artikel menarik

Tuesday, December 23, 2014

berniaga di ohhsem festival !!

Hello Monday!! Monday blues?? Nanti la nak cerita pasal macam mana nak beat monday blues. Mulanya nak update blog semalam tapi disebabkan terlalu letih maka pagi ni la baru mula menaip. Nak cerita mengenai Ohhsem Festival yang berlangsung sejak hari Sabtu sampai Ahad iaitu semalam. Kalau tengok kat instagram (#ohsemfestival), banyak la gambar orang membeli-belah. Oh ya, Fynn Jamal aka Kok Ping bersama Juna and Tri pun ada datang.

Photo by:BF kawan aku yang snap pic ni, yang aku snap jadi blur, hehe

Aku pergi tolong kawan berniaga kat sana. Dia jual baju, skirt, shawl, tudung, kasut, headband baby etc. Aku melepak ja kat sana sambil jadi promoter sambilan, hehehe... Ni dia punya instagram, dreamdomewardrobe. Festival ni berlangsung kat depan Dewan Budaya, USM (kawasan sekitar Permatang Pelajar dan Dataran Bintang). Itulah kali kedua aku berniaga kat sana. Yang first time, masa berniaga untuk subjek Keusahawanan. Masa tu jual beg and aksesori wanita. Alhamdulillah kedua-dua pengalaman berniaga aku memberi pulangan yang memuaskan.

Seronok sebenarnya berniaga ni, macam kita main jual-jual masa kecik-kecik dulu. Secara tak langsung, berniaga ni dah asah soft skill aku. Macam mana nak deal dengan ragam manusia yang pelbagai kerenah, mempengaruhi orang dan kemahiran mencongak. Biasa la pelanggan, nak murah, nak tawar-menawar, sebab bila aku jadi pelanggan, aku pun macam tu jugak, haha... Ada mak cik yang datang sampai 3 kali dalam tempoh 2 hari berniaga. Dia tanya itu ini, sembang itu ini tapi kita kena layan la. Berniaga tak boleh berat mulut, tapi jangan ringan sangat mulut sampai orang meluat.


Areena, our friend and our first customer ^^

Semoga kawan sekelas aku tak meluat kat aku sebab dok promote barang kat kedai tu sampai dia terbeli, hehehe... Kawan lagi 1 cakap, aku patut ambil minor management, subjek marketing. Aku minat jugak bab tu tapi tak berminat untuk belajar secara teori. Aku ambil minor psikologi dan dari situ pun kita boleh aplikasi dalam berniaga. Aku gunakan ayat-ayat persuasive supaya pelanggan terbeli barang kat kedai tu. Terima kasih pada semua yang membeli, semoga anda happy memakai barang belian tersebut.


Aku memang minat dengan psikologi walaupun orang cakap, ala ambil minor psikologi
senang nak score sebab paper tu jawapan dia multiple choices. Kalau jawapan dah ada depan mata tapi tak study elok-elok, jawapan tu kita tak nampak depan mata, siap nampak 4 5 jawapan lagi. Kebanyakkan student dari kos aku ambil minor psikologi or management. Walaupun major food tech., kalau ada ilmu management, itu sangat bagus sebab macam pelengkap bila kita masuk industri. Tapi pada pandangan aku, kalau belajar saja tapi tak diaplikasikan pun tak guna jugak. It's a bonus la kalau lebih mudah dapat A or A- bila ambil paper psikologi. Bidang ilmu itu kan luas, so the choice is yours~ Tapi ingat, betulkan niat, jangan nak A saja. 

Melalut dah aku, nak terlari topik dah. No offense k, nak pergi buat minuman panas pada hari yang sejuk mencengkam tulang ni (^^,)Y

Saturday, December 20, 2014

lunch at campus cafe~

Dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja amali di makmal untuk projek tahun akhir, aktiviti mencari tempat makan yang best pun masih diteruskan. Lunch tadi makan dengan kawan-kawan kat Campus Cafe, USM. Baru la jugak cafe tu beroperasi. Sebelum ni tak sempat nak mencuba, maklum saja la bila lokasinya nun di atas bukit sana sedangkan aku tinggal nun di atas bukit yang lagi satu. Akhirnya sampai jugak tengahari tadi, walhal kat makmal aku biarkan gelatin terekstrak dari kaki itik. Biarkan dia 2 jam, aku nak mengisi perut, haha...  

Suasana cafe tu memang santai dan memenuhi citarasa aku, sebagai pelajar yang suka makan sambil santai-santai bercerita hal itu dan ini. Harga makanan pun berbaloi dan affordable. Macam-macam makanan ada, chicken chop, nasi lemak meletup, spaghetti, kek dan beraneka jenis minuman. Nak memilih menu tu memang satu masalah bagi aku. Hari-hari aku hadapi masalah yang sama. Lagi pun minggu ni, aku kena amalkan chicken-free meal. Tapi hari ni cheat day sebab kat spaghetti tadi ada ayam tapi sikit ja la, hehe... 

Nasi lemak meletup
Chicken chop with rice

Lunch tadi yang aku rasakan lunch paling ceria. Kawan-kawan yang ceria dan ada-ada saja cerita serta lawaknya, ditambah pulak dengan hadiah dari santa claus yang gelak HA-HA-HA instead of HO-HO-HO (gula-gula, jelly dan aiskrim Malaysia). Belum habis makan dapat lagi makanan, rezeki hari Jumaat. 

HA-HA-HA...
Makan aiskrim kat tangga pun boleh~

Tetiba terfikir, kami ni asyik-asyik makan itu makan ini, seronok dapat makan. Menghayati setiap kunyahan dengan deria rasa yang dikurniakanNya dengan sebaik mungkin. Ulasan atau komen bab makanan tak payah cerita la, mengalahkan chef. Tapi masih ada orang yang tak dapat menikmati semua ni. So, tambah dalam wishlist, untuk memberi makanan kepada golongan yang memerlukan atau golongan yang dipinggirkan dari masyarakat, supaya kami sama-sama dapat menikmati nikmat memberi dan nikmat bahagia tengok orang menerima. 

Thursday, December 18, 2014

powtoon : buat assignment anda lebih menarik

Instagram? Ya, aku baru ja buka akaun instagram. Twitter, telegram and segala macam lagi akaun bersosial aku memang tak ada. Tapi powtoon, padlet, edmodo, schoology,  writeabout, edpuzzle, yang tu aku ada. Itu semua platform/akaun ilmiah (thanks Prof. K ^^). Boringkan kalau kena buat presentation? Tak habis-habis dengan powerpoint. Balik-balik template, design dan gaya presentation yang sama seperti presentation terdahulu.

Baru-baru aku dapat satu assignment mengenai aseptic packaging. Disebabkan lecturer aku yang semakin maju serta berkembang minatnya dalam teknologi, maka aku pun decide untuk buat assignment aku menggunakan powtoon. 

Kat situ kita boleh buat video animasi segera (instant animation video) sebab cuma perlu klik-klik pilih kartun, tema dan gaya animasi. Baru la lecturer tertarik nak tengok assignment kita, ink pen merah dia pun tak habis dan dia pun tak menguap. Kita pun tak payah susah-susah menaip panjang-panjang walaupun kadang-kadang sesetengah orang dia main copy paste ja, hahaha...

Aku baru try sekali, ini hasil dia dan kat bawah ni screenshots video aku.
  



Ada macam-macam lagi yang kita boleh buat kat powtoon ni selain buat assignment. Nak promote barang boleh, nak buat filem animasi pendek pun boleh ja. Dah la free, kalau tak tahu guna pun ada tutorial kat situ. Tapi aku tak la seberani nak wat presentation jadi presingtation macam ni, hehehe...


 Ilmiah sikit entri ni, almaklumla feeling-feeling final year student, hohoho~

Wednesday, August 27, 2014

perkara yang menular di internet

Daripada mengadap buku latihan bahasa cina, sehinggalah menonton video mengenai dialek hokkien, diteruskan lagi dengan video perbezaan antara bahasa cina Taiwan dan Malaysia, akhirnya aku sampai di video bawah ni.


Boleh pulak main sep-sep-sep, bom-bom-bom macam tu. Memang tak payah sapu blusher lagi dah, jimat duit tapi tangan dan pipi yang sakit, hoho... Next, pasal produk review, review style baru ni. Sesiapa yang ada bussiness sendiri boleh menggunakan strategi periklanan macam tu. Mana tau boleh increase sales, hehe... Then, rakam diri sendiri makan pulak dah. Esok-esok akan datang nak rakam apa pulak ya depan kamera? Haha... Minit ke 5.23 adalah minit yang paling aku terkejut pada mulanya, rasa nak gelak dan asyik ulang part tu saja, bahaya kalau dengar malam-malam, dan diikuti dengan rasa nak 'pang' si mokpang tu. Tapi tak jadi sebab lawak pulak tengok diorang ni tiru gaya mokpang tu.

Macam ni la bila ada kerja yang perlu dibuat tapi tak ada mood nak buat. Akhirnya, melayari internet mencari video lawak-lawak.  So, kalau kat Malaysia pulak, apa yang tengah viral eh? Yang pastinya, sekarang ni merata-rata tengah kecoh dengan ALS Ice Bucket Challenge. Macam-macam jenis orang yang menyahut cabaran ni.
Korang ada rasa nak try? Keke...

Monday, August 25, 2014

resipi flourless pancake

Bangun pagi hujung-hujung minggu ni, ada la benda yang nak dicuba. Tengok lama dah cara nak buat pancake tanpa tepung, tapi hari ni baru buat. Sesuai sangat bagi sesiapa yang mengamalkan no-sugar, no-flour diet dan untuk sesiapa yang ada gluten allergy (kat malaysia jarang dengar, biasa orang malaysia ada seafood allergy). Bahan-bahan dia sikit dan mudah ja. 

Lenyekkan 2 biji pisang yang ranum (ada banyak bintik hitam kat kulit). Jangan hancur sangat, bagi ada nampak ketul sikit.

Pukul 2 biji telur sampai kembang.

Masukkan pisang yang dilenyek tadi dan 1 sudu kecil (saya pakai sudu makan coleslaw and kentang putar yang kfc tu) sodium bicarbonate. Kacau sampai sebati dan biarkan sekejap dalam 1-2 minit. Panaskan non-stick pan, letak minyak sikit dan masak dengan api sederhana. Siap!!

Lupa pulak nak ambil gambar yang dah siap masak sebabnya tetiba datang idea lain. Mula tu nak try jadi tak buat banana flourless pancake ni, last-last jadi express birthday cake untuk kakak (dah selamat masuk perut kakak saya dah). Kasi surprise sikit, hehe... Petang nanti baru kita pi keluar makan ok... Happy birthday, kak~ 

 
Flourless banana pancake with sweet corn ice cream and condensed chocolate milk
(Homemade belaka)

Wednesday, August 20, 2014

aktiviti semasa cuti semester

Lagi 2 minggu lebih, dah nak habis cuti. Nak memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir, tahun 4, super senior la katakan, haha... Kebanyakan orang mesti kerja part-time masa cuti tapi aku tak, goyang kaki ja. Selalu jugak orang tanya, ish tak bosan ke duduk rumah? Entah, tak rasa bosan sangat pun. Mak aku pun cakap, rehat ja la, nanti masa dah kerja memang tak dapat rehat dah. Tapi itu bukan la bermakna yang aku tak suka duit lebih, ($__$)Y. Pernah ja aku keja part-time masa study sekali dua, tapi bukan masa cuti semester.

Apa yang aku buat kat rumah sampai cepat ja berlalu masa 24 jam? Dah la kat rumah tak ada tv, setelah rosak beberapa tahun dulu ayah aku tak pernah beli dah. Hidup ja walaupun tak ada tv, plus dapat meningkatkan tahap imaginasi, haha... Dah biasa duduk asrama dari form 1, so tak kisah sangat dengan tv. Internet ada, kita gunakan sebaik-baiknya, hehe... Ada jugak kenalan yang jenis tak boleh duduk dalam rumah ja, mesti rasa gelisah hari-hari kalau tak keluar. Aku rasa sifat indoor and outdoor aku dah seimbang.

Tempoh cuti semester kali ni lebih kurang 2 bulan, sebulan puasa, sebulan raya, seminggu untuk bagi adik-adik junior minggu suaikenal. Habis ja praktikal hari tu, terus puasa. Masa bulan puasa, kita slow down sikit aktiviti luar. Apa yang aku buat sepanjang cuti adalah :

1) Menonton korean variety show (Running Man, Hello Counselor, Human Condition, etc.) yang terlepas masa tengah praktikal dan habiskan stok korean drama. Almaklum la jadi wanita bekerjaya sekejap, tak sempat nak tengok, kadang-kadang tidur awal. 


2) Buka puasa ramai-ramai kat luar dengan family dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Kira macam 2 in 1 la, iftar + reunion. Gosip macam2, sembang memang tak letih, tengok balik gambar dulu-dulu yang lawak dan entah apa la yang kami buat. Ya la dah kawan hampir 11 tahun, hoho...

3) Pergi print gambar dari tahun 2008 sampai yang the latest. Punya la lama tak cuci gambar, sejak dunia kamera menjadi digital belaka. Bila cuci tu senang sikit nak tengok, jelas untuk mak ayah tengok. Lagi pun kalau dalam laptop kang nanti takut la terpadam, rosak dan sebagainya.


4) Mencuba resepi baru/resepi yang aku tak pernah try. Masa ni la nak test skill memasak, haha... Sebenarnya lidah ni nak merasa makanan lain selain dari makanan cafe asrama. Masakan mak tak payah cerita la kan, bila-bila pun lalu ja makan, hehe...

5) Keluar dengan kawan pun biasa la, gi sana sini sinu, konvoi raya, shopping (cuci mata ja, tengok wayang, minum supper, jalan-jalan, etc. Oh ya, banyak pulak jemputan kahwin tahun ni, Alhamdulillah tumpang happy untuk kawan.

6) Tulis cerita tentang my childhood memories. Sementara ingatan masih kuat ni, tulis dalam buku, nanti tua-tua nak terkenang balik kan senang. Nak cerita pengalaman kononnya, haha...


7) Bagi semangat kepada sepupu yang nak UPSR tak lama lagi dan sepupu sorang lagi yang accident. Be strong and get well soon~ Melawat di N9 dan Klang.

8) Mengasuh anak buah yang dah jadi 'ekor' achu dia. Mana-mana aku pi, mesti nak ikut, apa aku buat nak tiru, pengikut sejati, haha...

9) Belajar balik bahasa cina yang belajar dulu, buka semester baru nanti nak masuk level seterusnya pulak. Dah lebih setengah tahun tak belajar (praktikal + cuti sem) dan pengetahuan aku yang setahun jagung ni, memang kena refresh balik la.


10) Projek menggunakan semula barang yang selalu kita buang. Contohnya, guna gegelung tisu gulung tu untuk simpan wayar charger handphone.


11) Baca buku yang diborong masa Big Bad Wolf, bertimbun buku, hoho...

Sebenarnya tak la hebat sangat aktiviti cuti semester aku, hoho... Apa-apa ja la, asalkan ada benda nak buat masa duduk kat rumah. Dan aktiviti yang aku tak suka adalah qadha tidur bak kata orang. Itu memang aku tak buat sebabnya masa akan berlalu dengan cepat, tadi siang then tup tup dah nak malam. Malam nanti nak tidur lagi. Lagi pun aku tak suka tidur siang, take a nap ok la masa tengahari tu. Tak ada makna bagiku untuk tidur siang hari lama-lama, haha...

Monday, May 26, 2014

kerjaya pilihan


Dulu masa sekolah rendah, mesti ada cikgu suruh buat karangan tajuk `Cita-cita Saya' kan? Semua pun pakat buat karangan dengan kerjaya idaman masing-masing atau kerjaya seperti dalam kamus bergambar. Bukan apa, bila difikir balik, banyak dah cita-cita impian aku. Mula-mula dulu masa darjah 4 kot, aku nak jadi saintis tapi tak tau la bahagian apa. Dah naik sekolah menengah, aku nak jadi peguam syariah pulak. Lepas tu, nak jadi veterinarian tapi dah habis sekolah, ambil kos teknologi makanan.

Sekarang ni aku tengah praktikal kat kilang makanan, kadang-kadang rasa bosan la jugak bila buat benda yang sama ja. Ada sekali ni kawan sepraktikal aku cakap, walaupun kita budak sains tapi katakan la kerja kat kilang, still under budak bussiness/management etc. 2 minggu lagi dia nak pi interview stewardess. Wish her all the best and good luck on her future undertakings. Ya la, tak semestinya kita kerja bidng yang kita belajar. Belajar ni untuk dapat ilmu tapi kalau dapat diaplikasikan, itu lebih baik.

Berbalik pada impian aku, insyaAllah aku akan stick dengan bakal kerjaya aku sebagai pegawai teknologi makanan. Padahal ada lagi setahun baru habis belajar, hehe. Tapi pada masa yang sama, aku teringin jugak nak buka rumah cendawan dan membiakkan haiwan peliharaan (breeder) atau ternakan yang kemudiannya dijual, yang pada waktu lapangnya aku sibuk menaip untuk menyiapkan buku tulisan sendiri. Bercita-cita sungguh ayat aku kan?

Mungkin ada orang yang rasa cara pemikiran aku pelik, hoho. Rezeki Allah itu luas, yang penting jangan kita lupa padaNya. Segala apa yang kita buat, sentiasa sandarkan kepercayaan kita padaNya di samping usaha kita. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Semoga impian aku jadi kenyataan, Amin~

Monday, January 6, 2014

komen-komen yang lawak

Pada suatu malam yang aku rasa agak kebosanan, masa tengah skrol turun Facebook, tiba-tiba jumpa ada orang shared link "The 33 Dumbest Things That Happened in 2013". Aku pun buka la, curious. Baru ja baca perkara pertama, aku dah tergelak dah. Saja nak pesan awal-awal, kalau ada orang yang nak baca page tu, diharap jangan baca sambil makan atau minum air. Sebabnya, segala apa yang ada dalam mulut tu, akan melompat keluar jauh dari mulut anda. 

So, saja nak share beberapa perkara yang aku rasa lawak, hahaha

This girl's #wondering:
Lorh...

Kena belajar semula pengelasan haiwan ni sebabnya ada sedikit kekeliruan di situ

This:
Elevator, escalator? Escalator, elevator? Ada tak dalam kalangan kawan kita yang jenis kepala batu macam ni? 

This groundbreaking development in squirreling education:
Err, tak tau nak kata apa kalau ada orang tanya aku soalan macam ni...

This lesson in internet slang:
Sampai bila-bila pun tak habis komen, kalau si "Abii ..... " tu komen semula 'be right back', hahaha...

So, terisi la masa lapang aku nak hilangkan bosan. Untuk lagi 28 perkara tu, korang boleh baca kat sini. Boleh la baca sat kalau dah penat study ka, tambah-tambah musim final exam ni, hehehe....

Thursday, January 2, 2014

entri kompilasi 3

Terasa lama tak menjejakkan kaki kat sini. Hanya berbicara dalam hati tanpa mampu tertaip di sini. Sibuk mungkin. Tapi itu tidak patut dijadikan alasan, takut-takut nanti jadi tabiat. Cakap ja la, yang sebenarnya aku malas nak menaip, hahaha... Aaaa, hari ni hari pertama dalam tahun 2014 so, azam tahun 2013 korang dah tercapai? Kalau belum tercapai lagi pun, masih belum terlambat sebab kita tak perlu tunggu tahun baru untuk laksanakan sesuatu. Kan? Hehe... Macam biasa, aku masih bergelumang dengan nota-nota, soalan past years, musim final exam. Dah lepas belajar nanti pun, ada exam jugak, exam-exam kehidupan, banyak lagi cabaran dan ujian. Rasanya aku perlu post entri kompilasi lagi kali ni. Yang lepas punya, entri kompilasi 1 dan entri kompilasi 2.

1)  Langkawi Lagi


Masa April 2012, pi Langkawi dengan kawan-kawan masa diploma dulu berlima, tapi awal March 2013 pi Langkawi dengan kawan-kawan degree berbelas-belas orang. Dah macam rombongan che kiah dah. Kalau nak gembira bukan kita di mana tetapi dengan siapa atau apa. Kalau duduk dalam bilik ja pun, kalau ada kawan, menjadi-jadi seronok tu, hahaha... Sebelum sibuk dengan apa-apa test or assingment, kami bercuti dulu siap-siap, hehehe....

2)  Big Bad Wolf 2013


Akhirnya, ada jugak Big Bad Wolf kat Penang, dari 22-31 March. Baru senang aku nak pi. Serius rambang mata, ini belum sebesar kat KL tu. Alang-alang dapat baucer buku tu, kita beli la buku kan. Lagi pun time ni aku dah habis beli buku rujukan and alat tulis. Yang ni pun kami buat rombongan jugak, dalam 8 orang kot. Keluar pukul 11 pagi, balik pukul 10 malam. Dah puas jalan kat BBW kat Penang Times Square, kami pi jalan-jalan kat 1st Avenue pulak. Mujur dah buat preparation awal, bawa beg yang selesa untuk menggendong buku-buku tu. Macam ni la cara perempuan exercise, kehkehkeh~

3)  Happy Nurses Day & Happy Teachers Day

May all the care and kindness you give to others come back to warm your heart. My own sister, nurse, kawan-kawan pun ada yang nurse. Jadi, wish untuk diorang every 12 May and Happy Teachers Day setiap 16 May sebab ramai jugak kawan-kawan or kenalan yang menjadi cikgu. Semestinya tak lupa ucapan untuk cikgu yang mengajar dari tadika, kelas fardhu 'ain, SKTK, AIGS, POLISAS and USM, yang utamanya untuk mak ayah, ajar macam-macam dari start lahir lagi...

 4)  Bertemu dengan June


Bukan June nama orang tapi bulan June. Macam biasa tiap-tiap tahun, June and January aku akan menghadapi final exam. Yang exam June 2013 aku dah selesai, Alhamdulillah matlamat tercapai, tunggu exam January 2014 ni pulak. Sekarang aku dalam mode study week sebab 1st paper 4 January, hohoho~

5)  Ramadhan dan Syawal

Sekarang Ramadhan dan Syawal dah berlalu, tapi masih merindui 2 bulan tersebut. 

Bukan bulan Ramadhan
A : Dah masuk waktu Maghrib ka?
B : Belum lagi rasanya, 5 minit lagi kot...
C : Masuk dah la, dah 7.20 dah ni...

Bulan Ramadhan
A : Dah masuk waktu Maghrib ka?
B : Belum lagi, lagi 3 minit.
C : Aah belum lagi, hari ni buka puasa pukul 7.16 pm.

Macam tu la situasinya, dah masuk Ramadhan baru akan alert Maghrib masuk pukul berapa. Subuh pun sebab takut terlajak sahur. Kalau dulu, tunggu nak solat Subuh sampai hampir waktu Syuruk dah. Sejak pindah rumah 3-4 tahun lalu, masa raya mesti lorong perumahan aku tu, kami yang jiran-jiran ni ambil gambar sama-sama. 

6)  3rd Year di USM

Masuk ja September, sidang baru bermula. Selalu kalau jumpa kawan-kawan mak atau ayah, diorang akan tanya, tahun berapa dah belajar? Aku  cakap la, tahun 3. Then, depa kata owh tahun akhir dah la. Perbualan berterusan, aku jawab tak, sebab kos saya 4 tahun.(T__T) September 2014 boleh aku jawab, aah saya tahun akhir, hahaha.... Majlis konvokesyen pun on September jugak, ber'pastri'an kami buat untuk jual under Food Tech. Club. Puas main tepung, doh semua, Alhamdulillah mendapat sambutan dan hasil yang baik (^^,). Yang lain-lain pergi ke kelas macam biasa, join aktiviti itu ini, sukaneka, jalan-jalan etc. Hahaha...



7)  Majlis Bertunang dan Perkahwinan


Bukan aku tapi kawan aku, hehehe... Kan nak dekat hujung-hujung tahun ni, berderet-deret jemputan. Tumpang bahagia untuk kawan-kawan. Selamat melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia dan diberkati... 

8)  Happy Birthday

Happy birthday to me !!! Semoga Allah panjangkan usiaku dengan kesihatan yang baik, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan, Amin~ Wish untuk diri sendiri jap. Terima kasih untuk kawan-kawan yang wish, mengambil sedikit masa untuk mendoakan kesejahteraan diri ini. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melaksanakan tugas sebagai hambaNya. Dulu masa kecik-kecik, kawan-kawan pun tak tau bila birthday sebabnya birthday masa cuti sekolah, 29 Nov. Masa tu teringin la jugak, nak beli cumi, gula-gula, wafer lepas tu bungkus dalam plastik. Pi sekolah bagi kat kawan-kawan. Hahaha...

9)  Keychain Free


Beli 2 kotak susu Dutch Lady, anda akan dapat keychain lembu percuma kat 7E. Tak tau la promosi ni kat certain kedai saja or dah tamat tempoh promosi. Yang lawaknya kami bertiga dapat sorang satu. Kisah dia macam ni :

Aku : Eh, gambar lembu ni macam pernah tengok. Macam lembu kat kotak susu apa entah.
Aina : Aah la, rasa macam pernah tengok. Tak ingat la pulak kat mana
Aku : Kan? Aku pun rasa macam tu.
Cashier 7E : Nah ambil satu lagi, jangan berebut.

Aku pun ambil sambil cakap terima kasih. Then aku and aine berbisik-bisik, kita just bincang gambar lembu tu ja kan.

Akak : Wah, not fair!!
Cashier 7E : Ambil ni, sorang satu.

Walaupun kawan aku yang akak tu beli susu Goodday, tapi dia pun dapt keychain tu. Setakat tu ja ceritanya.

10)  Beriadah 


Masa study week minggu lepas, balik rumah sat. Pagi-pagi lagi dah keluar pi jogging dengan mak and ayah. Sejuk ja mata memandang kehijauan alam. Dah halfway jogging tu, beli sawi segar dah alang-alang sampai kebun sayur. Tak boleh nak study ja, kena riadah jugak, baru rasa fresh, hehehe....

Sekian sampai di sini saja. Banyak lagi nak cerita tapi dah lama habiskan masa untuk taip entri ni. Masa untuk study semula, (^^,)Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...