artikel menarik

Monday, May 16, 2011

dedikasi untuk kawan-kawanku~


AMARAN : Entri ini sangat panjang, sila duduk tegak dan segarkan mata anda (^^,)Y

Hari khamis 5hb malam aku bertolak ke kuantan, nak hantar report praktikal aku sekali nak jilid kat sana. Lepas tu, 10hb kena interview dalam 15-17 minit, then settle la. Tapi 12hb malam batu aku bertolak balik ke penang, seminggu lepak kuantan. Wah, lega dah habis diploma, tapi perjalanan  aku lepas ni masih jauh. Tahun depan pulak kami akan berjumpa sebab nak konvo tapi tak tau la boleh lepak sama-sama or tak, kan datang dengan parents nanti, lagi pun time tu maybe dah sambung study or kerja so, tak boleh cuti lama-lama.

Memang joli sakan kat kuantan. Tengok wayang 'ku seru' dengan 'the priest', main bowling 2 game, jalan sambil check e-code *kalau tak tau e-code tu amenda, boleh klik sinikat giant, masak-masak, makan ramai-ramai, beli 4 dvd korea, burn 50 keping dvd, tak tidur malam, masak nasi and goreng nugget pukul 3 pagi, wifi kat 'tc', stalk fb Bedan lepas tu gelak and macam-macam lagi kami (5-13 orang) buat, ho3~ Sejak siap report praktikal, aku dah pandai buat dedikasi, he3... So, ada sebaris dua ayat yang aku nak dedikasikan pada kawan-kawan sekelas aku, 34 orang tak termasuk aku.


1)  Nia - Orang penang 1st aku kenal di kuantan, hati kadang kala sedikit keras kadang kala 
lembut. Jangan jaga hati orang sangat sampai hati sendiri terabai. Plus, jangan banyak skandal sangat, ho3...

2)  Dila - Tak pernah cakap dengan ko waktu sem 1, sem 2 baru kenal. Ko memang kaki gelak. Aku ingat lagi time aktiviti kita bila seminggu aku lepak rumah ko, cuti H1N1. Kalau nak joli, aku akan ajak ko, he3...

3)  Peha - Kenal ko time minggu suai kenal, aku belek ko punya fail sijil. Tukang siang ikan haruan sepanjang kelas Product Development untuk Food Launching Day.

4)  Sue - Orang kelate 1st aku kenal, ko memang agak kecoh, i like~

5)  Tasha - Laser gak ek mulut ko, better ko join group debat nanti. Tapi bila tak puas hati ja kan, he3...

6) Nadz - Kamceng dengan kid/qid (entah camna dia eja). Aku and sapa ntah pernah samakan carrot dengan jari ko time kelas Operation Unit lau tak salah.

7)  Qid - Kaki gelak kuat gak ni, selalu nampak ko happy, bergumbira la katakan.

8)  Aina - Ang ajak join conference kat ym, best gak, lepas tu kami yang lain pun merapu sekali. Otak korea gak ni. Lama dah kita tak berconference, ho3...

9)  Yah - Ni lah ratu gelak sakan dalam kelas. Kadang-kadang tak lawak pun, tapi sebab ang gelak, aku pun nak tergelak dengar cara ang gelak.

10)  Il - Baru ja kenal dengan ko 2 3 bulan before praktikal sebelum ni kenal gitu-gitu ja. Sah, sorang lagi suka gelak besar, otak korea, senang nak masuk dengan ko and kaki joli, ha3... Cd ko nanti aku pos, ingat-ingatkan ek.

11)  Ari - Treasurer kelas aka OKS (orang kaya selalu), tukang fotostat dan orang yang selalu kami mintak tolong (homestay, jilid, bla bla bla), thanks ya...

12)  Ika - Mati-mati aku ingat ko pendiam but nope, masuk air gak ko ni...

13) Akak - Love your biscuits and cakes, puding pun... Peminat komik, aku selalu pinjam...wee~

14) Jijun - Aku gelar ang zombi, sebab cara ang jalan plus your seluar sedikit l****h. Certain orang ja tau, sebab ada sekali tu aku terlepas cakap, lalala~ Dah tembam sikit, bahagia la tu, bagus...

15)  Fikri - Banyak membantu. Sometimes blur, kadang-kadang tak paham apa ko cakap, tapi lama-lama paham la. Pembekal anime aku. Next time nak pizza and sundae lagi, he3...

16)  Palija - Mula-mula sakit telinga dengar suara ko, suara speaker, kui3... Selalu jadi event planner kitorang.

17)  Anip - Ko pun aku ingat pendiam, tapi itu dulu, lama-lama tak dah. Ingat lagi time bbq dangan kelas kita (DTM B), ko tak suka makan ayam sorang-sorang, kongsi baru sedap ko cakap.

18)  Lia - Ko panggil aku kiwi, ha3... Nyanyi dalm kelas tu, biasa la bagi ko. 

19) Una - Kita praktikal sekali. Lepas ni ang kena belajar mengemas and memasak lebih sikit, nak kahwin dah kan, hak3...

20)  Azza - Ko pun kadang-kadang gelak mengilai. Jangan gelak camtu tetengah malam k.

21)  Eyla - Eyla and Jerry. Ada sekali Jerry kena tinggal sorang-sorang kat parking. Vroom sana vroom sini ko dengan Jerry.

22) Ira - Orang cakap muka ko sama dengan aku. Cari r sampai cukup 7. Peminat komik and anime gak ni.

23)  Siti - Orang melaka tunggal dalam kelas. Aku pernah jalan kaki ke bazar ramadhan dengan ko 2 3 kali.

24)  Raja - Kalau ada apa-apa aku cakap tu, ko anggap la teguran dari sahabat k. Tak sempat borak panajng dengan ko hari hantar report tu. Kalau dah kahwin cakap r, kalau boleh aku p kenduri ko, he3...

25)  Nazyie - Ko memang kaki bermadah 2 3 menjak hari tu. Ko nampak kurus sikit r, ha3... 

26)  Mirul - Tak jumpa/nampak ko pun time hantar report hari tu. Selamat bersantai, cuti panjang ni...

27)  Dzul - Hai momo taru, kadang-kadang aku tak paham soalan ko tapi tak pa la, at least ko tak tau, ko bertanya. Tak habis-habis dengan belt kamen rider tu, ha3...

28)  Cik nad - Kenal since sem 1, sebilik dengan nia... Tapi dah sem 2 baru kelas kita digabungkan.

29)  Fiqa Qiela - Vroom vroom gak datang kelas. Hati-hati memandu, ho3...

30) Sham - I didnt forget u la, here is my dedication. Such a nice neighbour, he3...

31) Effa - Kadang-kadang aku panggil ko f saja, he3... Peminat fanatik k-pop, berjaya gak aku sedut game show and halwa telinga korea, he3... Nanti lepas aku burn cd, aku pos kan k.

32)  Hani - The only ajk kamsis dalam kelas, bagus-bagus...Any latest news, kabare r, jangan menyepi k.

33) Wani - Kem salam kat rohaya nanti, aku pengguna setia kicap rohaya, ngeh3...

34) Yana - Tukar nombor ek? Nanti jadi wanted lagi macam hari tu, ha3...


No ni sekadar no saja, bukan ranking orang yang aku suka ke tak. Jangan salah paham k. Jumpa lagi tahun depan. Good luck in your future undertakings, take care... Sayang semua, thanks jadi kawan aku !!!
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...