artikel menarik

Sunday, August 29, 2010

iklan merdeka~

Tinggal lagi 3 hari ja sebelum negara kita menyambut hari merdeka yang ke-53 sejak tahun 1957...banyak perkara yang telah nenek moyang kita korbankan pada hari lalu demi hari ini...tidakkah kita sedar bahawa pengorbanan mereka itu tidak berbaloi untuk disia-siakan begitu saja?? Jangan memperjudikan nasib negara dengan melupakan sejarah perjuangan negara kita kerana sejarah mungkin berulang.....

Iklan yang paling bermakna...

Ni iklan merdeka yang paling aku suka...very nice !!

another truth story...





Satu ketika dulu aku suka sangat dengar lagu english...corong-corong radio juga kerap memutarkan lagu-lagu hits dari barat...sejak kemunculan lady gaga,lagu-lagunya sahaja yang kerap bersiulan di bibir-bibir masyarakat kita...kat bibir aku pun...tapi sekarang ni rasa macam takut-takut pun ada gak nak dengar lagu english...mana la tau kot-kot ada maksud di sebaliknya yang kita x tau...lantaran itu,atas rasa tak nak dengar benda-benda yang kurang baik ni, aku pun delete lagu-lagu lady gaga,ho3...sebab dia yang paling berpengaruh sekali dalam bidang satanic dalam industri muzik...yang lain-lain pun ada gak tapi kurang menonjol...bukannya aku nak berlagak baik or alim,tapi kalau kita dah tau sesuatu tu tak bagus,buat apa nak ikut lagi kan?? lagi pun dia puja syaitan la wei...look at the videos below!!!




Saturday, August 28, 2010

the truth

Satu masa dulu seringkali masyarakat kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum / Akum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang marilah kita gunakan perkataan SALAM bagi manggantikan AKUM. Semoga ada manfaatnya.
1 lagi perkataan yang mengelirukan kita ialah BYE. Perkataan BYE merupakan jarum sulit orang kristian. Di dalam bahasa Arab bermaksud "fi hafzil baba" manakala dalam bahasa Malaysia bermaksud di bawah naungan pope(paderi). Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum. Ianya adalah lebih afdhal.

Sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman. Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya Barat...



graphology

Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu Graphology ertinya ilmu bidang tulisan TEKANAN i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit BENTUK TULISAN i. Tulisan yang bulat-bulat, semua huruf ditulis dengan bulat Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logik) KECONDONGAN i. Condong ke kanan Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah ii. Condong ke kiri Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang iii. Tegak Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah iv. Campur-campur Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur KERAPATAN i. Jarang-jarang Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros ii. Rapat-rapat Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut PADA HURUF J, G, Y, Z i. Ada ekor a) Besar, panjang dan sempurna Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan b) Kecil, pendek dan tak sempurna Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri PADA PALANG HURUF T (t) i. Tinggi Tahap aspirasi tinggi ii. Rendah Mudah berpuas hati, cita-cita rendah iii. Tengah-tengah Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr. Fadzilah Kamsah mengenai kebanyakan orang....

Thursday, August 26, 2010

fitnah dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
Rasululah s.a.w telahberkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda:
Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yangdibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahaimanusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagaiTuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelumkamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanyaitu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah diameminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surahAl-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?"
Orang Arab itu akan berkata:
"Tentu."
Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya:
"Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dibelah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
"Lihatlah apa yang akan ku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian dia akan bertanya:
"Siapa Tuhanmu?"
Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulannya orang beriman, menjawab:
"Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalahmusuh Allah."
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasukorang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
Kata Rasulullah s.a.w lagi:
Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya maka tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikianhujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggaldi Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedangmenangis. Melihat saya menangis beliau bertanya:
"Mengapa menangis?"
Saya menjawab:
"Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takutmendengarnya."
Rasulullah s.a.w berkata:
"Seandainya Dajjal datang padawaktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalaudia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal munculpada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yangterasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.
Ada yang bertanya:
"Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu. Menurut riwayat, Dajjal itu nanti akan berkata:
"Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?"
Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia:
"Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"
Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin."
Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh . Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A'lam.

Wednesday, August 25, 2010

bermuda triangle

Kisah bermuda triangle ni macam perkaitannya dengan kisah yang baru-baru ni gempar di facebook tentang siapa sebenarnya si lady gaga tu. Dia tu kan pemuja syaitan (berkenaan illuminate and freemason) so, bermuda triangle kiranya di bawah 1 skop or label yang berkaitan tentang dajjal a.k.a DJ, syaitan dan yang seangkatan dengannya. 

* kalau belum tau dan nak tau kisah lady gaga tu, boleh la klik sini

Idea ni sampai selepas pembacaan aku di facebook, tapi kisah yang nak disampaikan di sini ialah tentang bermuda triangle,1 tempat yang banyak kita hanya mendengar tentangnya.

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri. Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. Apa yang ada di Bermuda Triangle? Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira 'hilang'. Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan yang serupa. Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan ok. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib !! Apa yang sebenarnya telah berlaku?? 

Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda, maksudnya :

"Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)."

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudahnya, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus iaitu panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.


Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara- perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ. Sebuah buku yang bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segi tiga Bermuda" oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir juga ada mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan bahawa Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan ini.

du-ga-an pu-a-sa

Belakangan ni setiap hari cam panas ja...terik dan pedih bila kena muka...tapi, kalau bulan tak puasa selalu ja minum air + ais walaupun tau yang ais tak elok untuk kesihatan...he3...tetiba pulak teringat iklan raya adibah noor ni... 'pelakon' tambahan dalam iklan ni ada 3...encik ais krim lemon, cik ais kacang and puan cokodok...best betul ais krim tu jadi besar...dah la ais krim favourite aku tu, lemon and kat dalam ada vanilla...1 lagi, ais kacang tu bertukar dari mangkuk kecil jadi besar, favourite aku gak ni...cokodok pun favourite aku gak (semua favourite aku,ngeh3)....almaklum la bulan puasa, semua yang sejuk2 aku suka,ho3...pendek kata memang best la iklan ni...suka3 !!!

Saturday, August 21, 2010

kenapa mereka bijak ??

Artikel di bawah ini adalah hasil kajian Dr. Stephen Carr Leon. Ianya adalah sebuah artikel yang berkisarkan kebijaksanaan orang yahudi. Bukannya tujuan artikel ini untuk menyanjung mereka tetapi untuk diambil sedikit maklumat berguna yang boleh dipraktikkan oleh kita,muslim. Walaupun artikel ini agak panjang, tapi bacalah sehingga habis...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu atau bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama (petua orang melayu kita puna ada mengatakan, jangan makan makanan darat bersama makanan laut). Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutamanya badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk serta lemah dan susah untuk memahami pelajaran. Di Israel, merokok adalah dilarang, apabila anda diundang makan di rumah yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak. Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri !!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code liver oil). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis yahudi, gegaran musik dapat stimulate (senaman untuk otak) maka terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini pelajar ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupu kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Tahun akhir di universiti, para penuntut dibidang ini dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta. Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala. Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala (ketika solat) ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah !! Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi, mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Sebenarnya artikel ini ada sedikit lagi sambungannya. Tetapi oleh kerana ia ada menyentuh isu kenegaraan (bukan malaysia), jadi cukuplah sampai disini saja. Yang utamanya, kita boleh mengambil input-input yang berguna di sini...

Friday, August 20, 2010

man vs woman


Hari ni dalam kelas softskill kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 yang sokong lelaki ni bagus dari perempuan and 1 lagi, bangkang. Walaupun aku ni perempuan tapi aku kena la berlakon seolah-olah aku ni lelaki sebab aku kena masuk group yang menyokong. Ni la yang memberi idea pada aku untuk post entri ni, hehehe... Sama-sama lah kita renung sejenak dan berfikir. 

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.  Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

  Demikian juga pada segi psikologi ,wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan.
Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar.Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Kalau diperhatikan pada wanita, dalam beg tangan mereka semua ada apabila keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan yang lebih besar daripada lelaki. Dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak,cermin mata hitam, buku, handphone dan macam-macam lagi. Kenapa? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan .Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu, handphone dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. Handphone memang dah kebiasaan untuk dibawa ke mana-mana. Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

  Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Ini adalah kerana segelintir lelaki lebih bersikap ambil mudah. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

  Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan ini yang mengakibatkan persengketaan. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebih sayang-menyayangi... 

Thursday, August 19, 2010

tulang 4 kerat~

Beberapa hari belakangan ni aku sampai x larat nak post entri baru...plus, dengan keja yang menimbun kat atas meja study aku...semuanya menanti untuk disiapkan,hu3...hari ni aku rasa adalah hari yang paling aku manfaatkan sisa-sisa kudrat aku dari 8 pagi sampai 5 petang...hari ni memang x da kelas teori, full amali...paginya smpi zohor sibuk dengan projek akhir...petangnya lak sibuk dengan 2 amali yang run serentak,hu3...nasib la pagi tadi aku bersahur...kalau tak, dehydration aku hari ni...habis semua alat radas x cukup...kelam kabut ja suasana dalam lab tadi...masing-masing punya muka semakin petang waktu, semakin lesu muka...almaklumla bulan puasa...kalau bulnn lain, pas habis ja amali terus balik singgah kafe...amek angin sikit sambil minum-minum...wah,bestnya....hujung minggu ni aku kena qadha balik rest time aku...semalam nak siapkan keja punya pasal, mata aku dah mogok besar-besaran...mata aku mengalami keradangan...berair ja x henti-henti,gatal-gatal pun ada and sedikit selesema, sob5...tp nasib la keja tu dapat disiapkan gak tengahari tadi...itu pun curi-curi time sambil buat projek sambil buat report aku yang tergendala tu...ni ja yang aku larat nak cerita...dah x terdaya tangan ini menaip setelah tulang 4 keratku dikerah sepenuhnya hari ni......

Monday, August 16, 2010

lagu Ramadhan

Dekat-dekat nak buka posa ni rasa cam best lak dengar lagu ni, he3...itu yang aku nak share 2...ni lagu tema cita dodo (entri aku yang lepas)....sapa-sapa yang nak nyanyi sekali pun boleh sebab lagu ni ada lirik,ho3....tapi kat hujung-hujung lagu ni dia macam sangkut sikit...sama-sama lah kita hayatinya....

Sunday, August 15, 2010

good food, good health ~

Ada dalam 1 ceramah pemakanan ni yang menyampaikan tentang cara pemakanan kita...Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan hari-hari, kita tak boleh main balun ja...nak makan apa, trus ngaap...no, no, no !!!
Tambahan pulak, dalam bulan puasa ni kan ada bazar, macam-macam makanan ada...jangan sebelum puasa tak da penyakit, lepas puasa pulak ada penyakit...
Kalau la perut tu boleh bercakap " ingat aku ni tong sampah ?! "
Sebab tu lah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit...kadangkala kesannya hanya nampak apabila kita dah tua nanti...
Sebarkan la ilmu 'nutrition & health' ni...ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita gak...Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan...Apa kata kita ikut diet ini, so tak payah la susah-susah makan pil untuk kurus...tak payah ikat perut sampai tak makan nasi...janji cara kita makan tu betul...
InsyaAllah kalau kita ikut diet Rasullullah ni, gerenti tak sakit perut atau pun keracunan makanan...diet ni bukan maksudnya tak makan macam yang ramai orang kat luar sana yang salah anggap tentang konsep diet...lau nak tau maksud diet sebenarnya, try la search kat kamus dewan bahasa & pustaka....mr google kan ada, mudah ja...
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU, contohnya KOKTEL
* Jangan MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, MAKAN BUAH DULU BARU MAKAN NASI
sebabnya, ia boleh memudahkan proses penghadaman..lagi 1, serat buah tadi 2 dah membantu kita rasa sedikit kenyang so, kurang la pengambilan nasi kita...
* TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI
* Jangan sesekali TINGGAL MAKAN MALAM
sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan tahap kolestrol dalam badan akan berganda...kononnya nak kurus, tapi lain pulak jadinya...
Ada la sebab-sebab tak boleh makan macam 2....Contohnya, kalau dah minum susu tak kan nak ambil makanan yang bercuka x pun yang masam-masam...Dah elok keadaan perut tu neutral, jadi kan acidic pulak, memang tak betul....
Nampak memang la pelik...tapi, kalau tak cuba tak tau kesannya...bukannya sekali dua amal, tapi kena la berterusan...ini untuk kebaikan jangka masa panjang terutamanya bila dah tua nanti.......
Haa, 1 lagi petua dari lecturer aku...kalau kena keracunan makanan tak pun sakit perut ke, minum ja susu ok..orang gastrik pun minum susu, sama la analogi tu.....

Saturday, August 14, 2010

adab puasa

Video ni mengisahkan Dodo yang berpuasa...tapi cara dia berpuasa,x mengikut adab puasa...so,sama la macam kita...dalam berpuasa 2,kena la jaga adab puasa untuk lebih keberkatan.....

Dipetik daripada animasi dari Indonesia untuk teladan bagi kita semua........

Friday, August 13, 2010

keja oh keja~

Minggu ni n minggu lepas lagi aku banyak penuhkan waktu malam aku dengan siapkan assigment and lab repot...mujur la minggu ni x da kuiz or test...lau x,adehh...lagi berat kepalo den..suma keja aku w/pun dah dibuat tapi macam x habis2 gak,tidur lewat lak 2...itu memang dah sampai tahap x tau nak cakap apa dah..... Bila masuk bulan posa, pas terawih terus balik bilik sambung wat keja,hu3...selalu memang ada banyak keja gak tapi x la sebanyak minggu ni..... Kelas lak memang office hour start 8am hbs 5pm...petang time lepas asar memang aku x wat keja..lagi pun orang tua-tua cakap x elok sangat wat keja or study time pas asar...dengan mind map nya lagi kena hantar,tapi itu ok ja coz salin ja nota tapi dalam bentuk mind map...keja punya la banyak sampai aku t'delay nak hantar mind map and repot (ter kah?? he3)...actually,sengaja + x sengaja...x kan nak hantar keja yang x siap lagi kan,no use la cam 2..... Yang membuatkan aku jadi lagi banyak ter sebab 2 minggu lepas ada lecturer2 yang p kursus,he3...paham-paham ja la,itu lah punca aku lewat hantar 2...tapi camna pun aku dah hantar suma keja before lecturer2 2 balik kursus..... Aku baru ja hantar lab repot tadi pagi..nasib la di awal pagi,risau gak kot2 kena sound pagi-pagi lagi..mak aihh,mmg repot aku kali ni kalah ketebalan assigment...boleh masuk slot hari ini dalam sejarah ni,ho3...sampaikan nak stapler pun kena guna extra energy...itulah lab repot aku hasil eksperimen 4 minggu..... Yang depan-depan tu mudah r,bila sampai discussion ja mulalah mata aku ni berat semacam...nak kata ada guni kat mata,xda..tapi memang macam ditarik-tarik kelopak mata aku ni...kadang-kadang tahan ngantuk nya pasal,sampai merapu aku tulis...mulalah 'and' jadi 'dan' n macam2 lagi words yang aku main tulis ja...mata pun antara nampak dan tidak...ramai la mata kawan-kawan aku yang ada eye bag..aku pun tergolong sama..... .. Lab repot microbial industry tadi, nasib aku boleh bangun awal pagi,pas sahur terus penuhkan lubang2 dalam repot aku 2..pagi ni la jugak print lampiran,mujur sempat and aku pun x terlambat ke kelas 1st pagi td..fat n oil technology..dah la baju pun x iron lagi,dah pukul 7 lebih baru siap iron n kalut dok cari notes aku... Skang ni just tinggal 1 ja lagi assigment yang nak kan 6 pages by handwriting...yang ni kena hantar esok,tp baru ada kesempatan nak menyiapkannya..tapi aku masih sempat post entri kat blog ni sebab aku tengah tunggu mood nak start menulis...ini yang menguji kecomelan huruf-huruf aku ni...kang nanti page depan bulat lagi huruf aku,dh masuk 2 3 page mula herot petot... aku just nk menulis semula sebab draf aku dah wat semalam ckit2.... Agaknya betol kot formula ni : STUDY + DYING = STUDYING X sabar nya nak tunggu hujung minggu..aku nak qado rehat aku,kui3...aku suka hujung minggu yang tenang !!!!

Tuesday, August 10, 2010

fadhilat terawih

Tinggal lagi 2 hari ja nak masuk bulan Ramadhan...tak sabar nak tunggu kemeriahan bulan posa kali ni sebab boleh buka posa sama2 dengan kawan2...lagi pun ni posa yang last bagi aku kat kuantan...tahun depan posa kat penang pulak kot...masuk ja bulan posa, mestilah ada solat terawih...posa kita di siang hari tentulah lebih sempurna jika pada malam harinya dilengkapi dengan solat terawih...
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) solat sunat terawih pada bulan Ramadhan : Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang menunaikan solat terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman) Malam 3 - Malaikat berseru di bawah Arasy supaya kita meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa. Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang solat di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam 6 - Allah kurniakan pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat terawih pada malam ini. Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman. Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang solat terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam. Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 - Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia solat terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. Malam 16 - Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) Malam 19 - Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur. Malam 22 - Datang pada hari Qiamat rasa aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar). Malam 23 - Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur. Malam 24 - Allah S.W.T membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (lebih elok berdoa ketika sujud) Malam 25 - Allah S.W.T angkatkan daripada seksa kubur. Malam 26 - Allah S.W.T kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar. Malam 28 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat. Malam 29 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. Malam 30 - Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali. Lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar."
Tapi kalau dah seminggu yang terakhir posa mesti surau tak pun masjid dah agak lengang..
sebabnya ramai yang ada kat umah dok buat kuih raya,ho3...so,tahun ni jom la sama2 kita meramaikan dan menambahkan lagi saf kat surau/masjid....selamat beramal !!!
Selamat Menyambut Puasa Ramadhan & Berterawih

Monday, August 9, 2010

unik di dapur















Here are some of the unique pictures..it's awesome...
just wanna share with all of you out there,he3...enjoy
watched it......















Sunday, August 8, 2010

sedap tapi sebaliknya

BAWANG GORENG SEGERA...ada apa denganmu??
Dengar ja bawang goreng dah tau mesti ada kat rumah kebanyakan orang...ada 1 hari dulu, seorang kawan telah melawat sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng dan dia kehairanan...kata kilang bawang goreng tapi apasal banyak sangat straw minuman (bisnes tambahan ka, buat straw pulak ??).....ada yang bewarna dan tidak bewarna,diasingkan...rupa-rupanya kilang tu bukan wat bisnes buat straw...apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama bawang yang tengah digoreng... tujuannya apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur dan menyaluti bawang tersebut...sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak lembik atau lemau...tapi kalau kita buat sendiri sekejap ja dah jadi lembik...almaklumla kalau makan kat luar ja,msti ada taburan bawang goreng atas makanan tak pun dalam sup..so,tak payah la makan lagi bawang goreng segera..kalau yang buat sendiri,layan ja.....ada sesetengah orang yang kalau nak makan ja,mesti kena letak bawang goreng...tapi nak ka kalau makan nasi goreng bersama hirisan straw?? kalau la tukang masak kat kedai makan buat macam ni,memang kita dah p sound direct kat dia....analoginya,lebih kurang macam tu la....
Maklumat ini tidak bertujuan memburuk-burukkan mana-mana pengeluar bawang goreng segera, hanya sebagai satu maklumat berguna untuk semua....

aishiteru eiji-kun !!



Ni adalah feveret anime aku, PRINCE OF TENNIS...anime ni bertemakan sukan tenis..sejak 1st time tgk kat ntv7, terus aku suka...


Ni pulak, aku nya favourite character, KIKUMARU EIJI..aku suka dy nya style rambut,merah lak 2...pas 2 lak,ada plaster kat pipi...he3


Nama : Kikumaru Eiji 
Tahun : 3-Seishun Gakuen (Seigaku) 
Tinggi (cm) : 171 
Jenis darah : A 
Tarikh lahir : 28 November (aku 29 November,ho3) 
Constellation hand : Kanan 
Kasut : Wilson (slash DT mid) 
Raket : Dunlop (kelabu)
Special skill : Acrobatic play 
Quotes : Hoi hoi, nya 
Subjek faveret : Sejarah Jepun 
Warna feveret : Merah 
Hobi : Melawat kedai haiwan

Eiji ni jadi famous sebab skill acrobatic play dia 2...dia pair dengan Oishi, kawan dari kecik lagi..diorang dikenali sebagai Beregu Emas Seigaku (pasangan regu pilihan pertama)...


Saturday, August 7, 2010

must watch movie,he3...

Today, my friends (effa, ari, sofea) and I hang out together and watched this movie...It is amazingly good movie...sad, emotional, easy to understand the plot..Lots of touching scenes... I like this,he3...I could talk about this movie all day long and I never could explain this perfection....

Friday, August 6, 2010

meon?? oh,tidakk!!!

Hari ni balik kls pukul 5, pas 2 terus singgah kafe..sbb hr ni kls x da,just ada test pg td so,baru nak mkn..pilih2 lauk,byr nasi,mkn2 then dh pukul 5.45..kononnya,berangan-angan nak balik bilik nak rest2,he3..baru ja nak melangkah masuk blok, bnyk la pulak meon berlari-lari dan memanjat-manjat,hu3..terbantut hasrat aku nak balik bilik gara2 takut dikejar x pun mau nya dia gigit kang..aku pun menyembunyikan diri kat bilik kawan ak,blok sblh tingkat 1..kalau aku,perjalanan yang agak jauh,tingkat 3 blok sblh,ho3..dari tingkap,aku pun ngintai meon & the geng..bapak ada,mak ada,anak dia yang baru lahir pun join sekali pemburuan makanan free..ada gak meon yang hampir2 jatuh ke tanah, sikit ja lagi dia nak terlepas.sempat sebelah tangan dia berpaut kat tebing bumbung..lbih kurang 15 minit gak aku memerhati gerak-geri meon ni..ada sesetengah yang dah beransur pulang..jadi,aku pun terus seoantas kilat balik ke bilik..dalam perjalanan, aku just nampak sisa2 makanan ja,kelibat dia pun aku x nampak dah..fuhh,lega rasa..selamat gak aku melepaskan diri dari tawanan meon tu..ngeh3
saiz gambar pasport ^^
Ni la meon yang aku maksudkan..dah memang hobi meon melepak kat atas pagar dawai ni sebelum wat operasi menyerang..kat tempat aku belajar ni,kitorang panggil beruk sebagai meon..sejarah nama meon ni x la pulak aku tau..dah berkurun dah melekat panggil beruk ni,meon.......

Wednesday, August 4, 2010

~life~



I refuse to write this article in a coherent manner..This article will be written in a stammered and disjointed manner..but please be rest assured that you will be able to follow my train of thoughts and flow of words..he3 Just now in my class, the lecturer asked.. don’t you feel bored studying?? Some of my friends say yes but the others rather keep quiet (thinking, I guess). Then the topic about howwww many years we had been study come out. When I calculate it, it is almost 14 years (until now) that I had learned from kindergarten, school and IPTA/S.. We always cant wait about how many days left to finish school or diploma and so on..Deep inside my heart, I think there is no need to worry because it’s your life. 

WHAT HAVE YOU DONE BEFORE? WHAT ARE YOU DOING ? and WHAT YOU GONNA DO NEXT? 

Let’s think about L-I-F-E     

Peoples are always promoting life planning. Fail to plan and plan to fail. What an interesting phrase.. and I totally agree with the above phrase. However, life is full of surprises. You can plan all your life away…. But at some point of time, life will be at a corner… waiting for the perfect moment to creep up behind you and give you the biggest shock of your life. One moment, you can be the most happiest person on the face of the earth.. and then BOOOM!!! some awful thing happens… and suddenly you're at the bottom of the pits. It's a funny world also… I find this roller-coaster life of mine highly addictive and greatly exciting. Of course, I might change my mind when I'm 60 years old or once my heart slows down… but in the meantime, I ain't getting off this ride… "I wish there's 100 hours...100 hours in a day!" Have you said those line before? I have.. many times. At times, I refuse to sleep as I rather be      watching movies, japan/korean drama, anime, reading magazine and comics, surfing internet and so on. I'm totally restless, I want to shop more, read more, travel more, learn more, eat more, he3.... I want to do everything in excess..Yeah, excess!! On the other hand, if I'm given 100 hours in a day, would I be able to do what I've always dream of in the first place.. The answer to that question remains unanswered. Deep down inside, I know that I will be so burnt out trying to do so many things at one time. Life is not always about being the first person to know about every single stuff or be the first person to experience a unique thing.. To me now, life is about enjoying each minute at my own pace.. and..to make light of bad situations.. so that I won't be affected by them eventually. So, just follow the road of our life.. It is the world's rule.. That is just how I thoughts,ho3~

Sunday, August 1, 2010

jom tidur tengahari...

Hari ni aku nak kongsi pasal kisah tidur tengahari ni. tidur tengahari ni bagus sebenarnya, tp jangan lak slh anggap samada tidur mlm smpi tengahari baru bangun or tidur tengahari tapi terlajak smpai ke petang..ho3
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya.
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.'
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...