Alhamdulillah syukur aku dah habis pun praktikal kat kilang gula 2 hari lepas. InsyaAllah lepas ni boleh la aku membersihkan segala sawang dan dan sarang labah-labah kat blog ni. Aku dah tak duduk kat sempadan, i'm back to the island, ho3... Mula-mula ingatkan tak sayu bila nak habis praktikal, tapi petang last day tu aku saja balik lewat, 6 lebih. Biasanya balik 5.15 tapi ni dah last buat kerja sama-sama dengan semua pak cik kat situ. Sempat la ambil gambar sekeping dua dan berusaha memasukkan topi keselamatan yang kaler oren tu dalam beg, banyak kali try sebab tak nak beg kembung semacam, malas nak pegang. Sebagai tanda kenang-kenangan la konon, he3...
Tak tau apa yang mengsayukan kat situ cuma mungkin akan teringat balik masa-masa yang kami lalui bersama, he3... Lepas ni, mungkin aku akan rindu nak pi pasar malam samada isnin atau khamis, sebabnya nak makan nasi ayam singapore. Ho liao!! Mak cik yang selalu joging pagi-pagi tak serempak dah dengan kami yang naik motor pi sana pi sini. Dah tak boleh melepak kat kafe, minum petang sesama. Lepas ni, en.hashim kena buat kerja sendiri, saya dah tak da nak tolong buatkan. Dah tak dapat acar buah dari pak long dan mak long. Tak boleh dah pi kenduri yang selalu gak ada kat housing tu.
Ni la pak cik- pak cik yang ada petang tu, yang lain pi ambil sampel, ho3 |
Dan tak boleh lagi tolong buat analisis dan inspection sama-sama. Haa, satu lagi tak bersembang dah dengan training officer dan join program-program yang dia aturkan. Banyak lagi macam-macam benda yang tak boleh buat dah. Kalau ada kelapangan masa nanti boleh la pi melawat sana balik. Macam mana pun aku lega, sesi praktikal aku dah tamat dengan jayanya. Teori yang aku belajar pun relevan dengan kerja yang aku buat kat kilang ni. Boleh la aku berehat kat rumah pulak. Dari form 1-form 5 duduk kat hostel, masa diploma pun dan masa praktikal pun duduk jauh dari rumah. So, yang tinggal, nak hantar report praktikal dan tunggu keputusan untuk sambung degree, ho3... Apa-apa pun, home is the best remedy, blink2~
No comments:
Post a Comment