"jangan dituruti reaksi emosi lantaran implikasi tidak serasi dengan apa yang diimaginasi"
artikel menarik
Sunday, September 12, 2010
tragedi 11 september 2001
Hari ni kita dah menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke-2. Genap pada tarikh 11 September 2010 ni, maka genaplah juga usia 9 tahun yang berlaku pada tarikh yang sama pada tahun 2001 selepas 1 tragedi yang menggemparkan seluruh isi dunia iaitu tragedi menara berkembar di New York yang dilanggar oleh pesawat. Selepas peristiwa tersebut, Islam telah dikambinghitamkan. Siapa perancang atau dalang yang sebenar?
Sebuah suaramedia telah menemui beberapa penemuan terbaru mengenai peristiwa ini yang cukup mengejutkan. Agen Zionis Israel dilaporkan terlibat dalam aksi serangan dua menara kembar di New York itu. Menurut artikel mingguan yang dicetak American Free Press, Ziad Al Jarrah, salah seorang pelaku pelanggaran pesawat ke menara kembar World Trade Center itu, merupakan orang yang bekerja untuk agen Zionis Israel, Mossad.
Sebelum itu juga, New York Times juga melaporkan saudara Ziad, Ali Al Jarrah merupakan warganegara Lebanon yang diduga sudah bekerja sejak 20 tahun belakangan sebagai mata-mata Israel. Ali dilaporkan mengintip gerakan Palestin dan kelompok Hezbullah Lebanon sejak 1983. “Ini bukan anggota keluarga (Ziad) pertama. Salah satu dari sepupu Jarrah, merupakan salah seorang daripada 19 pelaku pelanggaran pada tragedi 11 September,” tulis Times.
Hubungan erat antara Ali dengan salah seorang pelaku utamamemunculkan spekulasi bahawa Israel sengaja merekrut orang-orang muslim Arab. " Seluruh Amerika dan Eropah mengetahui bahawa tragedi 11 September direncanakan oleh CIA dan Mossad dan menuduh bangsa Arab dan mempengaruhi kekuatan Barat untuk terlibat dalam penindasan di Iraq dan Afghanistan, " kata Cossiga melalui media Corriere della Sera.
Alasan Cossiga salah satunya berdasarkan laporan bahawa pekerja perusahaan telekomunikasi Israel, Odigo, diminta meninggalkan tempat kerja mereka yang berjarak 2 blok dari WTC 2 jam sebelum pelanggaran tersebut berlaku. Pada dolar Amerika juga terdapat beberapa misteri, perhatikan gambar di bawah :
Dan ini juga salah satu misteri, cuba buat dan lihat.
1) Buka Microsoft Word
2) Taipkan Q33 NY dalam huruf besar
3) Tukarkan saiz font kepada saiz 48
4) Highlightkan Q33 NY kemudian tukar kepada font Wingdings
Apa yang anda nampak??
Q33 NY
* Q33 NY ialah nombor pesawat yang melanggar WTC pada tragedi 11 September 2001.
Sesungguhnya tulisan ini sudah lama wujud sebelum tragedi 11 September lagi tanpa sesiapa menjangkakannya. Kelihatan gambar sebuah kapal terbang melanggar WTC dan juga terdapat lambang tengkorak dan lambang Yahudi…
Adakah suratan atau kebetulan? Mungkinkah orang Yahudi yang mencipta system Microsoft ini sudah mengetahuinya dari awal? Atau adakah tragedi tersebut adalah angkara dan konspirasi Yahudi sebagai rancangan untuk menyerang ISLAM ??
Ini pula ialah rakaman dari CNN mengenai isu mewujudkan satu hari bagi memperingati tragedi ini dengan membakar Al-Quran secara besar-besaran. Cadangan ini dikemukakan oleh seorang paderi, Terry Jones. Tindakan mereka ini wajib dikecam dan marilah kita sama-sama berdoa agar mereka tidak melakukan perbuatan ini. Sebab utama mereka berani adalah kerana negara-negara Islam tidak bersatu malah di dalam negara kita sendiri juga agak goyah.
Ayuh, marilah kita sama-sama menyebarkan serba sedikit maklumat yang kita ketahui bagi masyarakat di luar sana. Semoga kita beroleh pahala yang besar, jihad di alam maya jika berdaya dan sehabis-habis daya adalah dengan berdoa.
No comments:
Post a Comment