Kopi. Membuatkan aku teringat kisah Nujum Pak Belalang, minum kopi arang. Aku mula betul-betul minum kopi sejak 6 7 tahun lepas. Sebelum tu, minum kalau orang hidangkan masa pergi rumah diorang. Tak baik la kan nak menolak sebab aku boleh ja minum kopi, tak ada pulak rasa nak pening. Cumanya aku belum gemar lagi masa tu.
''Raspberry crepe cake & Chocolate chip mocha ice blended''
Keluar lepak sambil borak-borak hari tu...
Belakangan ni, aku lebih suka mocha. Ada rasa kopi, ada rasa coklat. Gabungan kedua-dua bahan tu memang umph, boleh terangkat. Tapi aku belum cuba lagi nak buat mocha homemade. Selalu minum mocha Wonda. Aku lebih suka Wonda sebab dia ada clean aftertaste berbanding dengan Nescafe. By the way, aku bukan nak review or promote brand kopi.
Mungkin lepas ni, boleh la try resepi kopi yang baru. Cuba tambahkan bahan-bahan lain yang boleh improve rasa sedap kopi. Masakan pun dah fusion sana-sini sekarang, apatah lagi minuman. Korang boleh try ikut resepi kat dalam artikel ni, 6 Bahan Tambahan untuk Rasa Kopi yang Best. Aku pun nak try nanti bila balik rumah, nak pergi beli serbuk kopi, hehe~
No comments:
Post a Comment