Selama bertahun-tahun kita hidup, pelbagai jenis makanan telah kita makan. Semuanya kita makan termasuklah batu dan kayu, jambu batu dan ikan kayu, (^^,) . Yang masak sendiri tak pun beli kat kedai pun kita makan janji makanan. Tapi adakah kita tahu apa kisah di sebalik pemakanan kita sehari-hari ? Adakah pengetahuan kita yang selama ini kita pegang atau pun mendengar petua dari masyarakat sekeliling benar? Berdasarkan sedikit pembacaan yang dibuat, terbongkarlah beberapa alkisah perihal makanan ini.
Dalam subjek biologi (bab pemakanan) kita digalakkan memakan hati ayam/lembu kerana menurut sains hati kaya dengan khasiat sebagai sumber vitamin A, B1, B6, B12, protein dan tirosin. Begitulah pegangan kita selama ini termasuklah saya kononnya itulah menurut sukatan subjek biologi sejak dulu hingga sekarang tetapi itu adalah kajian yang dibuat para kafir. Para doktor juga memberikan ilmu yang sama iaitu hati ayam/lembu mengandungi tinggi zat besi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya pada sesiapa yang mengalami masalah kekurangan darah.
Namun, Islam mengajar kita akan sesuatu yang bertentangan dengan ilmu sains. Nabi Muhammad SAW berkata "Janganlah kamu memakan organ dalaman". Sungguhpun Nabi berkata sedemikian, tetapi ulamak menjatuhkan hukum makruh dan bukan mengharamkannya. Jadi, adakah kita hendak mengikut ajaran kafir atau ajaran Nabi Muhammad SAW ??
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung di dalam tubuh haiwan seperti:
- hati
- jantung
- paru-paru
- hempedal
- buah pinggang
- jantung
- telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
Toksin akan terkumpul pada hati dan dineutralkan. Jadinya, pada hati kepekatan kandungan toksin adalah tinggi. Sepatutnya toksin disingkirkan dari tubuh tetapi dengan memakan hati, kandungan toksin di dalam badan akan bertambah. Fakta daripada pelbagai jenis penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Toksin yang berlebihan juga mengakibatkan letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan kusam di lingkaran mata.
Selain itu, kita juga diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW selain susu dan madu. Perkataan kopi itu sendiri berasal daripada perkataan Arab iaitu qahwah yakni maksudnya ialah kekuatan, kerana pada awalnya kopi digunakan sebagai makanan bertenaga tinggi.
Tenaga yang dihasilkan adalah melalui peningkatan metabolisme, terutama untuk memecahkan glikogen (glukosa yang tersimpan di dalam hati dan otot). Nilai antioksidan yang terkandung di dalam kopi juga amat baik untuk kesihatan kulit dan mengawal radikal bebas. Kafein di dalam kopi mampu menurunkan risiko terkena Diabetes mellitus type 2 (non-insulin dependent diabetes mellitus) dengan meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin. Ia juga terbukti mampu mencegah penyakit serangan jantung.
Namun begitu, kita telah ditakutkan dengan bahayanya kafein. Cuba kita fikir, semua makanan malahan apa-apa sahaja benda di muka bumi ini ada baik dan buruknya. Dalam kes kopi ini, janganlah kita minum secara berlebihan yang bakal memudaratkan kesihatan. Starbuck adalah kepunyaan bangsa Yahudi yang mana asas perniagaannya ialah kopi. Di tangan profesor di UK yang berbangsa Yahudi juga kerap kali terdapat secawan kopi.
Kita juga selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan khasiat soya yang mengandungi nutrient penting seperti protein. Ini kerana US adalah pengeluar terbesar soya dan bertujuan melemahkan muslim dan melariskan produknya sahaja. Sungguhpun begitu, menurut kajian yang dilakukan soya mengandungi bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (hormon wanita). Tambahan pula, fakta menyatakan bahawa jika 2 gelas susu soya diminum selama sebulan, ianya akan menyebabkan perubahan pada menstrual cycle.
Kacang soya yang tidak melalui proses penapaian (fermentation) lengkap, tidak dapat menghasilkan komponen isoflavone kerana ianya bukanlah boleh didapati dengan hanya mengekstrak kacang soya. Produk soya yang mengalami penapaian lengkap hanyalah tempe. Isoflavone hasil penapaian lengkap adalah baik mengurangkan simptom menopause, mengelakkan kanser, memperlahankan kadar oateoporosis dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Lebih-lebih lagi, kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang penting untuk penghadaman. Bagi sesetengah produk soya seperti air soya dan tauhu, sebatian perencat ini masih wujud walaupun sedikit. Proses pemasakan yang biasa tidak mampu mendeaktifkannya, hanya proses penapaian lengkap mampu mendeaktifkannya. Keadaan ini amat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastrik, masalah kekurangan protein dan asid amino.
Bagi sesetengah ibu bapa, ada yang menggantikan pengambilan susu lembu dengan susu soya untuk bayi mereka dan ini akan membawa kemudaratan terhadap bayi tersebut menurut Dr Jill Shneider, Prof. Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas tikus putih menunjukkan kandungan isoflavone bukan hasil penapaian lengkap bertindak sebagai hormon estrogen yang mempercepatkan tumbesaran tikus tersebut. Terdapat juga fakta yang mengatakan bahawa bayi yang diberi minum susu berasaskan soya dan menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari. Pada tahun 1991 juga, penyelidik dari Jepun melaporkan bahawa pengambilan soya serendah 30 gram sehari/2 sudu makan untuk sebulan, boleh meyumbang pada peningkatan hormon tiroid yang menyebabkan kanser tiroid.
Kita banyak dipengaruhi oleh media massa kerana kita hanya mendengar tentang kebaikan makanan tersebut walhal kisah disebaliknya tidak kita ketahui dan kaji. Tetapi kita terlalu alpa dan leka bahawa makanan yang sebaik-baiknya adalah apa yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Almaklumlah di dalam dunia hari ini kita lebih banyak mendengar dan menurut daripada menilai dan mengkaji. Dan Allah juga telah berfirman :
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(Surah An-Nahl ; Ayat 114)
Acap kali kita mendengar idiom "You are what you eat", jadi jagalah pemakanan kita kerana apa yang dimakan bakal menjadi darah daging kita yang akan membentuk jasmani dan rohani.