artikel menarik

Sunday, November 14, 2010

10/11/2010-detik terakhir~

Hari ni, rabu, kami ada kursus pengendali makanan...Semalam last paper dah pun dijawab, tak tau la apa resultnya pulak untuk sem ni...Sebabnya sem ni macam yakin tak yakin ja jawab final exam, lain sangat dari sem2 lepas...tapi nak buat macam mana, orang cakap let by gone be by gone...So, sekarang aku bertawakal la segala apa resultnya setelah aku berusaha (usahakah?? ho3) Harapnya lebih baik dari sem lepas...Kami sempat la p tengok wayang sama2 untuk celebtrate last paper dengan cerita hantu, death place, ho3...Ni lah sem last aku kat kuantan, sem dpn dah nak pi praktikal, so lepas study kat pahang nak ke kedah pulak...Mujur la ada kursus 2, means itulah last moment kami belajar sama2 dalam 1 kelas...sangat la sedih dah sampai masa kami berpisah setelah 2 1/2 tahun belajar sama2, amali sama2, dengar ceramah sama2, bowling sama2, wayang sama2 dan macam2 lagi yang kami buat sama2...terlampau banyak masa aku dihabiskan dengan kawan2 dan begitu jugalah banyaknya memori yang tersimpan...dah tak boleh dah gelak dan bergurau merapu sama2...walaupun orang selalu cakap, alaa fb ada ym ada kita contact2 la mesej2 la...but the feeling is different, its not same, you cant feel the warmness of having friends by your side...however, each people have different path...so untuk kawan2 aku, aku dah tujukan lagu ni khas untuk diorang~
A special song for special days such as our last day together. It's a song about friendship.
Lepas habis kursus ni memang dah tak da apa dah nak buat...Lagi pun repot untuk final projek aku dah hantar time rehat kursus ni...Kursus ni pulak habis awal sikit so kami pun gather kat situ, tukar2 biodata tapi bukan la macam biodata yang kita buat time sekolah rendah dulu2 2, he3...kamera di tangan, merakamkan detik2 akhir kami...cuaca pulka seakan-akan memahami kesedihan kami lalu mencurahkan hujan yang sangat lebat ke bumi pada petang 2...ramai la yang gugur air matanya tapi aku tak dapat nangis sebab may be terlampau sedih, aku just nangis dalam hati...ada la certain2 orang yang aku sempat buat warkah untuk diorang, ho3...mualnya kau nak buat sorang 1 tapi malam 2 memang aku dapat tahan ngantuk sampai kul 3 ja...sorry ek pada sapa2 yang tak dapat warkah origami baju aku 2...barang2 kat kamsis memang 1 habuk apa pun aku tak kemas, malas rasa...hari khamis malam nak balik, baru pagi 2 aku kemas...sangat la berterima kasih pada kawan aku yang tolong teman dan angkat barang...kesian tangan sampai merah2 angkat beg, hu3...nanti aku belanja makan ok...terharu rasa dapat hadiah, kedua-dua hadiah 2 akan aku hargai...tahnkz jugak pada semua yag sudi jadi kawan aku...malam 2 bertolak then macam sedar tak sedar dah sampai dah rumah pagi esoknya...semalam la last aku naik bas malam sambil menghayati pemandangan lampu2 neon di highway...
~Sayonara Kuantan~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...