Alhamdulillah, hampir tepat jam 6 pagi tadi aku pun selamat sampai kat rumah...setelah 2 bulan lebih di semenanjung pantai timur, akhirnya sampai gak di pulau ni (pulau pinang,he3)...semalam bas aku bertolak pukul 9.10 minit malam...aku balik bertiga dengan nia dan wani...tapi mungkin disebabkan cuti hari raya, walaupun syarikat bas yang sama kitorang naik bas yang berlainan...diorang nak turun butterworth, aku turun sungai nibong...walaupun kami tak dapat balik sama2, tengok2 dalam bas aku terjumpa 2 orang schoolmates (AIGS) aku dulu, farah and anis...memang x sangka dapt jumpa diorang, dah lama tak jumpa, ho3...makanan untuk sahur aku dah beli siap2 kat bazar before naik bus...ayam goreng and murtabak,he3...memang rasa tak sabar nak balik, almaklumla untuk berbuka di rumah...kiranya hari ni 1st time buka puasa kat rumah...dalam perjalanan, driver bas tu pun buka lagu raya pas and lagu macam2 lagi...nak hilang ngantuk kot...aku duduk kat single seat sambil menghayati cahaya lampu neon and pemandangan waktu malam...sambil2 tu gak, teringat siangnya aku mengemas bilik...basuh cadar, basuh kasut, lipat baju, sidai baju, kemas meja study, kemaskini nota...rasa semangat semacam nak balik, tu yang buat macam2 kerja tu,ho3...kamsis memang dah sunyi gila sebab ramai yang dah balik hari khamis, yang balik minggu lepas pun ada...tapi aku ada kelas, plus tiket hari khamis dah sold out...cuaca semalam elok ja...tapi mula hujan bila nak sampai kat juru...dah sampi umah pun still hujan tak berhenti lagi...agaknya 1 penang kot hujan...akhirnya, pagi tadi mak and ayah aku datang jemput kat terminal sungai nibong untuk balik ke balik pulau...risau gak nak lalu kat bukit tu, sebab hujan takut ada batu2 or tanah2 jatuh ke...mujur tak ada apa yang berlaku...setelah ayah aku pandu kereta dengan berhati-hati, kami pun sampai la kat rumah !!! seronok gak belajar di negeri orang, tambah2 time nak balik kampung...
saja nak cerita pasal rasa excited nak balik rumah (^_^)
No comments:
Post a Comment