artikel menarik

Thursday, December 27, 2012

reka bentuk rumah yang unik


Mengantuk pulak lepas lunch ni, makan nasi berlaukkan ayam masak kicap dan kentang goreng. Semalam tak dapat tidur, segar bugar lagi padahal dah pukul 3 am. Kesan tidur siang kot walhal sejam ja, hohoho... Pagi tadi pukul 7.15 pergi berjogging dengan kawan, pusing stadium ada la dalam 3 4 round. Hirup udara pagi yang segar dan tengok pokok-pokok menghijau. Mata dah penat tengok ayat-ayat dalam nota, almaklum la final exam tinggal tak berapa hari lagi. So, entri kali ni pun tak nak taip banyak-banyak, hehehe...

Sempoi gak rumah macam ni, macam blok-blok mainan ja. Siap ada kolam kecil lagi kat depan rumah. Boleh la bersantai sambil minum jus buah, hahaha... Dapat sebuah, baru tenang nak study, hehehe... 

Orang yang design ni minat bola kot. Dulu kawan aku ada cakap dia nak design rumah bentuk hemisfera, ala-ala rumah kartun Yookies tu. Ok, aku tunggu~

Yang ni pulak, rumah nampak tak macam rumah. Tapi ok jugak, kalau ahli keluarga bertambah, sambung ja kat tepi-tepi tu...

Agak-agak Edward dengan Bella berkenan tak design rumah ni? Sesuai sangat untuk diorang, pada pandangan aku la. Aku pun berkenan jugak sebenarnya. Rumah yang serasi dengan alam. Sesuai untuk merehatkan minda.

Tak payah susah-susah nak buat kolam renang, teringin nak terjun pun boleh. Kolam ikan pun tak perlu upah orang buat dah, ini kolam ikan semulajadi punya. Jangan ada jerung sudah. Petang-petang makan pisang goreng sambil dihempus bayu laut, bertambah sedap pisang goreng tu. 

Amboi, rumah bentuk kereta pulak. Ok, nanti design rumah bentuk bas, lori atau keretapi pulak, heeee... Tapi cantik, lain dari yang lain. 

Owh, yang ini rumah idaman walaupun tak seunik mana. Bumbung dia senget sana, senget sini. Car park pun pakai bumbung macam tu jugak. 


So, korang suka rumah yang mana? Kalau boleh aku nak rumah no 4, 5 dan 7. Design rumah no 1 tu, kalau buat library best jugak. Rumah no 3 pulak, mungkin boleh buat design untuk homestay tak pun resort ka. Mudah ja nak besarkan, just tambah kotak hijau tu ja, hehehe...

Wednesday, December 19, 2012

2 hari bersama orang asli ulu legong


Lebih kurang 10 hari lepas (8-9 Dec), aku ada join 1 program transformasi insan bersama masyarakat orang asli di  Ulu Legong, Baling, Kedah. Teringin nak tengok kehidupan diorang macam mana, tak pernah tengok, hehe... Mula-mula sampai kat sana, kami pun buat aktiviti gotong royong dulu, kawasan dewan, surau dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kutip sampah, buang dalam plastik sampah. Dari mula-mula kutip sampai la tak ada sampah dah yang nak dikutip, asyik jumpa batang lolipop dan plastik gula-gula ja. Lepas ja kutip sampah, hujan pun turun, so kami pun berteduh kat dalam dewan ja. Main dengan budak-budak ni. Diorang ajak main tom-tom bak, enjit-enjit semut, burger, milo ais dan tudung tin. Mereka sangat hyperactive. Ada yang bercerita, ada jugak yang main kejar-kejar, gusti pun ada. Lepas main, kami bagi koktel buah, diorang pun makan. Seronok tengok diorang makan benda yang kita bagi. Kalau time bergambar, they're the best, pantang ajak bergambar, hahaha...


Dah lewat petang, kami balik ke tempat penginapan, dorm kat kolam air panas, Ulu Legong. Tadi masa sampai tengahari, memang tak nampak orang sorang pun, parking pun luas ja. Ni dah lewat petang macam ni, memang parking tu sempit dan orang ramai pun dah start mandi-manda. Haish, tak sabar nak tunggu program malam tu, nak pi mandi, hehe... 


Kami solat Isyak sama-sama. Aktiviti malam kami ajar baca beberapa surah dan azan, bahasa inggeris dan matematik. Pandai dah diorang ni, seronok ajar. So, dah habis tu, aktiviti mandi-manda la pulak kan. Sambil mandi makan aiskrim, sedap... Aiskrim ni tak tau la nama apa, buatan sendiri, tapi tulis kat situ aiskrim yang pernah masuk majalah 3. Dari pukul 11 lebih sampai la pukul 1 baru balik dorm. Tapi sebelum balik tu, pekena balls (chicken balls, crab balls, etc) dulu. Pastu balik dorm, kemas-kemas barang, panjat katil (katil double decker, aku dok atas but unfortunately tak ada tangga) macam panjat kuda. 

Pagi-pagi lagi dah siap, nak check out dah. Sementara tunggu orang lain turun, main dulu. Main yang alat exercise tu, yang warna kuning dan merah. Sempat la main setengah jam kot sambil menghirup udara segar pagi kat kawasan sekitar tu. Pagi tu kami bersukaneka dengan diorang, bukan saja budak-budak malahan dengan kaum ibu sekali. Tapi sebelum tu ada la aerobik sikit. Time main dengan golongan ibu, aku pair dengan kak siti aminah. Kami menang untuk game baling belon air. Sampai ke hujung court badminton pun kami boleh sambut lagi belon tu tanpa pecah, hehehe... 


Masa makan tengahari, kami makan sama-sama. Semua pun datang, kami makan ramai-ramai. Sementara tunggu catering sampai, aku ternampak sorang kak ni, main tab. Wah, aku pun tak ada, heuheu... Dah lepas Zohor macam tu, YB datang dan merasmikan penutupan program ni. Satu pengalaman baru untuk aku. Seronok. Kami bertolak balik, tengok dari cermin bas, semua orang melambai-lambai kat kami tambah-tambah budak-budak. Diorang lari ikut bas untuk bye-bye kami. Dah bas gerak dalam sejam, mata aku pun tertutup, Zzzzz~

Tuesday, December 18, 2012

saya minta maaf 2...



Ni sambungan saya minta maaf... Alhamdulillah, malam jamuan tu dia yang datang tegur aku dulu. So, aku pun balas la teguran dia balik. Aku ni bukanlah hati kering sangat. Janji aku tak ada masalah hubungan dengan manusia. Tak nak menambah masalah yang sedia ada. Aku anggap ja la yang selama dia tak bertegur dengan aku tu sebab dia kata rasa macam nak demam, so moody la sikit. Hati aku pun dah tawar, sekarang ni tak ada dah la dia nak keluar makan sekali dengan kitorang. Tak apa, tak membawa kemudaratan kat aku pun. End of story. Sekarang ni masing-masing busy nak final exam. So, fokus!!! Aim for dekan this semester, haip!!! (^^,)Y

Sunday, December 16, 2012

saya minta maaf...


*Ini post luahan perasaan, boleh abaikan, heuheuheu

Adoi, sekali lagi dia tak hiraukan aku. Mesej tak balas, call pun tak angkat apatah lagi nak pandang muka aku. Hari ni dah masuk hari ke-6 kot dia merajuk. Aku pun tak tau kenapa. Kot-kot la aku ada buat salah dari segi perbuatan, terkasar bahasa dan sebagainya, so aku pun minta maaf dengan dia. Tapi aku tersentap bila dia kata "Apahal pulak ni ?? Nak minta-minta maaf ?? Dah macam drama pulak. Haishh." Aku tenggelam punca, tak tentu pasal ja dia tarik muka. Dah kita tanya, dia kata tak ada apa. Aku tak berjaya nak faham dia. Dah la sekelas, 1 group presentation, nak belajar sama-sama lagi 2 tahun lebih. Lagi pun dah kenal hampir 4 tahun sejak kat kuantan dulu walaupun baru tahun lepas macam rapat sikit. 

Aku susah hati sorang-sorang kat bilik bila fikir pasal benda ni. Memang la bukan masalah besar mana tapi still aku kena jaga la perhubungan dengan dia. Alih-alih macam ni dia buat kat aku, sedih aku rasa. Seumur hidup aku tak pernah ada masalah dengan kawan. Kalau ada pun, time darjah 3, tu pun kami berlakon yang kami bergaduh konon-konon tak berkawan. Zaman budak-budak, nak cari publisiti, haha... Sebagai kawan yang lebih tua sepatutnya dia bersikap lebih rasional. Kalau ada salah silap, tolong betulkan dengan cara baik. Kau buat salah, aku tegur, aku buat salah kau tegur. Macam tu la kawan yang aku harapkan. 
Kalau aku nak ikutkan jahat aku, boleh ja aku pun nak buat kering/dingin, tak pun aku pi serang dia tanya apa masalah dia sebenarnya ni. Tapi aku masih waras, buat apa nak bergaduh macam orang yang tak ada pegangan dan didikan yang baik. Mungkin betul aku ada buat salah dengan dia, tapi tolong la bagi tau apa salah aku. Memang bukan mudah memaafkan, ya aku tau. Alangkah indahnya kalau semua orang memiliki sifat pemaaf Saad bin Abi Waqas. Ada orang kata, memaafkan seorang musuh adalah lebih mudah berbanding memaafkan seorang kawan. 

Selama ni, ada ja beberapa kali dia kecilkan hati aku, aku terasa dengan sikap dia. Tapi tak la sampai nak tarik muka, buat tak tau ja la. Adat la dalam berkawan. Dah la nak final exam dah tak lama lagi. Aku tak nak dia berdendam atau marah aku dalam diam. Malam ni kami ada jamuan kelas, jumpa dia lagi. Tak tau apa pulak reaksi dia seterusnya. Aku bukan nak buruk-burukkan dia, tapi aku dah tak tahan tengok sikap ketidakmatangan dia. Bukan nak suruh matang macam mana, cuma kadang kala kita perlu matang. Boleh ja kalau nak main buih belon ka, pepsi cola ka, tak da masalah pun. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah lembutkan hati dia. Aku dah cuba pelbagai cara. Biarlah aku lebih menjaga hubungan aku dengan Allah.

Saturday, December 15, 2012

durian crepe


Hmm, durian..... Sedap, my favourite, hehehe... Almaklumla, sekarang kan musim durian. Tapi sebenarnya durian pun dah tersalah musim ni. Dah ada durian, ada la durian crepe. Macam jadi 1 fenomena pulak sekarang ni, sana sini durian crepe. Padahal crepe yang lain macam apple crepe, kiwi crepe, strawberi crepe dan macam-macam crepe lagi tak glamour macam durian crepe. Kelapa crepe pun ada. Crepe kan sejenis pancake yang nipisssss, so crepe la jugak lan ketayap tu, hahaha... Tak kisah la, orang nak berniaga tapi aku tertanya-tanya jugak apa la rasa durian crepe ni. Sebab tak pernah try so teringin nak try. Ramai jugak yang iklan kat facebook, so order sebungkus, ada 5 keping, kongsi dengan kawan aku.

Ni bukan durian crepe yang aku order, x sempat nak snap pic pun, dah masuk perut, heeee~

Sebelum ni, ada la macam-macam komen yang orang bagi pasal durian crepe ni. Ada yang kata sedap, ada yang kata muak kalau makan banyak, ada yang kata biasa ja. Jadi, kami pun buat sensory evaluation sendiri. Lain taste bud, lain pendapat kan. Pada aku, sedap ja durian crepe ni. Dari segi rasa, kalau kita buat sendiri boleh letak durian banyak sikit, lagi bertambah sedap la. Rasa berkrim ala-ala ais krim. Warna dah sesuai, kuning, kalau durian pun kita nak isi warna kuning baru nampak menarik daripada yang warna putih sikit. Aroma pun ada sikit-sikit, ikut la kandungan durian kat dalam tu. Overall, ok menepati cita rasa aku, hohoho... Kalau nak lagi puas, makan durian ori ler, hehehehe


* lama dh tak update, huhuhu


Monday, June 4, 2012

aku berserah padaNya



Bersendirian aku dalam bilik hari ni. Semalam dan esok juga begitu. Aku cuba menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembacaan aku memandangkan tidak lebih dari 20 hari lagi peperiksaan akhir akan bermula. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman, aku mencoret semula apa yang telah aku baca pada sehelai kertas dengan ditemani lagu-lagu dari maher zain. Sambil menghayati bait-bait indah dari lagunya, secara tidak langsung mengingatkan aku pada Yang Esa. 

Betapa selama ini aku lalai dengan masa dan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Timbul sedikit rasa kesal dari hati aku. Aku berehat sebentar dan melayari laman sosial facebook. Aku mendapat khabar, ayah kepada seorang pensyarah aku telah meninggal dunia di kota madinah ketika mengerjakan umrah. Entah kenapa perasaan aku yang telah sedia ada berbaur, bertambah lagi berbaur. Fikiran aku kusut dengan masalah yang ada. Walaubagaimanapun, semua masalah itu tidak harus aku fikirkan sekarang. Fikiranku seharusnya tertumpu hanya pada peperiksaan yang bakal menjelma. 

He’s always watching us, guiding us 
And He knows what’s in our little heart 
So when you lose your way to Allah 
You should turn 
As He promises to you 
He’ll always be there ...

Begitulah bait-bait dari lagu 'Always be there' oleh maher zain. Hati aku terkesan setelah mendengar lagu tersebut. Aku cuba memotivasikan diri sendiri. Setelah berusaha, hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah. Hanya Kau yang dapat membantu kami iaitu hamba-Mu yang lemah. Sesungguhnya kita tidak mampu mengubah arah angin. Namun kita mampu mengubah haluan pelayaran. La tahzan, innallaha ma'ana~

Monday, April 30, 2012

high kick 3 : revenge of the short legged



Pernah tengok tak sitkom ni? Aku sedut dari kawan aku, tapi yang season 3 ja yang dia ada. Dah lama dah dengar orang cakap sitkom ni lawak. Baru ja habis tengok sampai episod 64.  Sitkom ni mengisahkan ahn nae sang dan yoon yoo soon, pasangan suami isteri pertengahan umur. Bila perniagaan nae sang bankrap, diorang pun tumpang rumah adik yoo soon, gye sang. Kat sini la macam-macam konflik berlaku.



Scene ni aku suka tengok park ha sun menari lagu t-ara:roly poly. Tapi menari dengan gelabahnya, tengok ekspresi muka dia, tu yang tak boleh blah tu. Dia cuba alih perhatian vice principle dan teacher park ji sun daripada kantoi dengan diorang sebab teacher julien duduk serumah dengan dia. 


Yang ni pulak, ahn soo jung buat lagu dia sendiri. Part 1st lagu ni, asyik sebut nama dia ja, hahaha 

Sebenarnya, banyak lagi scene yang best. Argh, tak sabar nak tunggu softsub untuk episod 65 dan seterusnya. Tengok yang raw video, bukan faham sangat, hehehe... Saja ja nak share dengan korang, kot kot ada yang minat tengok sitkom ni. Sesuai untuk hilangkan stress atau pun untuk tontonan waktu senggang, kyak~ (^^,)Y

Saturday, April 28, 2012

menu tengahari


Hujung minggu lepas tak balik rumah pun. First time tak balik rumah bila hujung minggu untuk semester ni. Kalau tak, tiap-tiap minggu aku balik, hehehe... Hari sabtu dan ahad, kafe buka ja. Tapi macam biasa la, hari-hari makan ayam. Sekali sekala makan ikan. Sayur kalau tak sold out, aku ambil la. Minggu ni aku balik rumah. Rasa macam nak makan sesuatu yang lain, lain dari yang aku selalu makan.

Mak aku tanya tadi, nak masak apa hari ni? Entah, aku pun tak ada idea. Then, mak aku cakap, ketam ada la. Hmm, dah lama tak makan ketam. Dulu-dulu, kalau ketam aku tak suka kalau rebus, lepas tu meratah. Yang berkaitan dengan ketam, aku suka gulai ketam dan ketam goreng. Semalam tengok dalam peti ais, ada cendawan. Pendek kata, memandangkan kat rumah aku ni tak ramai orang, hari ni buat lauk simple ja. Hari lain pun, memang tak ramai orang. 

Ketam, bawang, kentang, daun bawang dan udang memang mak aku dah siang siap-siap. Jadi, untuk menu tengahari ni, aku makan nasi putih dengan ketam goreng rempah dan sup cendawan. 


Cakap pasal makan ni, korang dah lunch? Makan apa hari ni? Tak tau apa rasa ketam goreng rempah dan sup cendawan aku. Tak rasa lagi ni. Jom makan. Ittadakimasu~ 

Sunday, April 15, 2012

bersin


Haaaacummm!!!! Mak ai, kuatnya bersin. Pernah tak korang alami perkara macam ni samada korang sendiri yang bersin atau pun jadi mangsa bersin? Alhamdulillah, mujur aku bukan orang yang bersin dengan kuat. Bak kata orang, bersin kucing. Perkara ni berlaku kat aku dalam dewan kuliah lebih kurang 3 minggu lalu. Tengah kusyuk dengar lecture ni, tiba-tiba gegendang telinga aku dapat tangkap 1 bunyi bersin yang kuat. Sebelah aku pulak tu, macam nak melayang  hujung tudung aku, huhuhu... Tangan tak tutup mulut, kalau tutup may be slow sikit bunyi tu. Tambah pulak, orang perempuan nampak tak manis kalau bersin kuat. Kalau tutup mulut tak pa la. 

Penyebab bagi bersin  adalah disebabkan oleh faktor udara. Kebiasaannya, terdapat partikel yang mengganggu hidung kita. Jadi, hujung-hujung saraf dalam hidung akan merangsang kita untuk bersin supaya partikel tersebut dapat disingkirkan. Untuk mengelakkan bersin berpanjangan, rongga hidung perlu dibasuh. Kalau selesema pun, boleh menyebabkan kita bersin. Apa yang pentingnya kat sini, kepantasan udara semasa bersin boleh mencapai 166 km/jam. Kalau kita bawa kereta laju macam ni, dah sah-sah kena saman. Lebih kurang 100000 butiran kecil lendir dan mikroorganisma yang dikeluarkan. Jadi, ingat la untuk sediakan tisu atau sapu tangan dalam beg atau poket. Tak payah susah-susah nak pergi toilet untuk basuh tangan. Orang kat sekeliling pun tak pandang kita pelik semacam. 

Thursday, April 5, 2012

cara menabung yang paling mudah



Tak berapa hari lagi dah aku nak pi langkawi. Cukup la kot duit yang ada. Tapi bukan guna duit dalam tabung tu, tak cukup pun. Yang tu nak simpan dalam bank nanti, ehehe... Dulu time kecik-kecik, suka sangat dapat duit syiling sampaikan tak nak tukar syiling tu jadi duit kertas. Nampak macam kaya cikit, sebab syiling berat lepas tu ada bunyi lagi, kaching-kaching~ Biasa la, otak budak-budak lagi time tu. 


Segala bekas yang besar-besar habis aku ambik buat tabung. Kotak honey star yang besar tu pun aku pernah buat tabung. Selotape kat atas tu, pastu buat lubang 4 segi tepat kat badan kotak tu. Ada 1 tabung aku tu, nama dia "tabung sesuka-hati", aku tulis pakai marker pen.  Sebab bila aku nak pi kedai beli keropok ka gula-gula ka, aku ambik dari tabung tu la, ahaha...  Suka hati aku, bila nak simpan, simpan. Bila nak ambik, ambik. Macam la mak atau ayah aku nak bagi duit bila aku mintak nak beli makanan yang mengarut macam cekedis tu kan.


Lepas tu dah naik sekolah menengah, duit memang tak dapat nak simpan. Bukan sebab boros, tapi almaklumla sekolah menengah, join aktiviti ni, aktiviti nu, lawatan sambil belajar, semua aku pi. Lagi pun duit poket memang ayah aku bagi bila duit dah habis ja. Duit yang simpan dalam bank tu, duit raya. Bila fikir-fikir, umur dah nak masuk 20. Nak kena simpan duit ni, untuk masa depan la katakan. 


Sejak pada tu, aku start la menabung. Tapi aku tak tetapkan sehari kena simpan berapa ringgit. Janji setiap hari simpan walaupun sepuluh sen ja yang masuk dalam tabung tu. Dalam wallet ada la dua tiga puluh sen. Yang lain semua duit kertas. Bila beli apa-apa yang harga dy macam rm 2.30 atau 2.50, yang penting bukan angka genap, mesti kita dapat baki dalam syiling kan. So, syiling tu la aku simpan dalam tabung. Setakat hari ni, dah ada lebih kurang rm 30 dalam tabung tu selama sebulan lebih aku menabung untuk semester baru ni. Tersimpan juga walaupun tak banyak mana, dari aku habiskan duit tu entah di mana dan untuk apa.

Kat rumah kawan aku dulu, ada balang syiling, yang 10 sen sebekas, 20 sen sebekas dan 50 sen sebekas. Besar gak la balang yang dia guna tu. Dia cakap, memang ayah dia akan marah kalau ambik syiling dari bekas tu. Tu antara kisah syiling yang aku tau. So, sekarang ni bila balik beli makanan kat kafe aku terus masukkan syiling dalam tabung. Senang ja kan? Bila ada syiling, masukkan la. Bila tak ada syiling, tunggu la esok pulak ka. Bak kata pepatah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit''. Mana tau nanti simpan sikit-sikit, tengok-tengok jadi ribu-ribu ringgit, hehehe... Tak rugi menabung so jom menabung!! Boring-boring atau bila tak boleh tidur, boleh kira syiling. Tak payah kira berapa ekor biri-biri, kira syiling sudah, heuheuheu~

Sunday, March 25, 2012

bila gambar berbicara #8



entri kompilasi 2


Haluu... Adeh, lama gila tak blogging. Sebenarnya, lepas habis final exam sem lepas, terus lupa yang aku ni ada blog. Sampai hari ni baru teringat nak update. Wushoo, hampir 3 bulan jugak la meninggalkan dunia blog ni. Mungkin entri akan jadi entri kompilasi 2 pulak, tajuk entri ni belum pikir lagi tapi macam sambungan kepada entri kompilasi 1. Hehehe... Banyak benda nak cerita ni, antaranya :

1)   Final Exam Tamat
Memang rasa lega gila semua paper dah habis jawab. Habis 1 paper, rasa ringan sikit kepala. Aku cuba jawab sehabis baik. Dah usaha, aku bertawakal ja la. Kemas barang, segala baju, buku dan macam-macam lagi sebab cuti semester sebulan. So, memang bahagia la dok kat rumah selama sebulan. Tapi dah nak habis cuti tu, berdebar-debar jugak tunggu result exam tu. Alhamdulillah, semua subjek lulus tapi pointer pada tahap memuaskan ja. Boleh la....

2)   Semester Baru Bermula
Tekad nak selesaikan urusan transfer credit, TC. Lepas daftar ja, naik, turun, pusing kiri, pusing kanan cari bilik lecturer. Nak minta tandatangan. Puas tawaf school of industrial technology tu sampai kenal habis orang-orang kat pejabat tu, struktur bangunan pun dah ingat. Sebelum ni, pening sikit, sebab bangunan dia macam bersimpang-siur. Hahaha... Katanya 6 minggu masa untuk proses TC, so sekarang ni aku dok tunggu keputusan rasmi ja la. 

3)   1st Experiment

Dah alang-alang buat TC, aku ambil subjek food microbiology 2 yang untuk tahun 2 siap-siap. Hampir setahun la jugak tak masuk lab sejak aku habis praktikal bulan april 2011. Teringat la jugak masa masuk lab kat poli dulu, banyak kenangan yang boleh dijadikan pengalaman dan pengetahuan. Prepare media, apparatus semua sendiri, lab report pun personal. Kat sini semua dah sedia dah, masuk terus buat ja. Lab report pun by group. Lain tempat lain la caranya.
  
4)   Running man

Balik dari kelas, time nak makan nasi tu, mesti makan nasi sambil tengok running man, RM. Itu pun kalau stok RM tak habis tengok time malam yang free (tak da assigments or soalan tutorial). RM ni aku tak download sendiri, kawan aku suppliernya, ngee~ Episod 86 tak sempat lagi nak sedut dari dia. Pendrive penuh dengan bahan ilmiah, hihihi... 

5)   International Day

Macam-macam ada~ Makanan korea ada, jepun ada, arab ada, thai ada, cina ada, german ada dan banyak lagi. Macam-macam aku makan, tapi kena beli la. Saja la nak try makanan orang lain. Makanan tu disediakan oleh international student dengan kerjasama pelajar kita. Seronok la jugak.

6)   Vacation Dengan Kawan-kawan

Lama dah dok plan, dari semester lepas lagi tapi tak jadi-jadi jugak. Cuti mid-sem ni, ingat nak p langkawi. Harapnya jadi la kali ni. Mungkin ber-lima atau ber-enam. Saja seronok-seronok, jumpa kawan lama. Menghitung hari ja la sekarang ni. Hehehe...

Hmm, sekian saja entri kompilasi 2 ni. Itu ja la serba sedikit yang aku boleh kongsi selama hampir 3 bulan tak update. Dah ada dah beberapa entri yang bakal menyusul tak lama lagi lepas ni. (^^,)Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...