagai sumber protein. Selain tu, ia juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium.
Bawang putih a.k.a Si Putih

Biasanya bawang putih ni memang akan disisihkan ke tepi pinggan termasuklah aku walaupun bawang putih ada kebaikannya. Tapi kalau dah tergigit tu, aku telan ja. Ada gak kawan aku yang suka sangat bawang putih. Sebenarnya dengan memakan bawang putih, angin di dalam badan boleh dikeluarkan. Ia boleh meningkat kan penghasilan hydrogen sulphide yang berfungsi melancarkan aliran darah dalam badan. Selain itu, ia juga boleh menjadi penawar batuk, tekanan darah tinggi serta menguatkan otot badan dan melambatkan penuaan.

Saturday, January 1, 2011

segumpal kata

* Apa punya tajuk entri la, biar ah...layan~
Rumah flat banyak blok,
Haish..dah lama aku tak berblog. (^^,)
Mulai 29 Nov 2010 hari tu adalah 1st day aku lapor diri untuk praktikal. Praktikal aku akan mengambil masa selama 5 bulan hinggalah 29 April 2011. Tarikh 29 November 2010 tu telah menggenapkan usia aku kepada 20 tahun. Tapi nak buat macam mana, tak dapat disambut sebabnya sibuk bersiap siaga nak p praktikal di kedah. So far, praktikal aku berjalan lancar la, tiada sebarang apa-apa masalah lagi dan harapnya sampai habis pun macam tu gak. Rumah pun dekat ja dengan kilang tu plus air dan elektrik pun free. Pendek kata semua free lah, kecuali makan ja la he3. Air dengan elektrik free sebab kilang tu jana sendiri. Tapi yang menyebabkan aku tak dapat nak berblog ni sebab internet sangat la slow di sana. Alang-alang aku dah balik rumah, baik aku gunakan bb (broadband) aku sebaiknya, ngeh3. Aku akan post entri tertunggak aku tu, nantikannya ya. Aku biasanya balik dalam 2 minggu sekali, so may be bila balik rumah ja kot aku boleh post banyak entri baru dan yang tertunggak, hu3. Sempena tahun baru 2011 ni, aku ambil kesempatan untuk ucap Selamat Menyambut Tahun Baru pada semua yang membaca blog aku tak pun entri ni. Orang lain selalunya akan merumuskan semua yang berlaku pada tahun 2010 so, aku pun nak buat macam tu la, 1 entri yang caca-marba (macam-macam). Kesimpulannya 2010 memang banyak gak benda yang berlaku dalam hidup aku dan aku harap tahun 2011 ni aku dapat melaluinya dengan sebaik mungkin. Good luck for your future undertakings and strive for money (ucapan untuk diri sendiri, kui3). Haa, 1 lagi aku harap permohonan UPU aku yang akan dibuka 10 Jan ni berjaya !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...