Minasan ohayoo, selamat pagi, morning, zao an...
Setelah sekian lama tak update blog, akhirnya. Dalam 2 minggu belakangan ni memang sibuk sangat, dah sem last2 ni, memang tak dapat dipisahkan diri dengan kesibukan. Aku nak recall jap, 2 minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan sesi ceramah a.k.a sesi tadah telinga, luas bukaan mata, tangan mencatat nota dan duduk atas kerusi rapat dengan meja.
Start dari hari khamis sampai ke hari sabtu ceramah ja.
Khamis : ceramah GMP and HACCP (tanya uncle google, dia memang terer)
Jumaat : taklimat untuk praktikal hujung tahun ni
Sabtu : ada 2 sesi, 1 kursus penampilan graduan. 1 lagi ceramah motivasi dari En. Amin Idris (personaliti tv). Hari ni memang aku almost 24 hours kot dengar ceramah.
Ahad : ni lain ckit, bukan ceramah, tapi still gunakan deria pendengaran dan penglihatan, ada teater, tajuknya "Menunggu Kata dari Tuhan". Ini adalah teater yang berdasarkan hadis yang dilakonkan oleh Sabri Yunus dan pemuzik dia Sani Kopratasa.
Itu jadual aku minggu lepas, tapi minggu ni pulak adalah minggu yang penuh dengan presentation. Presentation ni memang berturut-turut harinya. Kalau minggu lepas aku dengar orang bercakap, tapi minggu ni aku pulak yang bercakap.
Isnin : presentation bi, mula2 ingatkan sempat turn pagi, alih2 kena buat time petang. Group aku membentangkan bab2 pasal resume and cover letter. Then, ada sedikit soal jawab. Yang ni ok la sebab ya la sebab tak rasa nervous pun, lega.
Selasa : hari ni pulak pasal untuk kelas sanitasi dan perundangan. Tajuknya, pemantauan kebersihan di premis makanan. Tempat dah dipilih, gambar2 pun dah ambil, so tinggal nak present ja. Yang ni pun ok gak, sebab memang ada point nak cakap pasal premis 2.
Rabu : ini la presentation day yang bakal mengubah hidup aku and kawan2,hu3. Final project presentation. Pasal apa yang telah group aku kaji/buat selama tempoh masa hampir 5 bulan untuk sem ni. Group aku hasilkan new product and sedikit analisis kimia, Nutritious Baby Porridge, instant punya . Perisa ayam dan ikan bilis, no preservatives. Bubur ni orang dewasa pun boleh makan tapi sebenarnya ia lebih dirumus khas untuk baby. Bag abstrak, bagi sampel, tunjuk packaging, present hasil kajian, bersoal jawab then Alhamdulillah kitorang lulus !! Itulah flow before nak lulus 2.
Minggu depan pun dah bersusun tarikh untuk kitorang menghantar assignments and lab reports. Pas 2, study week start, then FINAL EXAM, hu3. Ni adalah exam aku last skali, tak da dah sem depan, praktikal sudah. Dah nak akhir2 sem, macam ni la rupanya kesibukan 2 tapi ni baru aktiviti tambahan, yang sibuk ke sana ke sini, uruskan itu ini, siapkan itu ini, hmm memang sibuk. Tapi tak pa, 'Strive 4 Success' , he3.....