artikel menarik

Monday, August 25, 2014

resipi flourless pancake

Bangun pagi hujung-hujung minggu ni, ada la benda yang nak dicuba. Tengok lama dah cara nak buat pancake tanpa tepung, tapi hari ni baru buat. Sesuai sangat bagi sesiapa yang mengamalkan no-sugar, no-flour diet dan untuk sesiapa yang ada gluten allergy (kat malaysia jarang dengar, biasa orang malaysia ada seafood allergy). Bahan-bahan dia sikit dan mudah ja. 

Lenyekkan 2 biji pisang yang ranum (ada banyak bintik hitam kat kulit). Jangan hancur sangat, bagi ada nampak ketul sikit.

Pukul 2 biji telur sampai kembang.

Masukkan pisang yang dilenyek tadi dan 1 sudu kecil (saya pakai sudu makan coleslaw and kentang putar yang kfc tu) sodium bicarbonate. Kacau sampai sebati dan biarkan sekejap dalam 1-2 minit. Panaskan non-stick pan, letak minyak sikit dan masak dengan api sederhana. Siap!!

Lupa pulak nak ambil gambar yang dah siap masak sebabnya tetiba datang idea lain. Mula tu nak try jadi tak buat banana flourless pancake ni, last-last jadi express birthday cake untuk kakak (dah selamat masuk perut kakak saya dah). Kasi surprise sikit, hehe... Petang nanti baru kita pi keluar makan ok... Happy birthday, kak~ 

 
Flourless banana pancake with sweet corn ice cream and condensed chocolate milk
(Homemade belaka)

5 comments:

Jomsantaisekejap Jss said...

Oooo cantik cantik pancakenya yang ktreatif...

budak said...

wah terer buat pancake r ni :)

hazirah cw said...

jss : mekasih,bab2 mereka bnda2 ni no hal, haha
budak : mskn bujang terer la, haha

Ibu Fahim said...

Pancake...good idea.
Anak-anak akak memang suka makan pancake nih...TQ :-)

Ibu Fahim said...

suka kata-kata hikmah blog ini...veru good!!! :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...