Lagi 2 hari genaplah 2 bulan blog ni tak diupdate, ho3... Selama ni aku sibuk dengan dengan urusan duniawi. So, sebelum cukup 2 bulan tu aku terasa nak post entri. Tapi sila-silalah play video kat bawah ni tanda sorry aku tak update dengan entri baru. Kot-kot la orang yang singgah kat blog aku ni bosan dengan entri lapuk aku tu dan jugak blogwalker yang singgah sini tapi aku tetap tak singgah-singgah blog diorang.
Kalau artis boleh buat album kompilasi, aku pun boleh buat entri kompilasi, he3... Banyak sangat yang aku nak cakap taip so, aku gabungkan ja semua jadi 1 entri. Judul-judul yang anda boleh dapati daripada entri kompilasi ini ialah :
1) Print Surat Tawaran
Alhamdulillah dapat usm, now its time to print the offer letter. Teruja la katakan, dah alang-alang print tu, habis aku print semua lampiran, senang sikit nak baca. Cuma tak tau lagi duduk kat hostel yang mana, yang lain maklumat semua dah ada. Lagi pun nanti kalau nak mintak apa2 pun nak pakai surat tawaran tu.
2) Hasil Pengangguran
Aku memang dok kat rumah ja, tak buat apa-apa pun. Kalau aku betul-betul tanam anggur kat kebun ayah aku, rasanya ni lah hasil tanaman aku, dah berbuah lebat.
3) Sedut Angin Bukit Bendera & Hello Baby
Haish, lamanya dah tak jejak kaki kat bukit bendera. Last hari tu masa form 4 sebab PKS (Pelancongan Koperasi Sekolah) dengan budak mrsm batu pahat. Alang-alang kawan dah cuti, kami berenam round-round la. Angin bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah, dah berkepul-kepul. Sedapnya kalau tidur~ Mula-mula jalan kaki, lepas tu teringin pulak naik buggy car, rm 60, dipandu oleh john. Tapi kami dapat naik free, he3... Bukan ja dapat ronda bukit bendera, sampai ke botanical garden sekali. Ada sebab kami dapat free, memang mencipta sejarah betul. Aku rasa kami orang yang 1st and last yang dapat naik buggy car free.
Lewat petang tu sempat gak singgah tengok baby shikin, a'isyah. Comel sungguh dipangkuan ibunya. Walaupun hampir-hampir tak dapat cari rumah, last-last jumpa gak. Jalan banyak sangat sampai tersilap jalan, ha3... Apa-apa pun rasa bahagia tengok kawan bahagia. (^^,)
4) Ulang-alik ke Pejabat Daerah
Berita baik bagi semua pelajar baru yang akan mendaftar di 20 IPTA negara. Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan sumbangan bagi pelajar yang ditawarkan di mana-mana 20 IPTA yang terpilih. Aku pun pi la ambik borang permohonan, isi, fotostat semua dokumen yang dikehendaki, minta pengesahan dan hantar !! Boleh la membantu aku dari segi kewangan, nak bayar yuran ke apa ke.
5) Keputusan UPU
Nama aku memang dah tak dihantar ke upu sebab aku dah setuju nak masuk usm. Ramai kawan-kawan aku yang tak dapat, pelik jugak. Result diorang pun ok what. Ramai yang kecewa, aku pun berharap ramai yang dapat, nanti boleh tambah geng kat usm tak pun bleh bincang-bincang kalau diorang dapat kos yang sama dengan aku. Lepas tu, senior dulu-dulu cakap, 1st intake ni diorang banyak ambik budak matrik. Time rayuan nanti baru ambik budak diploma. Sebab, diploma dah laku nak mintak keja, so kasi peluang kat budak matrik dulu. Hmm, macam tu pulak dah. Untuk kawan-kawan aku, aku doakan korang dapat tawaran tak lama lagi. Amin~
6) Berangkat ke Nilai
Hirup udara negeri 9 sikit. Pi rumah mak teh aku. Alang-alang dah ada kat sana, singgah nilai 3. Bukan nak cari kain baju raya, itu dah tempah jahit dah. Ni untuk kain baju nak pakai masa kenduri kak aku nanti. yang besar-besar dah beli kain, yang kecik-kecik memasing beli jam. Lagi pun dah lama dah jumpa diorang, dah besar cousin-cousin aku. Almaklumla, adik-beradik jauh-jauh. Penang, kedah, n9, kelantan, kl, sabah bla bla bla... Hari kedua kat sana, pak su and family pulak datang jugak. Meriah la lagi. 3 keluarga berkumpul kat sana. Hari raya pun balik kampung lain-lain hari, tu yang tak dapat jumpa. Harap-harap raya nanti jumpa lagi ya !!
7) Ramadhan Tiba Lagi
Alhamdulillah aku masih dapat berjumpa dengan Ramadhan lagi tahun ni. Tahun ni punya puasa memang totally different. Tak perlu lagi beratur nak beli makanan kat kafe, turun ke kafe semata-mata nak beli ketul ais, kadang-kadang lauk habis. Itu yang tak best, yang best, buka puasa ramai-ramai kat padang, sesak-sesak kat bazar Ramadhan dengan kengkawan, buat rumah terbuka hari raya kat rumah lecturer. Tahun ni, puasa memang hari-hari kat rumah. Sahur pun tiap-tiap hari bangun dan makan. Tapi apa-apa pun memori puasa dengan kengkawan memang ada sebagai kenangan yang terindahhhh...bila yang tertulis.... (nyanyilah kalau nak nyanyi sampai habis, he3~). Aku ucapkan 'Salam Ramadhan' untuk korang semua. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Masih dalam bulan Ramadhan lagi kan so, boleh ja aku nak ucap kan?? he3...
8) Aktiviti Terkini
Aku dah tak larat nak tengok drama korea. Sekarang ni layan variety show pulak. Hello Baby, Invincible Youth, T-ara Dotcom, Haha Mong Show dll. Baru nak tengok. Dulu tak pernah tengok pun, ho3... Tak sampai sebulan lagi masa untuk aku bersantai. Rasanya berat badan pun dah naik, sebab asyik relax ja. May be aku boleh join skuad negara dalam acara bina badan. Tapi turun la kot bulan puasa ni, terawih pun 1 bentuk senaman jugak.
Okey, dah habis dah sawang-sawang dan habuk kat blog ni. Harap korang dapat melawat tanpa terbatuk-batuk akibat habuk yang banyak. Sekian saja entri kompilasi 2011 aku. Jumpa di lain entri, ngee~ (^^,)Y
2 comments:
wah entri kompilasi...1st time tengok..dah lama tak update ingatkan dah takmau berblog...
welcome back.. ^_^
1st time ek? good 2 hear that, he3..nak nak, tp urusan duniawi bnyk (alasan)..tenkiu, yeah i'm back!! ^^
Post a Comment