Korang pernah makan tak salah satu coklat kat bawah ni? Baru dikira dalam pound, kalau tulis ringgit malaysia, memang lagi terkejut la kan. Coklat ni bukan ferrero rocher, van houston, toblerone. Semua bukan. Yang mahal, kat bawah ni.
Creator : Knipschildt
Harga : $ 2600/pound
Location : Norwalk, Connecticut
Dicipta oleh Fritz Knipschildt, seorang chef yang mendapat pendidikan kulinarinya di Denmark pada tahun 1999. Knipschildt mencipta satu coklat yang paling sedap di dunia. Ianya amat berharga bagi sepotong coklat iaitu Truffle coklat gelap iaitu $ 250 dengan Truffle hitam Perancis di dalamnya (dalm gambar). Ianya juga merupakan Truffle yang istimewa, hanya ada jika ditempah awal, terutamanya apabila terdiri daripada 70 % koko Valhrona dan dicampurkan ke dalam ganache (coklat/krim cair yang digunakan untuk menyalut) dan minyak Truffle. Truffle yang diuli dengan tangan adalah paling berkualiti dan akhirnya ditabur dengan serbuk koko.
NOKA
Creator : Noka Vintages Collection
Harga : $ 854/pound
Location : Dallas, Texas
Satu kompilasi terbaik yang diperolehi dari ladang terpilih di Venezuela, CA'te d'Ivoire, Trinidad dan Ecuador, coklat Noka adalah yang kedua paling mahal di dunia. Ianya terdiri daripada 75 % asli, sepenuhnya dari koko dengan bahan-bahan lain seperti mentega koko dan gula. Satu fakta menakjubkan tentang pengeluar coklat ini ialah mereka tidak menambah mana-mana jenis bahan pengemulsi dan perisa vanila.
DELAFEE
Creator: Delfee
Harga : $ 504/pound
Location : Neuchatel, Switzerland
Bagi golongan wanita yang meminati emas, Delafee adalah coklat yang perlu dicuba. Ini kerana coklat ini dibuat dengan menyalut serpihan 24K emas yang boleh dimakan untuk setiap praline dengan tangan. Jika tidak, ia hanyalah terdiri daripada gula, minyak kelapa, mentega koko, susu tepung dan vanila.
RICHART
Creator : Richart
Harga : $ 120/pound
Location : Lyon, France
Coklat Richart mungkin merupakan coklat keempat termahal di dunia. Tetapi ianya terdiri daripada koko Criollo dari Venezuela yang dianggap sebagai koko yang berkualiti tinggi di dunia. Koko yang digunakan dalam coklat dikisar halus untuk memberikan rasa halus bagi penggemar coklat. Untuk menyerasikan dengan coklat yang terbaik, badam terbaik, rasberi, strawberi dan spesis ekzotik yang lain digunakan.
GODIVA
Creator : Godiva, 'G' Collection
Harga : $ 117/pound
Location : New York City, New York
Dengan asal-usulnya dari Belgium, seorang pembuat coklat yang terkenal, Godiva memperkenalkan coklat 'G' Collection baru-baru ini. Kesemua coklat dari 'G' Collection adalah terdiri daripada pelbagai bahan dan rasa seperti Palet d'Or, Tasmanian Honey dan Mexican Hot Chocholate. Aroma coklat bergantung kepada jenis bon-bon yang dihasilkan.
Gila mahal punya coklat-coklat ni kan. Kalau dah beli coklat mahal, lepas tu ada masalah kaviti, memang rosak lah gigi tu. Memang tak tau nak cakap apa la kan. So, lepas makan benda-benda yang manis macam coklat, gosoklah gigi anda, he3...
No comments:
Post a Comment