Robot? Manusia? Robot manusia? Baru-baru ni aku p tengok wayang, 2 cerita sekali, 'kongsi' dan 'fast furious 5' dan seperti biasa, bukan ni yang aku nak ceritakan. Tapi sebelum cerita start, ada iklan pasal cerita '3 2 1 cinta'. Katanya nisbah perempuan kepada lelaki ialah 37:1. Ini menunjukkan jumlah lelaki semakin berkurangan. Ya ka? Entah la, kalau nak tau lebih lanjut, kena la check dengan Jabatan Perangkaan Malaysia. So, mungkin pada masa depan, akan ada orang yang tiada teman sehidup semati?
Dunia sekarang makin maju, alat semua canggih belaka. Sekarang ni, robot dibuat untuk mendekati manusia. Maksudnya, dari segi emosi, pergerakan dan kecerdasan. Menurut David Levy (penulis buku) robot bakal menjadi teman hidup manusia pada tahun 2050. Beliau juga berpendapat bahawa dengan semakin pintarnya robot, manusia dapat bermesra dan juga bercinta dengan robot. Sebab sekarang pun dah banyak robot haiwan contohnya, robot anjing yang jadi haiwan peliharaan peneman manusia. Kalau robot anjing pada aku, ok la sebab anjing ja pun.
Tapi, ini kalau nak bercinta dengan robot, macam banyak mustahilnya. Bukan bermaksud nak menolak kemajuan, tapi walau apa pun tahap kepintaran robot tu, tak kan ada hubungan percintaan antara manusia dengan robot seperti percintaan manusia dengan manusia. Robot tak boleh pilih, robot tak boleh menolak kita so, itu menjadikan hubungan antara manusia dengan robot membosankan. Tapi hubungan antara manusia dengan robot mungkin juga terjadi. Ramai orang kat luar sana yang hidup kesepian, mungkin mempunyai masalah personaliti (malu) atau masalah keperibadian. Hubungan antara manusia dengan robot akan menjadi pilihan orang-orang tersebut, sekurang-kurangnya untuk sekadar memenuhi ruang sebagai peneman.
Muka sejibik kot dengan manusia betul, ho3~
Kalau korang pernah tengok drama jepun ni, 'zettai kareshi' atau pun dalam english nya 'absolute boyfriend', cerita ni memang best. Rank yang ke-20 dari 1556 kat dramacrazy.net. Kalau dah tengok cerita ni, mesti korang faham macam mana hubungan antara manusia dengan robot. Mungkin boleh gelak, ketinggian macam manusia normal, kulit lembut dan segalanya macam manusia, tapi emosi robot terbatas, dia tak boleh fikir sendiri, semuanya dah diprogram. Faham kan? Ho3... Kat bawah ni ada preview sikit untuk drama tu...
2 comments:
aku pun pernah gak tengok crita jepun tu...best jugak...
aah, menarik gak jln cita dy...
Post a Comment