artikel menarik

Thursday, September 9, 2010

petua bersama

Berikut adalah antara beberapa petua yang perlu diamal dan dielakkan demi menjaga kesihatan anggota badan diri kita sendiri antaranya ialah kesihatan akal, badan, mata dan selain itu kesihatan rohani (jiwa) perlu dijaga. Rohani menggambarkan jasmani yakni dalaman menggambarkan luaran. Bak kata pepatah Arab, ' al-aqlussalim fi jismisssalim' ertinya : akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Jadi, perlu bagi kita menjaga diri supaya kita dapat mengelakkan perkara yang merosakkan diri dan mengamalkan perkara yang memberi manfaat pada diri.
ROSAKNYA BADAN
  • akibat perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan dengan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
  • perkara yang boleh menerangkan penglihatan dan meyejukkan hati iaitu banyak melihat warna hijau (pokok-pokok), melihat air yang mengalir dan melihat barang/orang yang disayangi
MENGGELAPKAN PENGLIHATAN
  • perkara yang boleh menggelapkan pandangan ialah berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah yang masam dan banyak menangis
WAJAH BERSINAR
  • menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa
HILANG SINAR PADA WAJAH
  • antaranya ialah banyak berbohong, tidak mempunyai perasaan malu dan banyak bertanya tanpa ilmu
PERASAAN BENCI
  • akibat perasaan sombong, dengki, selalu berbohonh dan suka mengadu domba
MENDATANGKAN REZEKI
  • antaranya ialah qiyamullail (beribadah pada 1/3 malam selepas tidur), banyak berzikir, banyak beristighfar (pada waktu sahur, sebelum masuk waktu Subuh) dan bersedekah
MENYEKAT REZEKI
  • perkara yang menyebabkan rezeki tersekat ialah kerap tidur pada waktu pagi (bangun lewat), culas melakukan solat, malas dan juga perasaan khianat
LEMAH KEFAHAMAN DAN INGATAN
  • sebabnya ialah sentiasa makan makanan yang masam, kerap bersedih dan rungsing
MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN INGATAN
  • caranya ialah dengan hati yang gembira, makan atau minum dalam jumlah yang sedikit dan mengurangkan makanan manis dan berlemak
Renung-renungkan... (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...