artikel menarik

Friday, February 4, 2011

25 things about myself


First, arigatou gozaimasu (thanks) pada ben sebab tag dan sekali gus memberi peluang pada aku memperkenalkan diri. Tapi, gomenasai (sorry) gak sebab lambat buat entri ni disebabkan kekangan masa dan keterhadan coverage broadband aku. 



Nama aku, Nur Hazirah bt Che Wan bin Mohamad bin Haji Salleh bin Wan Lebai Osman. Jangan mandrem aku sudah... Mak (Cina+Melayu), ayah (Acheh+Patani).

Dilahirkan pada 29 November 1990, satu tarikh yang aku rasa macam sedap ja pada jam 1.34 pagi dan berbintang Saggitarius. Aku anak bongsu/no 2 dan 2 adik-beradik, ada kakak sorang.

Study lagi, diploma teknologi makanan. Sekarang ni tengah praktikal kat kilang gula Kedah walaupun rumah sebenarnya kat Penang. Tak pa la, tengok tempat orang.

Kalau aku tak boleh tidur, walaupun dah baca doa, aku selalu berangan-angan tak pun fikir ja la apa-apa yang aku rasa menarik.

Tengah apply UPU, nak sambung degree pulak tapi tak habis isi lagi. Baru isi USM, aku pilih kos teknologi makanan, teknologi bioproses, biology (microbiology, plant biology and animal biology) dan sains kesihatan (pemakanan). Nak apply USM? klik sini

Waktu sekolah rendah, cita-cita aku nak jadi saintis tapi tak tau bahagian apa. Naik sekolah menengah, nak jadi veterinar tapi sekarang ni aku lebih fokus pada bidang makanan, nutritionist, pegawai teknologi makanan ka, banyak lagi yang bermain dalam fikiran aku ni.

Tak sangka aku dapat A untuk sejarah time SPM dan ada subjek lain yang aku rasa macam nak fail ja, tapi kredit gak, Alhamdulillah. So, sejak result SPM yang macam dengan apa lagi, aku pun mula insaf dan belajar elok-elok time sambung diploma.

Warna feveret aku sememangnya biru, selalu biru tapi lately dah bertambah, purple dan maroon. Aku tak suka kuning sebab dulu time sekolah rendah, rumah sukan kuning yang paling ceroi (tak mantap/selalu tak pun hampir-hampir last).

Kalau orang tanya hobi aku amenda, aku jawab aku suka mengumpul. Tapi bukan mengumpul setem, aku suka kumpul novel grafik, komik la tu. Dah kumpul, mesti la baca kan. Lagi, hobi aku main badminton, hang out dengan family or kengkawan. Haa, 1 lagi, aku suka tengok anime.

Aku pernah bela kucing warna oren. seoren warna singa. Nama dia Tony tapi dah hilang time aku pass Tony kat mak lang aku. May be dia ada haluan hidup sendiri. Pernah gak bela macam-macam jenis burung (siap  ada rumah dia lagi, he3), ikan lohan/flowerhorn, puyu, bandaraya (ikan cuci lumut). Sekarang ni aku bela ikan pelaga (hijau+biru+merah sikit).

Walaupun aku perempuan, tapi aku pun minat gak kereta kawalan jauh, ada la 2 3 buah kat rumah aku. Apa salahnya kan. 1 kat rumah lama, 1 kat rumah baru, 1 lagi yang paling lama sekali ada kat mana entah. 

Habis ja darjah 6, aku terus masuk asrama sampai form 5, pas tu sambung diploma kat Kuantan dan praktikal pulak kat Kedah. Untuk sambung degree tak tau la kat mana pulak. So, memang singkat sangat waktu aku tinggal kat rumah, banyaknya di tempat orang.

Aku ni sorang yang simple ja. Aku ada banyak cerita yang aku dah banyak kali kat kawan-kawan aku. Aku la tukang cerita hantu, cerita dongeng, semua la. Aku suka bila orang gelak bila dengar apa yang aku sampaikan tu. Tapi kalau cerita hantu mesti la aku suka kalau orang terpegun atau terkesima.

Selalu gak tengok wayang, dengan kak aku tak pun kengkawan. Tapi sejak praktikal ni, 1 cerita pun tak tengok lagi. Ada hati nak kumpul tiket wayang yang dah tengok, tapi macam menyemak la pulak. 

Aku minat lagu J.K.C. (jepun, korea, cina), layan~ Kalau nak nyanyi sekali tu boleh sangat la, walaupun entah betul ke tak bunyi yang aku nyanyi tu. Part yang tak tau, aku humming ja...

Jangan terkejut, aku tak pernak masuk karaoke box. Pada aku, better karaoke kat rumah ja la, ngadap laptop then nyanyi. Jimat dan tak perlu keluar ke mana-mana pun. Tapi kalau ada yang suka masuk karaoke box, aku tak kutuk or halang pun. That's my opinion only.

I have a lot of boyfriends but no one special. 

Kereta idaman aku kalau yang biasa, Suzuki Swift warna biru tapi kalau dah berwang banyak, nak Honda Gity warna biru gak, metallic..he3

Aku budak kaca mata dan ada terfikir nak pakai lens nanti cuma tak tau bila

Aku teringin nak g Jepun, kalau boleh nak sambung belajar kat sana dan teringin jugak nak sampai ke Tembok Besar China. Nak buat Umrah dan Haji of course yang utama.

Ada orang kata aku ni tinggi imaginasi dan bercerita dengan penuh ekspresi.

Aku nak ada 1 wish board, hmm u know..yang ada semua yang aku nak, cita-cita aku, apa-apa ja yang aku nak capai. Setakat ni aku just ada wish book.

Really miss my school life. Laugh together with friends is the best remedy. Alhamdulillah, aku belum terputus hubungan lagi dengan member-member sekolah dulu. Bertambah best bila dok hostel. Aku tak dapat jumpa lagi dah kawan yang gila-gila macam diorang ni.

Aku ada parut kat bawah dagu, tempat yang sama dengan ayah aku. Sebabnya dulu aku jatuh katil waktu 2 tahun lebih kot.

Syukur la aku ni jenis suka keluar jalan-jalan tapi beli benda yang perlu+kadang-kadang ada jugak yang tak berapa perlu, tapi masih di luar kategori boros. Aku terkejut tengok beberapa orang di sekitar yang agak boros dan tak da langsung inisiatif untuk menabung.


Lastly, nak mintak maaf kalau ada pendapat/kata-kata aku yang kat atas ni menjengkelkan pada siapa-siapa ja yang baca.


Aku di'tag', so sekarang aku nak men'tag' pulak :
una   yun   areena


*Nanti kalau ada masa dan sudi, boleh la buat then tinggalkan jejak kat chatbox bila dah siap. Kalau dah pernah buat, tak payah buat lagi, ho3...
 Thanks~

5 comments:

Mime MF said...

wah siap ads iklsn untuk apply USM ag..
hehe nice entry...:)

Yellow LEOpard said...

aku suke warne kuning lah.huhu..

btw, aku pon suke kumpol novel grafik..tapi lately, kena kurangkan sbb duit semakin berkurangan...huk3

Unknown said...

ben : he3, promot2 ckit...he3

yellow leopard : dari nm pn dh tau ska kuning, ho3..2 la, tp mujur nvl grafik lbh murh dr nvl... (^^,)

yunZatie said...

aku ska kuning! yeah! owg kte wne taik..ahahhaha

Unknown said...

ha3..aah, mmg org kata warna t**k, he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...