artikel menarik

Tuesday, June 14, 2011

kejayaan anak melayu : dr afifi al-akiti


Aku tumpang bangga atas pencapaian Dr.Afifi Al-Akiti. Anak melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di University of Oxford. Sebelum ni, tak tau pun pencapaian beliau. Tapi sejak masuk buletin 1.30 tv3, baru la aku tau. Beliau juga menguasai 7 bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris, arab, perancis, jerman serta bahasa klasik barat iaitu bahasa latin dan yunani. Wow, memang hebat. Untuk makluman lebih lanjut, tengok video kat bawah ni dulu.


Tu la sapa cakap melayu tak boleh? Lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam. Sebenarnya kita semua boleh, cuma antara nak atau tak, antara usaha atau tak ja. Kita kena yakin pada diri, jangan mengharapkan kejayaan orang lain ja. Sampaikan ada orang cakap macam ni, "Ala, dia tu pandai, boleh la" , "Mak bapak dia doktor, dia pun pandai jugak la". Mungkin kita terlalu merendah-rendahkan diri kita. Reaksi kita akan bertindak macam mana yang kita fikir. Tapi kalau yakin saja tanpa usaha tak jadi jugak. Kalau kita gagal sekali, tak bermaksud kita ni seorang yang gagal selama-lamanya. Kalau aku cakap macam ni, sesetengah orang mungkin akan kata, "Ayat lapuk la tu. Cakap senang la, cuba buat tengok " Mungkin dulu ada hikmah kenapa aku tak cemerlang spm. Tapi bila time diploma, Alhamdulillah keputusan aku semakin baik. Itu pun sebab aku bertekad, aku nak buat yang terbaik. Katakan la kalau dari pmr, spm aku asyik cemerlang ja, aku tak kan tau mcam mana nak berjaya. Sekarang ni aku dah tau, kadang-kadang gagal adalah kunci kepada kejayaan. Ni yang buat aku bersemangat nak sambung degree ni. Sorry, kalau terover, he3...

"Tanpa pengorbanan, kita tak kan berada di mana kita mahu berada"
Dr. Afifi Al-Akiti

4 comments:

syaz said...

wah hebat la dia kan =)

Unknown said...

insyaALLAH , tcapai la t cita2 tu
tp kne usaha la ckit ya ;D

Unknown said...

syaz: mmg hebat,bleh jd teladan~ :)

faraa: Amin..tima kasih ats skongan tu.. :)

megat isa said...

aku pon tak tau ni. baru tau ni. hebat hebat..

"Tanpa pengorbanan, kita tak kan berada di mana kita mahu berada"
Dr. Afifi Al-Akiti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...