Hari Raya 'Aidiladha adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain daripada Hari Raya 'Aidilfitri. Hari Raya 'Aidiladha disambut pada setiap hari ke-10, 11, 12 dan 13 pada bulan Zulhijjah setiap tahun. Masyarakat melayu kita lebih acap kali atau pun kebiasaan memanggil Hari Raya Korban/Haji. Itu kerana, pada hari tersebut ibadah korban dijalankan/umat Islam menunaikan ibadah haji. Bermula dengan takbir pada malam 10 Zulhijjah, kemudiannya diikuti dengan solat sunat 'Aidiladha serta khutbah pada pagi 10 Zulhijjah. Sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 Zulhijjah/ Hari Tasyrik (11/ 12/ 13 Zulhijjah-sebelum tenggelam matahari).
Hari Raya 'Aidiladha adalah satu perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah. Nabi Ibrahim mendapat perintah melalui mimpi untuk menyembelih anaknya. Tetapi pada hari penyembelihan itu, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas. Itulah simboliknya ibadah korban yang dilakukan sekarang ini.
Haiwan untuk ibadah korban adalah haiwan itu mestilah jinak/ternakan yang berkaki empat dan halal dimakan (lembu, kambing, kerbau, kibas, unta). Hikmah ibadah korban ini adalah selain memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, ianya juga bertujuan melahirkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan menanamkan rasa prihatin oleh golongan yang berkemampuan dan yang kurang berkemampuan.
Begitulah serba sedikit apa yang perlu kita tahu sempena Hari Raya 'Aidiladha. Kadangkala apabila mengimbas kembali kenangan sewaktu aku di alam persekolahan, memang indah dan meriah rasanya sambutan 'Aidiladha bersama seluruh warga sekolahku. Ustaz-ustaz akan menyembelih lembu dan kami menyaksikannya di kawasan luar sekolah. Seterusnya, tugas-tugas memotong dan mencuci daging serta memasak juga kami lakukan bersama. Alangkah seronoknya jika aku dapat melaluinya lagi. Really miss my school life~
Gambar hiasan semata-mata. Nak tangkap gambar lembu kat padang depan rumah tu, gerun juga sebabnya lembu-lembu tu tengah emo, ho3~
No comments:
Post a Comment