artikel menarik

Friday, June 10, 2011

part 2 : yang mana 1 lelaki, yang mana 1 perempuan??


Kelmarin, dah bagi soalan yang mana 1 lelaki dan yang mana 1 perempuan. Kalau dah bagi soalan mesti ada jawapan. Tapi kalau korang tak jumpa mana soalannya, boleh la tengok sini. Soalan ni berkenaan bagaimana otak manusia dapat mengenal pasti jantina.

 Apa pendapat korang? Kalau jawab kiri ; lelaki dan kanan ; perempuan, nampaknya anda salah. Sebenarnya, kiri ; perempuan dan kanan ; lelaki, jawapan anda tetap salah. Kebenarannya ada dalam video kat bawah ni !!


Penerangan oleh Dr. Tsukumo Ryusuke, Brain Science Department, IPS (Institute of Police Science) yang bekerja di lokasi penggambaran drama jepun, Mr.Brain. Drama ni best!! Dah faham ? He3~  (^^,)Y

Thursday, June 9, 2011

part 1 : yang mana 1 lelaki, yang mana 1 perempuan??


Semalam dah berkira-kira. Pagi ni, aku nak main teka-teka pulak, ho3... Kat bawah ni ada 1 gambar yang ada 2 muka. Cuba anda renungkan dan hayati muka-muka tersebut. Tapi bukan aku nak suruh tilik ke apa.



Dah habis tengok gambar ni?

Pada pendapat korang la kan, dalam gambar tu yang mana 1 lelaki dan yang mana 1 perempuan?

Kalau ikutkan pendapat aku, yang di sebelah kanan tu lelaki dan yang di sebelah kiri tu perempuan. Haa, gambar yang sebelah kanan tu bukan muka dia berbelak, tapi itu effect pencahayaan. Saja suka-suka ja aku nak tahu pendapat korang. Tak nak teka pun tak pa sebab bukan ada hadiah, kalah atau menang. 

Korang teka la dulu, nanti lagi 2 3 hari lagi aku bagi jawapan dia. Itu pun, kalau korang betul-betul nak tahu yang mana 1 lelaki dan yang mana 1 perempuan, he3...  (^^,)Y

Wednesday, June 8, 2011

contest bijak kira bersama cik dot


Tadi cik waeda ajak aku main kira-kira. So, aku yang memang tak buat apa-apa petang ni pun join. Nak kira apa? Haa, kira berapa orang yang ada dalam gambar kat bawah ni.


Ramainya... Ok, nak kira jap. 
1... 2... 3... 4... Hmm, setelah dikira-kira, bukan 4 jawapan aku. 
Yang selebihnya aku kira dalam hati.

Jawapan aku : Gambar ini ada 17 orang semuanya !! 

Harap-harap betul la ya. Itu pun kalau mata kasar aku tak salah kira, ho3~ Thanks ajak main kira-kira.   (^^,)Y

Tuesday, June 7, 2011

fesyen rambut yang pelik


Dunia hari ini, semua orang nak berfesyen. Tak kiralah fesyen dari segi pakaian, kasut dan juga termasuklah rambut. Ada fesyen yang boleh diikut dan ada jugak yang agak kurang sesuai untuk diikut. Contohnya, macam gambar-gambar kat bawah ni, ada mana-mana fesyen yang korang berkenan? Mana tahu kalau korang nak pilih siap-siap fesyen rambut untuk raya tahun ni, ho3... 



Nampak gayanya, dia ni memang seorang pencinta haiwan kot terutamanya kuda. Gigi kuda yang tengah tersengih tu hitam, better dari kuning. Sekarang ni fesyen rambut kuda, may be next time fesyen rambut singa pulak?? Who knows.


Ni pulak kes nak tutup telinga capang dia kot. Aku pun tak pasti macam mana pandangan dia daripada kotak 4 segi tu. Macam duduk dalam penjara pun ada. Kalau makan maggi, sure habis la rambut dia kat bahagian dagu tu kotor. Melainkan, dia renyuk-renyuk dulu maggi before masak.


" Eh, akak!! Rambut tu belum siap lagi tu, akak nak ke mana tu?! ", jerit hair styler kepada pelanggannya yang baru melarikan diri kerana teruja dengan fesyen baru rambutnya.


Binatang apa la yang dah panjat kepala dia ni. Nak makan anak burung la tu. Tu la, siapa suruh malas sikat rambut. Kan dah bersarang burung atas kepala. Jangan sarang bocor dah la, habis najis dia mengalir nanti. 



Kalau dia bercakap, pastikan tengok mulut dia atas kepala tu bergerak ke tak. Dah macam mulut raksasa aku tengok. Yang 6 bulat-bulat kat muka tu, macam mata labah-labah gergasi. Mungkinkah ini fesyen labah-labah  bermulut besar?? Kalah angelina jolie.
   

 Hmm, elok la. Yang atas tadi mata and mulut labah-labah gergasi, so yang ni pulak kaki labah-labah tu. Tapi kira ok la dia buat kaki labah-labah, ada jugak orang yang nampak hasil seni tu. Kalau dia buat fesyen rambut kaki semut?? Ho3...

So, dah buat pilihan fesyen rambut mana nak dipilih untuk raya tahun ni? Ke konfius lagi? Ha3...

Saturday, June 4, 2011

haiwan : kembar siam


Manusia ada yang kembar siam. Tumbuhan pun ada kembar siam dia. Haiwan ?? Ada. Jom kita tengok gambar-gambar kat bawah ni...













Kembar siam terjadi apabila fetus yang membahagi 2 tidak berlaku dengan sempurna. Tak salah aku fetus, lupa-lupa ingat dah dulu-dulu belajar biologi. May be dah ramai yang pernah tengok gambar-gambar macam ni. Tapi aku belum pernah lagi tengok di luar gambar. Walaupun berkepala 2 atau berbadan 2, haiwan-haiwan ni tetap comel. 


" Sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap sesuatu itu sebab dan akibatnya "

Friday, June 3, 2011

hindari selesema dengan bergembira


Masa aku sekolah rendah dulu, ada classmate aku yang hari-hari berhingus. Dia dah check dengan doktor, tapi doktor cakap cecair tu memang kena ada dalam hidung dia, kalau tak, aku tak tau la pulak apa kesannya. Dulu kan sekolah rendah, tak reti nak tanya lebih-lebih, ho3... Masa sekolah menengah pun, ada gak classmate yang asyik behingus pagi-pagi, tapi itu kes resdung la. 

Menurut pembacaan aku di estidotmy, manusia yang sentiasa gembira mempunyai kekuatan menghindari selesema 3 kali ganda, sekali lagi... 3 kali ganda daripada manusia sebaliknya. Ini adalah hasil daripada penyelidikan yang dijalankan ke atas sukarelawan. Tugas sukarelawan ni adalah membiarkan virus selesema di hidung mereka dengan sukarela. Ahli psikologi, Sheldon Cohen dan rakan sekumpulannya dari Carnegie Mellon University (bukan watermelon ya), Pennsylavia, mendapati bahawa manusia yang mempunyai pemikiran positif kurang mengadu mengenai tanda-tanda dijangkiti selesema. 

Cikgu aku kot pernah cakap, itu pun kalau tak silap la. Lupa-lupa ingat sapa yang bagi tau dulu-dulu. Kalau setahun sekali kena selesema normal la. Kalau sampai 2-3 tahun tak kena, agak parah tu. Sebabnya askar-askar pertahanan badan (antibody) asyik relax ja, patutnya setahun sekali askar-askar ni kena lah masuk kem. Kem paintball ke, melawan virus atau bakteria jahat, ha3... Ni selingan jap, ok back to the sukarelawan tu.

Seramai 300 orang sukarelawan yang sihat terlibat. Pada peringkat awal kajian, sukarelawan ditemuduga terlebih dahulu selama 2 minggu bagi mengetahui kedudukan emosi mereka.
Pemarkahan dijalankan berdasarkan kategori positif seperti gembira, tenang dan mempunyai perwatakan menarik. Kategori negatif pula merangkumi gementar, tertekan dan dan bersikap dingin.

Peringkat seterusnya, penyelidik meletakkan rhinovirus, iaitu kuman yang menyebabkan selesema kepada hidung setiap sukarelawan tersebut. Rhinovirus adalah antara virus yang terkecil, saiz diameter virus ni ialah 30 nm (nanometer). Kat bawah ni ada gambar......



Bukan rhinovirus, ini rhinoceros... kalau yang ni, kita kot yang tercucuk kat hidung dia

Ni baru rhinovirus

Kemudian, para peserta akan disoal selama lima hari sama ada mereka telah mendapat tanda-tanda dijangkiti penyakit selesema. Hasil kajian mendapati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam kategori bersifat positif 3 kali lebih kurang dijangkiti penyakit berbanding mereka yang mempunyai ciri-ciri negatif. ''Mereka yang mempunyai emosi positif mempunyai sistem pernafasan yang sukar dijangkiti kuman berbanding sebaliknya. Ia juga mungkin disebabkan mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat, '' kata Cohen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...