artikel menarik

Tuesday, August 10, 2010

fadhilat terawih

Tinggal lagi 2 hari ja nak masuk bulan Ramadhan...tak sabar nak tunggu kemeriahan bulan posa kali ni sebab boleh buka posa sama2 dengan kawan2...lagi pun ni posa yang last bagi aku kat kuantan...tahun depan posa kat penang pulak kot...masuk ja bulan posa, mestilah ada solat terawih...posa kita di siang hari tentulah lebih sempurna jika pada malam harinya dilengkapi dengan solat terawih...
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) solat sunat terawih pada bulan Ramadhan : Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang menunaikan solat terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman) Malam 3 - Malaikat berseru di bawah Arasy supaya kita meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa. Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang solat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam 6 - Allah kurniakan pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat terawih pada malam ini. Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman. Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang solat terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam. Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 - Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia solat terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. Malam 16 - Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) Malam 19 - Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur. Malam 22 - Datang pada hari Qiamat rasa aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar). Malam 23 - Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur. Malam 24 - Allah S.W.T membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (lebih elok berdoa ketika sujud) Malam 25 - Allah S.W.T angkatkan daripada seksa kubur. Malam 26 - Allah S.W.T kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar. Malam 28 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat. Malam 29 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. Malam 30 - Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali. Lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."
Tapi kalau dah seminggu yang terakhir posa mesti surau tak pun masjid dah agak lengang..
sebabnya ramai yang ada kat umah dok buat kuih raya,ho3...so,tahun ni jom la sama2 kita meramaikan dan menambahkan lagi saf kat surau/masjid....selamat beramal !!!
Selamat Menyambut Puasa Ramadhan & Berterawih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...