artikel menarik

Friday, October 14, 2011

from the bottom of my heart



Hi everybody!! this is my 2nd or 3rd entry in English if I'm not mistaken. First of all before I'm going to continue my writing, I'm not good enough in English and may be you can correct me if I'm wrong (grammar etc.). Hope that you can understand my English, ho3.. 

My roommate is packing her camping bag while i'm just lazying myself on my bed. My class for today started early in the morning, 8 am and the class only ended at 10.30 pm. So, this is the right time for letting my body a long rest, he3... So, i start thinking about my friends and him.Him is can also known as Mr. X, Y or Z. Dunno why suddenly my mind thought bout him. 


He is such innocent boy, sometimes become blur person and sometime become hyperactive (keep teasing other people) or do something nonsense. Since I got a laptop and the wireless spot is nearby, i will always sign in to my yahoo messenger. His name will appears every time i sign in. Then, after a few seconds, he will buzz me, I buzz him back and we chat until 1 or 2 am. At the same time, we are writing lab reports or doing assignments or any other work that all students done. So, we can have online discussion (15 %), another 75 % is we just talk nonsense or arguing (not really arguing). 

Nowadays, when i eat pizza or sundae, i will remember him, the person whom always pay for it, he3... He is also easy-going person, can be friends with all peoples but sure he had some peoples that he feels uneasy while with them. He scolded me once, but it's only a misunderstanding about the person he feels uneasy. But now, we are really far from each other, separated by sea and land. No more YM, eating pizza and sundae, play bowling or doing  group discussion together. My 3 years time that I had spent with him is over now. We are buzy with our own assignments, tests and lecture.

My story might end here forever until there is another new story about us. (^^,)Y

This special song is dedicated for him (nakashima mika-yuki no hana) 


*This entry is in english because I don't want to be called as 'jiwang' if this entry is in malay, so i'm using english. I dunno how to express my feeling in words. Besides, its already midnight so the ideas are not really comes out with this tired body. Sorry for my bad english. Oyasumi nasai minasan!!!

Thursday, September 29, 2011

kalau binatang ada facebook


Hari ni, semua orang ada facebook. Jarang la kalau kita tanya orang, then dia cakap dia tak da akaun facebook. Pada yang muda-mudi la, yang sebaya dengan mak ayah kita memang normal la jugak kalau tak da facebook. Cuba kita bayangkan kalau la binatang pun ada facebook, apa agaknya status yang akan ditulis oleh binatang-binatang ni kan? Jom tengok kat bawah ni. May be macam kat bawah tu la kot statusnya. Profile picture pun ada sekali... Hahaha...


CICAK
Tolongggg !!! Ada tak sapa-sapa yang boleh tolong isteri aku. Ekor dia tersepit celah pintu, nak putus dah, parah sangat. Tolong respond kalau pada sapa-sapa yang boleh membantu, urgent!! 


KUCING BETINA
Anak i yang ke-5 tetiba ja tanya sapa bapak dia. Serba salah i dibuatnya. Actually, i pun bingung sapa bapak dia. Hu3...


AYAM
Kawan-kawan... Kalau esok gua dah tak update, maksudnya gua dah kena goreng. Gua sayang korang semua. Jangan lupa buat kenduri arwah untuk gua ok... Sob5~


NYAMUK
Siot... Sekali drug addict aku sedut. Adoyai, aku positif HIV AIDS... Uwaaaa


KUCING JANTAN
Baru ja add awek sebelah rumah. Keturunan Parsi beb!!! Ngeh3...


B**I
Aku bengang betul la. Dia pijak taik kucing tapi nama aku yang disebut. Woi, lain kali siasat la dulu sapa berak depan rumah kau. Tension betul !!

MORAL :  Ingatlah binatang pun ada perasaan jugak
MOTIF : Tiada sebarang motif, suka-suki ja, he3...

Monday, September 19, 2011

1st doodle yang aku terima


Hari tu time bulan pusa aku ada join contest by miss snow sakura. Contest untuk bercerita serba sedikit pasal memori Ramadhan time kita kecik-kecik dulu. Aku pun join sementara nak tunggu waktu berbuka, he3... Sekarang ni raya pun dah hari yang belas-belas dah. Punya la tak berkesempatan aku nak meng online kan diri, sampai tak sedar cerita memori Ramadhan aku terpilih. Tak sangka pulak cerita aku terpilih, Alhamdulillah. So, miss snow sakura ada kasi doodle sebagai hadiah. Comel, i like!! Ni haa doodle nya kat bawah


Thankz ya miss snow sakura (^^,)

Kalau korang nak baca memori Ramadhan aku, korang boleh klik SINI

Sunday, September 18, 2011

kisah permulaan di usm



Alhamdulillah, berjaya jugak aku lalui minggu orientasi kat usm. Segala macam ceramah dan taklimat aku dah dengar. Berikrar pun sudah, so secara rasminya aku dah jadi pelajar usm yang sah. Kat bawah ni ada la beberapa gambar time minggu orientasi hari tu. Tak sempat nak update awal-awal sebab keluar bilik 7 ++ am, balik bilik yang betul-betul 12 ++ am. So, ak nak kongsikan sikit beberapa gambar time minggu orientasi hari tu. Ada sikit ja.

Ni gambar masa nak tunggu vvip datang untuk hari angkat ikrar tu. Dewan yang baru siap di renovate, masih berbau cat, ho3...

Petang betul lepas Asar, ada walkrobik..Sempena merdeka, sambil berjalan sambil bersorak menggunakan sorakan dari desa masing-masing.

Setelah berjaya menanam pokok durian di padang desa aku. Group lain ada yang tanam pokok belimbing dan ciku. Demi udara yang segar dan suasana yang saujana mata memandang, pokok pun ditanam. Semoga pokok ni membesar seperti mana kami membesar di usm.

 Minggu pertama kuliah pun aku dah lalui. Biasalah, awal-awal ni, waktu untuk meng explore segala bangunan yang ada. Esok lusa, minggu kedua kuliah pulak. Tapi, buku pun ada yang dah sold out, hu3... Esok, isnin, memang hari yang sangat padat, selasa yang paling free gila. Dalam sibuk mengenal usm dengan lebih dekat, aku pun agak sibuk dengan latihan untuk malam apresiasi merdeka. Malam untuk menunjukkan bakat pelajar baru dengan tema kemerdekaan dan semangat 1 Malaysia. Persembahan desa aku tak dapat anugerah yang terbaik tapi khabar angin mengatakan kalau ada hadiah no 1, 2 and 3, kitorang no 2. Tapi apa-apa pun, aku enjoy. Yang paling puas hati, penonton happy tengok persembahan dari desa aku, desa aman damai. (^^,)Y 

Ni time rehearsal pagi before persembahan malam tu.

Tuesday, August 30, 2011

salam aidilfitri dan salam kemerdekaan


Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. Berlalunya Ramadhan, Syawal berkunjung tiba. Adakah tahun depan dapat lagi kita bertemu di bulan Ramadhan? Semoga Ramadhan kali ini kita telah lakukan dengan sebaiknya. Kesempatan yang ada untuk aku menaip ni, nak mintak maaf kalau ada ayat-ayat dalam penulisan aku di blog ni yang mengguriskan hati mana-mana pihak. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin


Selepas raya, hari kemerdekaan pula menyusul. Adakah kita sudah bebas dari jajahan? Mungkin secara kasar, ya tetapi minda kita bagaimana? Hargailah perjuangan pejuang tanah air kita. Sambutlah kemerdekaan yang ke-54 tahun ini dengan penuh kesyukuran dan mengukuhkan minda kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat demi masa depan negara.

Salam Kemerdekaan yang ke-54


*Sibuk membuat persiapan hari raya dan persiapan sebelum bergelar pelajar semula...

Monday, August 22, 2011

misi berbuka : carrot susu


Pada suatu hari yang tenang, cuaca yang nyaman dan masa yang tidak menggesa-gesa, aku berjaya menjejakkan kaki di sebuah pasaraya. Pasaraya tesco. Ketika aku sedang berjalan masuk ke tesco, seorang pekerja sedang menyorong himpunan troli. Lalu, aku mengambil sebuah troli untuk dibawa masuk ke tesco. 

Aku memandu troli dengan cermat untuk kebaikan bersama bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingi berlaku. Aku tolak troli ke kanan ke kiri untuk mencari 2 barang yang menjadi agenda utama aku ke tesco.  Orang ramai yang berpusu-pusu di kaunter bayaran dan di serata tesco menyukarkan pergerakan aku.

Akhirnya, aku sampai ke lokasi barang basah. Lalu sebungkus lobak merah yang agak segar pada amatanku dimasukkan di dalam troli. Tinggal lagi 1 barang yang belum aku temui. Kali ini, destinasi aku adalah di bahagian makanan dalam tin. Selangkah, dua tiga langkah dan seterusnya, berjaya juga aku mendapatkan setin susu pekat.

Kedua-dua barang telah  dibayar dan aku pulang ke rumah. Dengan menggunakan mesin pengisar, 1 gelas besar dan sudu, tak lupa juga sedikit arus elektrik, air carrot susu aku berjaya dihasilkan. Yay!! Air carrot susu ni akan dirasmikan pada waktu maghrib nanti~ 


Ni cawan kecik ja, lebihan dari gelas besar tu, heu3... Selamat berbuka~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...