artikel menarik

Friday, October 16, 2015

tips mudah membayar PTPTN

Salam MaalHijrah 1437H. Tahun baru, kita buka lembaran buku baru. Maka apa perkara baru yang kita ingin lakukan atau selesaikan? Segera bebas dari hutang? Ya. Kadang kala hutang tidak dapat dielakkan dalam keadaan tertentu. Contohnya, membuat pinjaman PTPTN untuk menyambung pelajaran. Hutang merupakan suatu perkara yang rata-rata kita merasakan begitu berat untuk dilangsaikan. Sungguhpun begitu, tuntutan untuk melangsaikan hutang adalah wajib.


Jadi, ingin dikongsikan di sini adalah beberapa tips mudah untuk kita melunaskan hutang dengan berlapang dada. Pertama sekali apabila menerima gaji, bayar hutang terlebih dahulu. Jangan jadikan baki wang anda sebagai congakan jumlah bayaran hutang. Contohnya, jika baki wang sedikit maka jumlah bayaran hutang juga sedikit dan sebaliknya. Ia bertujuan mengelakkan anda berasa terbeban dengan bayaran hutang. Sudahlah wang semakin berkurangan, nak membayar hutang pulak?

Kemudian, bayarlah hutang secara konsisten dan tetapkan satu tempoh untuk menyelesaikan hutang. 5 tahun? 10 tahun? Terpulang pada kemampuan masing-masing. Tapi, lagi cepat bebas dari hutang, lagi baik bukan? Anda boleh menggunakan Kalkulator Ujrah sebagai garis panduan untuk mengira kadar bayaran bagi jangka masa yang anda tetapkan untuk menyelesaikan hutang.

Tetapi bagaimana sekiranya anda telah tamat belajar namun masih belum mendapat pekerjaan? Bayarlah walaupun sedikit. Itu adalah lebih baik daripada jumlah hutang meningkat akibat penangguhan. Jadi kepada peminjam PTPTN yang masih belajar, berusahalah untuk menyimpan wang yang anda dapat pada setiap semester. Elakkan daripada boros atau membeli barang yang bukan menjadi keperluan tetapi kemahuan. Wang tersebut bukan saja boleh digunakan semasa anda berada dalam tempoh menganggur malah boleh digunakan untuk membayar hutang.

Walaubagaimanapun sekira anda masih sesak nafas setiap kali membayar hutang, maka segeralah berjumpa doktor. Hehehe…

Tips bonus;
Elakkan diri dari boros
Pakai cermin mata hitam semasa berada di shopping complex supaya barang yang dilihat kelihatan kurang menarik dan jangan bawa dompet. Inilah yang dikatakan window shopping, tengok sikit-sikit macam tu ja. Bukannya pergi masuk tiap-tiap kedai, survey harga kemudian laju ja kaki melangkah beratur di mesin ATM.  Oops! Itu explorace. Kekeke~

Suka atau tak, kena bayar jugak. Jom kita berhuhuhu sama-sama.

*Saja ubah gaya bahasa, ala-ala artikel yang serius. Hohoho

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...