Buat masa sekarang ni, aku buka facebook pun sekejap ja, baca status orang gitu-gitu ja lah. Tapi dah semalam, kawan aku yang sengal-sengal ubi (aina dan il) pun online gak, so agak lama la aku ber'facebook'. Kami berkomen-komen dari bab korean drama sampai la merapu ke kisah dongeng a.k.a bedtime story. Aku lah penglipur lara, tukang ceritanya, ha3... Bercerita itu ini ja dari pukul 11 lebih malam sampai 2 lebih pagi. Jumlah komen mencecah 204 komen. So, saja la aku nak share cerita dongeng yang aku cerita kat kawan aku semalam.
Mungkin ada sesetengah orang yang dah pernah dengar cerita ni, tapi dalam entri ni adalah cerita versi aku. Watak utama kisah ni adalah sang khinzir (b-a-b-i ; macam kurang sopan, ho3~) dan watak lain adalah sang beruang dan semut. Watak tambahan pula adalah pokok gajus.
AMARAN : Sila baca cerita ini dengan intonasi dan penghayatan yang sesuai dengan jalan penceritaan kisah dongeng (^^,)
Pada suatu hari, sedang sang beruang asyik berehat kekenyangan di bawah pohon ceri, sang khinzir menyusup perlahan-perlahan ke belakang pokok ceri. Perut sang beruang yang buncit menggelebeh ke tepi itu dicuit kasar oleh sang khinzir. Apa lagi, sang beruang pun mengaduh kesakitan. Api kemarahannya meluap-meluap sehingga berasap telinga serta hidungnya. Beruang pun menjerit, '' Hoi, babi (beruang tak sebut khinzir sebab tengah marah gila ni) !!! Baik kau mula berlari sekarang, nahas kau nanti aku kerjakan ''. Sang khinzir pun memulakan lariannya sekuat hati menggunakan kakinya yang pendek. Hampir saja kaki sang khinzir tidak mencecah tanah.
Setelah berkejar-kejaran selama 2 minit 48 saat, akhirnya beruang dapat menarik ekor sang khinzir sehingga hampir kesemua ekor khinzir yang panjang itu terputus. Hanya tinggal sedikit saja ekor khinzir dan ekoran itu, ekornya menjadi berpintal. '' Argh !! Habis ekor rebonding aku dah jadi curly '', kata sang khinzir kesedihan. Sedang asyik sang khinzir melihat ekornya, pokok gajus sedang menunggunya di hadapan. Akibat pelanggaran tersebut, habis kesemua biji gajus terkeluar dari buahnya. Sang beruang ketawa terbahak-bahak dan berlalu pergi setelah puas mengetawakan sang khinzir. Malangnya nasib bagi sang khinzir, lehernya yang jinjang itu, termasuk ke dalam dan hidung yang mancung bak seludang menjadi penyet. Sehingga ke hari ini, keturunan sang khinzir mempunyai leher yang hampir tidak kelihatan, hidung yang penyet di mana hidungnya jelas kelihatan kedua-dua lubang dan berekor curly bak rambut barbie dolls.
Saksi utama semua kejadian tersebut adalah semut-semut yang merayap dengan tenang di atas tanah yang lembab dan selesa itu. Dek kerana takutkan amukan sang khinzir yang telah ditimpa nasib malang bertubi-tubi, mereka telah menahan ketawa dengan bersungguh-sungguh. Kesemua bahan makanan yang dikutip sepanjang perjalanan itu diletakkan di atas tanah dan tangan mereka diletakkan di pinggang mereka yang langsung tidak dapat dibezakan. Semut sahaja yang dapat mengenalpasti bahagian pinggang mereka kerana mereka tidak mempunyai bentuk badan bah kan mempunyai selulit. Tangan yang diletakkan di pinggang itu bukanlah untuk menari gelek kegembiraan, tetapi mereka telah menekan pinggang mereka sehingga menjadi ramping. Ratu semut berkata, '' Lihat pinggangku, cantik ramping kan ?? '' Akhirnya kaum kerabat semut pun mengamalkan amalan mencekak pinggang mereka supaya kekal ramping sehingga ke hari ini.
SEKIAN~
Diharap anda yang membaca kisah ini terhibur (^^,)

No comments:
Post a Comment