Kekeliruan Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock
Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat lagi sebuah kubah berwarna hijau yang agak samar-samar. Percayalah kubah yang berwarna hijau itulah sebenarnya Masjid Al-Aqsa.
Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak yahudi telah mengambil kesempatan mengelirukan umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjid Al-Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan rancangan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjid Al-Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan Masjid Al-Aqsa dengan Dome of The Rock. Namun begitu, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Agenda Israel Menghapuskan Masjid Al-Aqsa
Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang oleh Dr.Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan rancangan zionis tentang Masjid Al-Aqsa. Jangan biarkan rancangan mereka itu berjaya.
Terjemahan surat Dr.Marwan :
Terdapat beberapa keliruan antara Masjid Al-Aqsa dengan Dome of The Rock. Apabila disebut sahaja tentang Masjid Al-Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah untuk mengabaikan orang ramai di mana ianya adalah rancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, di mana saya telah dimaklumkan bahawa zionis Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualnya kepada orang Arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan ada juga yang diberi percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya di mana-mana sahaja. Tidak kira di rumah atau pun di pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dan ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkan nya dan dapat membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau pun merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar Dome of The Rock yang masih utuh berdiri dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak dan licik! Saya juga amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa orang Arab, Muslim bahkan orang Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara dua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana kini Israel telah berjaya dalam rancangan mereka.
Dr.Marwan Saeed Salleh Abu Al-Rub,
University of Dubai.
No comments:
Post a Comment