* Siapa anda sekarang adalah ditentukan oleh sikap anda pada masa lampau dan anda pada masa akan datang ditentukan oleh sikap anda sekarang. * Anda adalah apa yang anda fikirkan. Oleh itu, apa yang anda harus fikirkan ialah anda boleh lakukan. * Orang buta selalu ingin celik tetapi orang celik selalu ingin membuta. * Berani bukanlah bermakna tiada ketakutan tetapi orang berani itu sebenarnya adalah penakluk ketakutan. * Manusia tidak pernah merancang untuk gagal tetapi manusia selalunya gagal untuk merancang. * Manusia tidak pernah terhalang oleh gunung yang tinggi tetapi manusia selalu terhalang oleh batu-batu yang kecil. * Risiko bukan penghalang kejayaan tetapi risiko hanyalah mainan kehidupan.
* Yang penting bukan saat kita gagal tetapi saat kita bangun semula dari kegagalan dan meneruskan langkah dalam perjuangan.
* Kegagalan adalah penawar yang paling pahit tetapi amat mujarab pada kejayaan.
* Kejayaan bukan satu matlamat tetapi kejayaan adalah suatu perjalanan.
* Lekuknya sebongkah batu bukan kerana tajamnya air yang menitik tetapi kerana kerapnya air yang menitik.
* Tiada guna matlamat jika tiada perancangan dan tiada guna perancangan jika tiada pelaksanaan.
No comments:
Post a Comment