Lepas baca artikel ni, Are You Guilty Of Keeping Any Of These 10 Things That Have Probably Expired? Apa kata kita pergi check
barang-barang dalam rumah?
Ni hasil siasatan samada ada tak barang yang dah
expired dalam rumah:
Telur ayam: Ada 4 biji
Rumah aku memang tak pernah beli telur ayam lebih dari 10
biji apatah lagi nak beli telur ayam yang sepapan.
Berus gigi: Dah pakai 3 bulan
Berus gigi aku selalu tukar 2 kali setahun. Tapi dulu-dulu
memang tunggu bulu berus tu bercabang habis baru nak tukar.
Bantal : Setahun dah kot
Selagi bantal kepala aku belum kempis akibat kehabisan kekabu,
sedap ja tidur, selagi tu la aku pakai. Atau pun setelah mak aku beli bantal
baru dan suruh tukar. Itu bantal kepala, kalau bantal busuk mesti ramai yang dah super duper expired ni, hehe...
Jala mandi: Tiada
Masa duduk hostel dulu ada pakai. Sekarang tak guna dah.
Mujur tangan masih elastik untuk meratakan sabun ke seluruh badan.
Span basuh pinggan : Tiada
Sebab rumah aku pakai jala, haha…
Mata ganjaran kad kredit: Tiada
Pun sebab aku tak ada kad kredit. Tapi kalau aku dapat kupon
atau baucer apa-apa, aku memang selalu alert bila due date. Nak jimat kan~
Kasut sukan: Belum lagi kot
Aku rasa tak cukup mileage lagi untuk tukar. Entah la, tak
sure. Tapi dah pakai setahun lebih. Selagi elok di mata dan selagi kasut aku
belum bermulut buaya, aku pakai bila memerlukan keselesaan dan untuk tempat
serta aktiviti yang sesuai.
Pencukur: Tiada
Baru ja buang. Rasanya tak ramai kot sedar yang pencukur tu
sebenarnya pakai buang. Mungkin.
Racun serangga: Belum expired
Tapi aku tak pernah nak ambil kisah pun bila manufacturing
date racun serangga ni. Kalau makanan, memang aku check habis.
Mekap (mata): Tiada
Sebab aku tak pernah memilikinya, haha…
Tapi normal la kan, selagi masih ada dan nampak elok sesuatu
barang tu, mesti kita guna lagi sampai habis atau rosak. Nak buang? Rugi kot.
Pemikiran normal masyarakat kita, termasuklah aku. Tapi kalau melibatkan
bakteria dan boleh membawa keburukan, boleh la kita berubah dari sekarang.
6 comments:
betul2...rasa rugi kot kalau nk buang brg yg kita rasa masih boleh pakai. Kalau bantal tu, yg lagi lama lg best..hehe...
heehe rasanya semua benda dalam rumah dah expired hahahah
Yg lg lama lg bes tu mesti bantal busuk an.. keke
Haha.. blh stat gotong-royong bersama family ^^
saya gelak baca part jala tu hahahaha. thanks singgah blog saya ^^
Hehehe... thx jugak dtg singgah sini komen siap komen :)
Post a Comment