artikel menarik

Monday, May 2, 2011

'ON SEDU' dan SMS ke 32333


Anda mengalami masalah sedu? Tidak perlu gusar, hanya taip ON SEDU dan sms ke 32333. Ada tak iklan kat tv macam ni? Lama dah aku tak tengok tv. Dulu selalu sangat ada macam-macam on, on rindu, on bosan, on cintan, on lawak la macam-macam lagi, onta ja tak da lagi, ho3... Beberapa hari lepas tapi dalam minggu ni la jugak, aku asyik tersedu ja. Dah minum air pun tak jadi apa lagi. Teringat pulak cikgu aku cakap, kalau sedu tu tandanya nak membesar. Kalau membesar ke atas ok la, tapi membesar ke tepi, nope!! Tapi aku tau la tu bukannya betul pun, saja ja kot orang tua-tua cakap. Lepas tu, aku minum air sikit lagi baru stop tersedu-sedu tu. 

Aku pun buat sedikit pembacaan. Sikit ja, sebab macam la aku rajin sangat, he3... So, bahagian yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. 


Tapi, kebiasaannya diafram bergerak dengan sempurna. Apabila kita menarik nafas, ia akan bergerak ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila kita menghembuskan nafas pula, diafram akan bergerak ke atas untuk menolak udara keluar. Tetapi ada ketikanya diafram menjadi terganggu. Apabila ini berlaku, ia akan membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Akibatnya, udara turut ditelan melalui kerongkong dengan mengejut. Udara yang berebut-rebut masuk itu akan melanggar kotak suara, maka terhasil la bunyi 'hik hik' .

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara apabila makan secara gelojoh, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. Sekiranya mengalami sedu yang teruk (berterusan), ianya adalah akibat lebihan asid perut yang dirembeskan. Lebihan asid ni adalah disebabkan perubahan tidur yang tidak menentu, waktu makan yang tidak menentu, pendek kata semua yang tak menentu la. Makan banyak makanan yang berasid atau minuman berkarbonat pun boleh menyebabkan asid perut dirembeskan secara berlebihan. 

Ada orang yang kata, sedu boleh dihentikan dengan cara mengejutkan seseorang yang tengah tersedu-sedu tu. Mau nya dia ada sakit jantung, tak ke haru pulak kalau dia kena serangan jantung, so biar ja lah sedu tu bunyi seminit dua. Pendapat lain pulak, suruh tahan nafas then kira sampai sepuluh dan segera minum segelas air atau pun makan satu sudu teh gula/madu. Cara lain tak tau ada tak, cara yang kat atas pun aku tak pasti. Tapi kalau minum banyak air tu, memang berkesan. Kalau sedu berterusan walaupun dah macam-macam cara nak hilangkan, kena pi jumpa doktor ja la jawabnya. May be ada cara yang lebih efektif dan mujarab, kalau ada sapa-sapa yang tau boleh la kita berkongsi, ho3... Report praktikal aku tak habis edit ikut format lagi, so tata~

6 comments:

Abu Bagi said...

teringat masa blajar biologi kat sekolah dulu2..hehehe

Unknown said...

aah kan, betol la..baru pasan, dulu time form 5 blajar sal respiration =)

Far8 budak baik said...

menelan udara secara gelojoh..
hahaa..sesak nafas kot..
kalau aku sedu..
aku suroh kwn aku takut kn aku..
ilang terus hehe

Unknown said...

owh, hilang ek bila terkejut2 ni...cara ni seswai utk org yg xda sakit jntung ja kot...he3

Unknown said...

huahua..kadang ayie sellu juga kena sedu time makan..mean that ayie gelojoh lah ea makan..huhu

Unknown said...

so jgn mkn laju2 sgt ek, nnt tercekik + sedu susah lak...ce baca kisah ni, sebab sedu x henti2 (http://izzi-income.blogspot.com/2009/03/aku-supplement.html)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...