artikel menarik

Friday, June 3, 2011

hindari selesema dengan bergembira


Masa aku sekolah rendah dulu, ada classmate aku yang hari-hari berhingus. Dia dah check dengan doktor, tapi doktor cakap cecair tu memang kena ada dalam hidung dia, kalau tak, aku tak tau la pulak apa kesannya. Dulu kan sekolah rendah, tak reti nak tanya lebih-lebih, ho3... Masa sekolah menengah pun, ada gak classmate yang asyik behingus pagi-pagi, tapi itu kes resdung la. 

Menurut pembacaan aku di estidotmy, manusia yang sentiasa gembira mempunyai kekuatan menghindari selesema 3 kali ganda, sekali lagi... 3 kali ganda daripada manusia sebaliknya. Ini adalah hasil daripada penyelidikan yang dijalankan ke atas sukarelawan. Tugas sukarelawan ni adalah membiarkan virus selesema di hidung mereka dengan sukarela. Ahli psikologi, Sheldon Cohen dan rakan sekumpulannya dari Carnegie Mellon University (bukan watermelon ya), Pennsylavia, mendapati bahawa manusia yang mempunyai pemikiran positif kurang mengadu mengenai tanda-tanda dijangkiti selesema. 

Cikgu aku kot pernah cakap, itu pun kalau tak silap la. Lupa-lupa ingat sapa yang bagi tau dulu-dulu. Kalau setahun sekali kena selesema normal la. Kalau sampai 2-3 tahun tak kena, agak parah tu. Sebabnya askar-askar pertahanan badan (antibody) asyik relax ja, patutnya setahun sekali askar-askar ni kena lah masuk kem. Kem paintball ke, melawan virus atau bakteria jahat, ha3... Ni selingan jap, ok back to the sukarelawan tu.

Seramai 300 orang sukarelawan yang sihat terlibat. Pada peringkat awal kajian, sukarelawan ditemuduga terlebih dahulu selama 2 minggu bagi mengetahui kedudukan emosi mereka.
Pemarkahan dijalankan berdasarkan kategori positif seperti gembira, tenang dan mempunyai perwatakan menarik. Kategori negatif pula merangkumi gementar, tertekan dan dan bersikap dingin.

Peringkat seterusnya, penyelidik meletakkan rhinovirus, iaitu kuman yang menyebabkan selesema kepada hidung setiap sukarelawan tersebut. Rhinovirus adalah antara virus yang terkecil, saiz diameter virus ni ialah 30 nm (nanometer). Kat bawah ni ada gambar......



Bukan rhinovirus, ini rhinoceros... kalau yang ni, kita kot yang tercucuk kat hidung dia

Ni baru rhinovirus

Kemudian, para peserta akan disoal selama lima hari sama ada mereka telah mendapat tanda-tanda dijangkiti penyakit selesema. Hasil kajian mendapati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam kategori bersifat positif 3 kali lebih kurang dijangkiti penyakit berbanding mereka yang mempunyai ciri-ciri negatif. ''Mereka yang mempunyai emosi positif mempunyai sistem pernafasan yang sukar dijangkiti kuman berbanding sebaliknya. Ia juga mungkin disebabkan mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat, '' kata Cohen.

2 comments:

CeritaSekupang said...

cara terbaek untuk hindari selsema adalah dengan sentiasa happy..hihi...nice post...

Unknown said...

tenkiu..so, hepi2 la slalu sbb skang ni mcm musim selsema n batuk ja, ho3 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...