Berdasarkan gambar di atas... Huh, macam nak tulis surat rasmi pulak kan?? Bukan niat aku nak kongsi kisah ada orang yang tak flush lepas masuk tandas walaupun aku pernah mengalaminya, tapi nak tunjukkan warna urin tu. Kadang-kadang tu aku ragu-ragu gak, air tu memang keruh atau pun ada orang tak flush?? Penggunaan perkataan air kencing amat panjang untuk ditaip dan sedikit geli, so gunakan perkataan urin, he3... apasal kejap urin jernih kejap warna kuning sikit kan? Tu yang aku cuba nak kongsikan kat sini setelah lama aku menyepi dari dunia blogging, ho3~
Urin mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dengan apa yang masuk ke dalam tubuh. Selain air, urin mengandungi pelbagai garam bukan organik dan sebatian organik termasuk protin, hormon dan pelbagai jenis metabolite. Urin adalah larutan lutsinar yang boleh kelihatan dari tanpa warna (putih jernih) kepada warna tetapi biasanya kuning jernih. Cecair dan bahan yang ditapis oleh buah pinggang yang akan menjadi urin. Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang mengalami masalah jangkitan urin/saluran urin (urinary tract infection, UTI), urinnya adalah hampir tanpa warna. Urin boleh berbau hancing akibat tindakan bakteria dan kandungan ammonia akan memberi bau yang menyengat hidung hasil daripada penguraian urea (sebatian organik).
Warna kuning terang urin disebabkan oleh urokrom (pigmen yang memberi warna pada urin) dan juga penguraian bilirubin (pigmen kekuningan dalam hempedu) dan urobilin (pigmen hempedu yang dihasilkan oleh pengurangan bilirubin). Faktor lain wujudnya warna-warna berbeza urin adalah bergantung kepada jumlah air di dalam badan.
Berikut adalah antara warna-warna urin :
- Jernih - terlebih air, dianggap lebih sihat dari kekurangan air (dehidrasi).
- Kuning/kuning bata cair - menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari darah.
- Kuning bata - setelah makan sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium
- Kilauan merah jambu - sekiranya memakan ubi bit, keadaan ini hanya sementara dan tidak berbahaya.
- Hampir perang - mungkin merupakan simptom demam kuning.
- Kuning gelap - menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi).
Kesimpulannya, minum la sky juice (air kosong) banyak-banyak dan tak payah risau pasal warna urin, kan senang. Lepas tu, satu lagi sebelum entri ni ditamatkan, jangan lupa flush ya selepas guna tandas. Untuk kebaikan dan kesihatan bersama gak~ (^^,)
No comments:
Post a Comment