28 Oct, BK B - Sang tebuan terbang dengan riangnya menikmati pemandangan sambil menghirup udara pagi yang segar. Sesekali, hinggap sebentar pada lampu kalimantang. Mungkin cahaya lampu kalimantang tersebut begitu menarik perhatiannya. Aksinya yang lincah terbang ke sana sini menarik perhatian aku, rakan-rakan dan pensyarah kami. Mana tidaknya, bunyi sang tebuan yang berdengung itu bergema di dalam gegendang telinga kami. Bukan itu saja, malahan sengatnya di hujung ekor juga dikhuatiri ramai. Keadaan kelas terganggu seketika, mata masing-masing tidak lepas memandang sang tebuan. Bagaikan dipanggil-panggil, sang tebuan mencari tempat baru untuk bertandang. Sekelip mata sahaja, sang tebuan telah sampai di bawah meja dan di atas beg rakanku. Suasana agak kurang tenteram, sekejap ''Aaahh" kemudian sekejap lagi pun "Aaahh". Dalam kekalutan itu, sang tebuan tiba-tiba terlanggar bilahan kipas yang sedang berputar ligat. Namun, sang tebuan meneruskan terbangannya tetapi agak tidak stabil. Dengan tidak semena-mena, rakanku, ika mokri, memegang dahinya di bahagian tepi. Aku ialah salah seorang saksi kepada insiden perlanggaran sang tebuan dan cik ika. Bagaikan tidak bersyukur akibat mendarat di tempat tidak keras, sang tebuan melepaskan sengatnya. "Aduh", ujar rakanku itu. Kemudian pensyarah kami pun memberi kebenaran kepada rakanku juga, cik fatimah untuk menghantar cik ika ke klinik berdekatan. Cik ika telah diberi 2 suntikan untuk melawan bisa sang tebuan itu. Begitulah alkisahnya, 'Sang Tebuan dan Cik Ika'
* BK B - nama kelas (instrumentasi dan kaedah analisis makanan)
Inilah tebuah yang comel dan cilik tetapi licik dan sengatnya jangan dilupa kerana sekali disengat, amat berbisa...
No comments:
Post a Comment